Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, September 5, 2012

Halwa Maskat...Resepi Warisan dari Timur Tengah..

Halwa Maskat kuih tradisi
Manisan terkenal di sana sini
Rasanya liut dan manis sekali
Sekali rasa pasti nak lagi..


Assalamualaikum..

Bersiaran sekali lagi pada hari ini dan saya nak kongsikan dengan anda semua sejenis kueh warisan yang berasal dari timur tengah dan telah di sebarluaskan di negara2 sebelah rantau asia ini dengan berbagai cara pembuatannya dari bahan2 yang sama.  Diolahkan atau di masak mengikut citarasa masing2  tapi menghasilkan manisan yang sama iaitu halwa maskat..kalau kita perhatikan di kebanyak negara2 arab seperti turki, mesir dan lain2 tempat di timur tengah mereka banyak menghasilkan atau membuat halwa maskat yang berwarna agak jernih atau putih, rasanya tetap sama liut2 dan manis sekali di tambahkan pula dengan berbagai2 jenis kekacang sama ada badam, gajus, pitachios..manakala halwa maskat yang dibuat oleh orang2 India pula lebih berwarna jinga atau oren dan agak tidak berapa liut tapi tetap manis.

Resepi yang hendak saya kemukan pada kali ini dibuat oleh kakak kembar saya Che No dan Che Ni yang mewarisi kemahiran arwah ibunda kami dalam menghasilkan kueh2 tradisi dan warisan yang bukan sahaja enak dimakan tapi telah agak dilupakan kerana pembuatannya yang agak rumit untuk menghasilkan kuih ini.  Untuk membuat halwa maskat memerlukan kesabaran yang amat tinggi sebab ianya bukan boleh terus dihasilkan dalam masa sehari kerana perlu dimulakan dengan proses membasuh tepung untuk hari pertama..sesiapa yang tak pernah dengar atau mengetahui bagaimana kueh ini di buat mesti berasa agak pelik kerana tepung perlu di basuh untuk menghasilkan kanji tepung dan membuang getah tepung..seterusnya air dari tepung yang dibasuh tadi akan di perap dan ditukar selama 3 hari untuk mendapatkan mendapan kanji tepung yang putih bersih..dan seterusnya di hari ke 3 baru boleh memulakan kerja2 mengacau halwa maskat...jadi tak hairanlah kenapa kueh ini amat mahal harganya kerana pembuatnnya yang amat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk membuatnya. 

Sekalung tahniah pada kedua2 my twin sister yang menghidupkan warisan kueh lama ini jadi dapatlah saya mempelajari cara2 untuk membuatnya dan bila saya akan mencuba membuatnya sendiri saya pun xpasti..tapi insyaAllah mana la tau satu hari nanti saya akan cuba membuatnya.  Oleh kerana saya ada mengambil gambar proses membuat kueh ini jom kita tengok gambar2 dan juga resepi bagi sesiapa yang ingin mencubanya..jangan terperanjat sebab penggunaan gula dalam kueh ini memang tersangat la banyaknya..resepi yang saya letakkan disini mengikut sukatan 1 kilo tepung gandum kalau nak buat bnyk sila gandakan sukatannya.

Air basuhan tepung diletakkan dlm bekas untuk  dimendapkan..



Halwa Maskat
Sumber : Siti Normala & Siti Normah

Bahan-Bahan

1 kg tepung gandum
1 kg gula pasir
1 kg gula batu
5 sudu tepung sagu
1 tin sedang minyak sapi (500gm)
sedikit buah pelaga
Badam dan Gajus
Sedikit air mawar

Cara:

