Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Ikan Salmon dan Tomato Panggang...

Assalamualaikum...

Salam pagi Rabu yang ceria buat semua...apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC...semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan bahagia serta sentiasa di bawah lindungan serta rahmat Allah hendaknya..saya alhamdulillah sihat seperti biasa..dan ada kesempatan untuk meng-update nie saya pun teruslah ke resepi mudah yang saya buat untuk makan malam tadi...

Resepi ala2 orang putih nie bagi yang tak mengambil nasi memang sesuai sangatlah sebab ikan salmon nie sangat kaya dengan khasiat pemakanan..saya nak kongsi kan dengan kawan2 semua khasiat ikan salmon yang saya ambil di  DISINI.  Terima kasih untuk info ini dan saya kongsi pula di ZLC yer..



  • Ikan yang lahir di perairan tawar itu memiliki kandungan omega-3 yang didalamnya terdapat DHA dan EPA. Zat yang terkandung dalam Salmon ini sangat membantu otak manusia, terutama dalam pertumbuhan dan fungsi otak.

  • Selain membantu dalam mencerdaskan pikiran, ikan Salmom juga mampu melindungi terjadinya kanker payudara.

  • Ikan salmon adalah salah satu ikan yg memiliki kandungan gizi yang tinggi . Ikan ini juga istimewa karena menyantap ikan- ikan kecil yg menyantap rumput laut. Rumput laut inilah yg mendorong omega 3 yang ampuh mencegah terjadinya penggumpalan darah, menurunkan kolesterol dan melindungi sel2 otak dari penyakit penuaan.

  • Dianjurkan untuk mengolah ikan ini dengan cara ditim. Karena asam lemak ini mudah menguap bila ikan dimasak dengan cara digoreng atau dibakar.

  • Ikan salmon juga kaya akan kandungan protein dan antioksidan co-anzyme Q 10 untuk mencegah penyakit jantung, depresi, dan mengoptimalkan kerja otak dan penglihatan pada bayi dan anak2. Omega pada salmon ini juga mampu meningkatkan level serotonin, unsur kimia pada otak yg membuat kita merasa senang dan gembira.

  • Kandungan antioksidan pada ikan salmon akan membuat vitamin C dan E bekerja lebih lama sehingga mampu meningkatkan kesehatan mata dan kulit. Sumber protein memang terdapat pada ikan salmon yang dibutuhkan untuk membuat seluruh sel , kulit, rambut, mata, otot, dan otrgan-organ lainnya. Kandungan lemak sehat yaitu omega 3mampu meningkatkan HDL untuk menurunkan efek negatif dari kolesterol LDL.
Ok..semoga dengan sedikit info di atas kita tahu akan khasiat ikan salmon, bukan sahaja enak dimakan tapi sangat baik untuk kesihtan kita..Jom kita semak resepi mudah di bawah ini..


Grill Salmon 'n' Tomato
Bahan-Bahan:
 

2 keping potongan ikan salmon
2 biji tomato segar - di potong baji/wadges
sedikit garam
sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar
sedikit minyak zaitun

Bahan2 Sampingan
 
Semangkuk kecil kobis bunga yang dipotong
1 batang karet - dipotong tongkol

4 batang kacang buncis - di potong tiga
1 sudu besar mentega
secukupnya sos - apa2 jenis tartar, thousand island, mayonis ke..
saya makan dengan sos lada hitam (jenama Bumi Hijau..sedap sos nie)

Sedikit daun salad coral

 Cara:
1. Ikan salmon di taburkan dengan sedikit garam serta lada hitam yang ditumbuk kasar2 dan gaulkan rata..kalau nak perap dalam setengah jam pun boleh kalau xperap pun x mengapa.
2. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam grill pan atau nonstick pan dan masukkan ikan tadi. Masak sehingga ikan berubah warna dan masak serta balik2kan. Angkat dari pan.

3. Tambahkan sesudu lagi minyak zaitun dalam pan dan masukkan pula tomato yang dipotong baji..balik-balikkan sebentar sahaja  dan angkat.
4. Panaskan sedikit air dalam periuk celurkan sekejap  Kobis Bunga, Karet dan Kacang Buncis sebentar tak perlu sampai lembik, tapiskan dan masukkan dalam mangkuk gaulkan sayuran ini bersama 1 sudu besar butter.
4. Untuk menghidang letakkan 2 keping potongan ikan salmon di atas pinggan susunkan di tepinya dengan daun salad dan sayuran yang telah dicelur dan digaulkan dengan butter tadi.

5.  Kalau ada hirisan lemon boleh di hidang bersama untuk diperah atas ikan  (xder stok) Hidangkan panas, bersama sos kegemaran anda saya makan dengan sos lada hitam jenama Bumi Hijau, kalau nak makan dengan mayonis dan cili sos pun boleh...  sedap di makan panas2..cubalah...

Thursday, March 14, 2013

Buah Abui..


