Assalamualaikum..
Selamat pagi ahad untuk semua, pada pagi ahad cuti hujung minggu nie pastinya ramai akan keluar berjalan-jalan atau pun membeli belah bersama anak-anak atau teman2. Kalau hujung2 tahun begini memang banyak tempat membeli belah atau shoping complek yang mengadakan end year sale jadi kalau nak berbelanja tu perlulah beringat2 jangan lah sampai kita mengikut hawa nafsu dan akhirnya boras berbelanja sakan dan lupa masih ada perkara2 yang yang perlu di beli untuk keperluan yang lebih utama seperti persediaan untuk anak-anak naek sekolah nanti..lebih-lebih lagi tinggal 2 minggu sahaja lagi sesi persekolahan baru bagi tahun depan akan bermula..Pasti ada yang dah mula nak buat persiapan untuk membeli pakaian, beg dan kasut sekolah anak-anakkan. Kalau persiapan menjelang naek sekolah di buat lebih awal pasti tidak akan kelam kabut nanti..
Ok lah kita tinggalkan cerita membeli belah hari ini saya nak masukkan entry sejenis lauk atau Kuah Kari Ala Rendang yang saya buat semalam yang digandingkan dengan Roti Arab, sebenarnya saya nak masak kuah kari ayam seperti biasa ajer tapi oleh kerana kehabisan stok rempah kari yang ada rempah rendang..apa lagi saya pun mengolah supaya rempah yang ada dapat dibuat sebagai pencecah kepada Roti Arab saya tu..dan alhamdulillah ianya menjadi dan kata kakak n anak2 buah saya sedap..sebab macam rasa rendang tapi berkuah pekat..jom kita semak resepi di bawah.
Kuah Kari Ala Rendang..
Resepi: Zalekha Luvs Cooking
Bahan-Bahannya:
2-3 ketul isi dada ayam dipotong kecil
3 biji kentang - didadu sederhana
1 batang karet - di dadu sederhana
1 senduk nasi - Lada kering yang diblender halus (rebus dulu)
2 biji bawang besar - diblender halus
5 ulas bawang putih - diblender halus
1 inci halia - diblender halus
3 sudu makan besar rempah rendang - dibancuh dengan sedikit air dijadikan pes
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
daun kari 2-3 tangkai (saya xder stok xletak)
3 keping asam gelugor/keping - direndam sebentar
1-1.5 liter air - ikut kepekatan yang diinginkan
500 ml santan pekat
garam secukup rasa
2 sudu makan gula merah/gula timbang
sedikit minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan rempah penumis serta tumiskan bahan2 yang diblender halus hingga agak garing dan berbau harum.
2. Masukkan pula rempah kari yang telah dijadikan pes tadi, kacau sehingga bahan2 tumisan pecah minyak. masukkan pula air biarkan sehingga agak mendidih masukkan karet dan kentang di ikuti isi ayam yang dipotong kecil tadi.
3. Bila kentang dan karet agak empuk, masukkan pula santan bila dah masukkan santan api kena dikecilkan sedikit masakkan dengan api yang sederhana dan dikacau selalu supaya tidak pecah santan..masukkan juga asam keping@asam gelugor diikuti dengan garam serta gula timbang.
4. Biarkan lauk merenih di atas api yang perlahan dalam 10 - 15 minit lagi, rasakan kesesuai rasanya cukup garamnya dan bila kuah agak pekat padamkan api. Sesuai untuk dihidangkan bersama Roti Arab atau kalau nak makan dengan Roti Jala atau Roti Putih biasa pun sedap kuah macam ini..
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment