Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, December 2, 2011

Nasi Goreng Terbang...

Assalamualaikum,

Salam hari jumaat yang penuh barakah buat semua..apakabar hari ini semoga sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga..sekejap betul masa berlalu kan esok dah hujung minggu..mesti ada yang dah buat perancangan untuk berjalan2 bersama anak2 mungkin ke tempat peranginan untuk berkelah..tapi masa2 hujung tahun begini musim tengkujuh cuaca biasanya x berapa elok dan jika ke kawasan pantai ombak agak kuat dan tidak sesuai untuk mandi manda dan berenang..Saya hujung minggu nie x kemana2 rasanya cuma duduk di rumah dan memasak ajer kot..tapi kekadang kita merancang untuk membuat itu dan ini tetapi ada2 ajer perubahan yang berlaku..sebab kita hanya mampu merancang sahaja.

Ok lah xder idea nak bercerita hari ini kita teruskan sahaja dengan entry masakan Nasi Goreng Kg Terbang yang saya buat untuk sarapan tadi pagi sebenarnya, tapi memalam baru berpeluang masukkan resepi..selain makan di waktu pagi nasi goreng sesuai dimakan pada bila2 masa kalau kat warung2 orang makan nasi goreng x kira waktu petang ke malam ke kan..asal kena di tekak dan selera masing2kan. Kenapa saya namakan Nasi Goreng Terbang ada sejarahnya..masa Sufiah bekerja kat kantin sekolah saya sebelum beliau melahirkan cahaya matanya baru2 ini saya gan kawan2 lain seperti Che Fa memang suka order NGT yang semamangnya rasanya adoyaiii meletup pedas...memang sajer suruh Sufiah masak pedas2 gitu baru terangkatkan.  Jom la kita semak resepi Nasi Goreng Terbang gaya saya bahan2nya pun apa2 yang ada ajer..ringkas tapi sedap sebab pedas..



Nasi Goreng Terbang
 (Versi Che Leha)

Bahan2:
4 cawang nasi sejuk dileraikan
1 labu bawang besar - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
segemgam ikan bilis   - di tumbuk halus
15 batang cili api (kalau nak lebih pedas tambah lagi)
seinci belacan - ditumbuk halus
secukup garam
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk cili padi, bawang dan ikan bilis dan belacan hingga garing dan berbau harum.
2. Masukkan nasi dan balik2kan sehingga rata, masukkan garam dan goreng lagi sehingga sebati dan nasi agak kering sedikit. Padamkan api boleh dihidangkan bersama hirisan timun, telur mata lembu atau telur dadar, keropok dan juga bilis yang digoreng garing. Sedap dimakan panas2. Selamat mencuba..

2 comments:

  1. emm...kena lambung nasik baru dikatakan terbang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh kena lambung dulu yer nasi goreng tu..utk dpt title terbang..ok nnti saya cuba yer hehehe..sajer bagi nama mcm tu sbb ada story behind d tajuk..anyway tq coz blogwalking kat blog saya nie..

      Delete