1. Tepung gandum diuli menjadi sebuku doh, kemudian ambil doh tadi dan letak dalam satu besen atau bekas untuk mulakan proses membasuh tepung. Basuhkan doh tadi dengan cara tuangkan sedikit demi sedikit air anggaran 11/2-2mug air basuh doh ratakan dengan tangan pada doh dan airnya di simpan dalam bekas2 yang disediakan. Ulangi proses hingga tinggal getah sahaja pada doh tepung tadi..ini bermakna  air yang kita ketepikan dalam bekas dalam 3-4 bekas. Proses untuk basuh tepung makan masa anggaran 3-4 jam
2. Air yang diketepikan dalam bekas tadi dibiarkan sehingga  mendap tepungnya, buangkan air perlahan2 bila masuk hari pertama dan nampak jernih airnya iaitu keesokkan harinya dan tinggalkan kanji tepung sahaja..xboleh guna tapisan perlahan2 buangkan airnya. Lakukan proses yang sama sekurang2nya 2 atau 3 hari jangan lebih nanti masam pula kanji tepung yang dimendapkan. Setiap kali air dibuang gantikan dengan air bersih yang baru, kacau sedikit dengan senduk kayu serta biarkan mendap untuk hari yang berikutnya.
3. Bagi proses untuk mengacau kueh ini pula, sediakan kuali atau genseng tembaga kalau ada lagi bagus yang agak besar untuk mengacaunya.
4. Mula2 ambil gula pasir anggaran 2 cawan di goreng untuk jadikan berwarna perang keemasan jangan sampai hangus, masukkan air anggaran 4-5 cawan dan masukkan pula baki gula pasir yang sekilo tadi bersama gula batu. Masakkan sehingga gula mencair dan air gula mendidih baru di masukkan kanji mendapan tepung yang dicampurkan dengan sekali ganda air (sukatannya 1 bahagian mendapan tepung + 1 bahagian air kacau hingga rata) Massakkan adunan ini hingga sebati dan memekat seperti mengacau dodol perlu di kacau selalu.
5.  Sambil adunan di kacau masukkan bancuhan tepung sagu bersama sedikit air dan kacau lagi sambil dimasukkan ghee atau minyak sapi sedikit demi sedikit. Kacau sekurang2nya 4 jam.  Masukkan juga sedikit air mawar dan sedikit buah pelaga yang dibuangkan kulitnya serta ditumbuk sedikit isinya. 
6. Bila halwa maskat dah masak elok akhir sekali masukkan badam dan gajus yang telah digoreng. Masukkan kueh halwa maskat ini ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian semasa ia masih panas untuk senang ditetal atau di ratakan. Hidangkan bila dah sejuk dengan potongkan kecil2 sahaja kalau nak buat hantaran boleh masukkan dalam mangkuk bersesuaian dan hiasi dengan badam, ceri, kismis atau yang bersesuaian..selamat mencuba..walaupun payah nak buat tapi amat berbaloi sebab rasanya sedap dan harum baunya.



proses caramelkan gula supaya jadi kuning keemasan..
bila gula dah perang/golden masukkan air dan gula pasir serta gula batu

masukkan mendapan tepung yang digaul dengan air..

halwa maskat yang siap di masak sebelum padam api masukkan badam atau gajus goreng

org kuat disebalik tabir halwa maskat d making...akak xsmpat bgambor tukap snap ajer
video

Proses mengacau sehingga kental sambil masukkan minyak sapi sedikit2 last skli masukkan biji buah pelaga yang ditumbuk dan air masuk







12 comments:

  1. salam, kalau akak nk beli sikit boleh tak ?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, berapa jam ambil masa masak tu...

    ReplyDelete
  3. Kalau 4 jam rasanya cepat sangat tu...

    ReplyDelete
  4. sy ske sgt kuih ni...tp xpndi wat ...ad resepi y mudah x

    ReplyDelete
  5. dulu zaman kanak2 slalu mkn kuih ni..lama gila x makan

    ReplyDelete
  6. Arwah emak saya pernah mengusahakan kuih ini untuk dibuat jualan. Tempahan diterima dari Johor, Singapura, Kuala Lumpur dan Penang. Malah sekali sekala ke ada juga di hantar ke Medan, Jakarta, Australia,Jeddah dan London, Anak-anak banyak membantu semasa menyediakan kuih ini. Namun tiada anak-anak yang mewarisinya. Baru dapat maklumat seorang cucunya (anak saudara saya) yang tinggal di Kuantan ada mengusahakannya. Alfatehah untuk Arwah Hjh. Wan Maimunah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam en Wan Ismail..kueh ini memang terkenal dikalangan orang-orang lama..
      Arwah ibu saya juga amat mahir buat kueh ini dan bila ada majlis kenduri kahwin dikalangan keluarga pasti buat halwa maskat sebagai cenderahati istimewa untuk kaum keluarga. Alhamdulillah kemahiran arwah ibu di warisi oleh akak2 saya walaupun kerja2 nak buat halwa maskat ini amat rumit bila dah dibuat memang suka sangat kerana berbaloi rasanya memang sedap. Cuma sayangnya kami tak berdaya untuk mengusahakannya secara komersial..mungkin kalau mempelajari atau ada peralatan mengacau yang lebih moden dan tak perlu kacau secara tradisional memang patut ianya di diusahakan supaya jenerasi baru dapat mengenali kueh warisan dahulu ini..Syabas di ucapkan untuk yang dapat mengusahakan pembuatan manisan@halwa yang sangat rare ini. Al-Fatihah untuk Arwah ibunya Hjh. Wan Maimunah..boleh saya tau tak encik wan ni berasal dari mana ya..kalau x keberatan.tq..kerana blogwalking di blog saya..

      Delete
  7. Tahniah kerana ada usaha untuk berkongsi maklumat dengan peminat kuih ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga usaha yang sedikit ini dapat di manfaatkan oleh mereka yang ingin mengetahui cara2 membuat halwa maskat..smoga juadah warisan seperti ini tidak luput ditelan zaman..in sha Allah.

      Delete
    2. Saya orang JB dibesarkan di Jalan Bilal Mahmood Kg. Baru.

      Delete
  8. Kalo dpt sy nk beli lh mcm mn cara nye

    ReplyDelete
  9. Kalo dpt sy nk beli lh mcm mn cara nye

    ReplyDelete