Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, December 26, 2011

Fresh Fruit Tart...

Assalamualaikum...

Selamat malam semua..seperti yang saya ceritakan siang tadi saya ada membuat Fresh Fruit Tart gara-gara teringin bila ternampak di blog Chef CMG so nie la saya buat untuk minum petang tadi. Saya gandakan resepinya so dapatlah banyak sikit dalam 20 biji tart yang size kecil dan 10 biji tart yang bersize sederhana..Oklah hari ini rasanya agak letih sebab petang tadi ke rumah kakak saya di Taman Suria, insyaAllah nnti saya masukkan satu entry yang kakak saya buat iaitu Seri Kaya Labu yang sememangnya amat sedap dan resepi dari turun tumurun arwah mak memang pandai buat serikaya nie..di keluaran akan datang yer..so tanpa banyak celoteh dari saya kali nie..nak sambung wat cerita Naskah Rindu~Kasih itu pun belum berkesempatan..saya nak mintak izin dari Chef blogger kesayangan saya CMG untuk Copy n Paste resepi Fresh Fruit Tart dari blog beliau.. akak mintak izin yer CM..terima kasih bebanyak kerana selalu menyiarkan resepi yang menjadi rujukan saya selama ini..Jom kita semak resepi di bawah:-


FRESH FRUIT TART
Sumber : Chef Che Mat Gebu @DTS

BAHAN KULIT TART :-)
150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu, dicairkan (cooking chocolate also can lah!)
Piping jelly
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.
  3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Berhati2 tabur croquant disekeliling tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Boleh hidangkan. Sesuai untuk majlis formal atau santai. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk.
CATATAN MAT GEBU :- Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.







No comments:

Post a Comment