Salam dan bertemua sekali lagi pada petang khamis 14 Mac 2013..saya cuma nak berkongsi dengan kawan2 yang mungkin tidak mengenali buah Abui yang semamangnya jarang2 ditemui..dan kebetulan pula semalam semasa menziarai keluarga sebelah arwah ibu saya di Kg Sinaran Baru.. so pertama kali dapat tengok n rasa buah nie memang sedap la rasa dia seakan-akan buah pisang kaki atau bahasa melayu dia kesemak - persimmon dalam bahasa inggeris. Isinya sangat lembut dan manis2 buah gitu x tawar dan tidak juga terlalu manis.  Buah ini lebih sedap kalau disejukkan dahulu.  Cara nak memakannya boleh di belah secara membujur atau melintang bentuk baji dan gunakan sudu untuk skup keluar isinya yang agak berair sedikit tapi jangan mengupas kulit buah ini kerana ianya bergetah..tp getahnya masih boleh dijadikan ubat seperti yang saya c n p di bawah ini..

Buah Abui nie berasal dari Amerika selatan kot..saper yang nak mengetahuinya dengan lebih terperinci boleh la cari di google atau yahoo ok..saya tadi ada jugak menjengah beberapa info tentang buah abui nie dan saya copy n paste di sini sedikit dari khasiat yang terkandung dalam buah abui nie..ok..saya c n p sajer .tqvm utuk blog clik here tu ok
foto ehsan google..rupa abui yang dibelah..

"Daging buah abiu berwarna putih bening dengan rasa khas manis legit dan segar. Ada yang menggambarkannya seperti rasa kelapa muda, namun ada juga yang menyetarakannya dengan paduan susu dan karamel. Karena dagingnya lembek dan sedikit berair, abiu dapat dimakan dengan cara dibelah melintang atau membujur; atau juga dengan disedok. Pada masing-masing buah terdapat 1-5 biji abiu.
Selain dapat dimakan langsung, buah abiu dapat diolah menjadi berbagai makanan spesial, seperti Abiu Carambola Chicken Breast (dada ayam goreng dimasak dengan jus abiu dan belimbing), Abiu Tart, Sweet & Sour Abiu & Beefburger, dan sebagainya. Karena banyak mengandung vitam A, B3, dan C, serta kaya sumber kalori dan serat, buah Abiu juga memiliki banyak manfaat bagi kesehatan kita. Di Brasil sendiri, daging buah abiu digunakan untuk meringankan batuk, bronchitis, dan keluhan pernafasan atau paru-paru. Sedangkan getah pohon abiu berkhasiat sebagai obat cacing, obat pencahar, dan menyembuhkan luka bengkak."
 
 

Monday, April 2, 2012

Oat...Amalan Diet Berkhasiat...

Assalamualaikum...

Salam hari Isnin buat semua teman yang dikasihi..minggu ini nampaknya saya asik berulang ke Hospital kerana menziarahi abang ipar saya yang masuk ward..yang saya ceritakan tempoh hari tu kena tahan ward untuk buat rawatan kaki yang sebab kencing manis.  Bila lihat pesakit2 di ward sangat menginsafkan sebabnya rata2nya disitu dipotong kaki atau sebahagian dari anggota terutama kaki mereka..mudah2an abg ipar saya tak lah perlu sampai macam tu..memang menakutkan dan bukan penyakit kencing manis sahaja merbahaya malahan penyakit2 lain seperti tekanan darah tinggi dan jantung juga merupakan silent killer yang perlu diawasi oleh kita semua..

Memang perlu di ingat2kan diri ini selalu untuk jaga kesihatan dan pemakanan...saya pun bercadang nak mulakan diet tanpa nasi dan nak cuba makan Quaker Oat sebenarnya tapi dari sehari ke sehari masih belum dimulakan lagi..mengikut kawan2 dan orang2 yang makan Oat sahaja setiap hari memang sangat bagus kerana serat Oat yang tinggi sememangnya baik untuk kesihatan jantung kita..Jom kita tengok khasiat oat seperti di bawah:
Oat - gambar ehsan google

Khasiat Oat

Penyakit jantung adalah satu daripada pembunuh senyap yang paling utama di kalangan lelaki dan wanita, demikian menurut Pertubuhan Jantung Amerika.  Meskipun banyak faktor menyumbang kepada penyakit jantung seperti gaya hidup, pemakanan, alam persekitaran, tabiat dan lain-lain, usaha mengekalkan kesihatan jantung bukan sahaja tertakluk kepada pengamalan gaya hidup yang aktif.  Pemakanan yang sihat dan bijak dapat memainkan peranan penting dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang menjamin kesihatan jantung.Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung. Ia bermula pada tahun 1854 apabila ‘Raja Oatmeal’ Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik. Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.  Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.  Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.  Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.  Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.  Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.  Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.  Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.  Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!  Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!

Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.  Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!
 
Diet Oat : (Credited  to anyzin.blogspot) 
terima kasih dan mohon izin saya mengambil info ini dari blog anda..