Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Berkumpul di Bukit Kepong...

Assalamualaikum...

Salam hari rabu penghujung Syawal buat semua kawan2 dan pengunjung dunia alam maya ZLC semua yang saya sayangi..Apakabar semuanya semoga sentiasa sihat dan dibawah lindungan Allah selalu hendaknya.. Dah berada di penghujung syawal nampaknya sebab esok hari terakhir syawal tapi masih ramai lagi di antara sahabat2 kita yang mengadakan rumah terbuka untuk meraikan syawal bersama teman2 dan saudara mara. 
Marhaban...

Cerita pasal rumah terbuka nie saya dan adik beradik serta sepupu kami telah berpakat untuk berkumpul di rumah kakak saya Che Ni di Felcra Bukit Kepong pada weekend lepas iaitu hari sabtu dan ahad, tu pun x semua yang dapat hadir..tapi tetap meriah sebab dapat berkumpul beramai2 dengan adik kakak abang n anak2 buah semua.  Alhamdulillah sempena raya yang dah nak penghujung berkumpul di rumah salah seorang ahli keluarga diharap dapat dijadikan
sempat bergambar sebelum balik..
acara tahunan sambil mengeratkan siratulrahim dapat beramah mesra almaklum semuanya sibuk dengan tugasan masing2 kalau  x ada acara perjumpaan begini memang payah nak berkumpul ramai2.
Apple pie...kak ly bawak frm kl..gan meringue choc custart sdapp

sebahagian dari hidangan ketupat n laksa johor..
Memandangkan masih lagi dalam bulan raya so akak saya Che Ni n suaminya Che Mat menyediakan juadah2 raya yang marbelesssss ada ketupat segera, rendang daging, ayam masak merah, lodeh, serunding yang ohsemmm sedapppnya, sambal kacang, kuih muih raya, minuman yang beranika, cocktail puding, buahan dari pokok depan umah..dan ada laksa johor yang bestttt gak yang ini SIL saya yg buat bawa dari JB.. Oh lupa ada satu lagi pelengkap untuk makan dengan ketupat iaitu Sambal Goreng Udang Kering - yang nie sangat special n sedap sebab nak buat dia sangat rumit nk kena kupas pastu goreng bawang merah yang kecik2 tu sampai 3kg....di taja oleh kak z n acheh..pehhh penaja jer tau tukang masaknya tetap Chef Bedah adik saya..x kisahlahkan..kalau arwah Mak ada setiap kali hari raya pasti di buat Sambal Goreng Udang Kering macam nie..inshaAllah kalau saya ada buat lagi boleh kongsikan resepinya dengan kawan2.
meringues with choc custard pie (hentam aje nama dia)..sedapppp.
nie..dlm pinggan saper ekk..che mat kot..
sotong n udang pan grill gan sambal spesel cik leman..
siap ko caru, lepas buang jaket yg gelap tu terus cicah air asam..sodap

Acara2 makan pada hari pertama di Bkt Kepong bermula seawal pagi macam raya la jugak semua orang pakai baju raya..saya jer tak..hehehe. sebenarnya saya, n anak2 buah, sayed n ikin ikut along saya n kak zam lebih awal iaitu petang Jumaat ke bukit Kepong tu..Oleh kerana kami dah merancang nak makan2 raya kat sana so masa malam minggu tu ada acara makan2 BBQ pulak tapi cuma bakar ikan, ikan caru ada, selar ada, siakap, belanak, sotong n udang pun ada..so bila dah ada ikan bakar ada
iqin dgn gaya junior chef..hehehe
pencicahnya sambal air asam gan sambal kicap cili api...memang best menikmati suasana malam di kampung sambil makan beramai2..InshaAllah ada rezeki boleh berkumpul beramai2 lagi seperti ini...Pada keesokkannya sebelum bertolak balik ke destinasi masing2 kami juga sempat bertahlil dan marhaban, Alhamdulillah selepas majlis tahlil dan bersarapan kenangan indah 2 hari 2 malam di Bkt Kepong akan tetap diingati..cewahh mcm bercuti2 Malaysia ajerkan 2hr 2 mlm hehehe.
manga@pelam yang manis cicah smbal petis..

Ok lah panjang sangat cacatan JJCM saya di Bkt Kepong nie pasti ada yang terasa boring bacakan..jomlah layan beberapa keping gambar yang sempat saya n anak2 buah snap ok..hingga bertemu lagi salam sayang dari saya..xoxo..
ada sederet pokok mangga yg sdg berbuah lebat..

Sunday, April 14, 2013

JJCM Di Sungai Danga..

Assalamualaikum...

Salam Ahad untuk teman2 semua dan tak lupa juga untuk pengunjung ZLC yang dihormati...hari hujung minggu begini pasti ramai antara kita bersantai2 sahaja dirumah atau ada juga yang berlibur yer...mungkin ada jugak yang tak masak dan makan diluar...sesekali melayan tekak makan di luar memang best tau kawan2.. hari ini saya bersama CH saya  nak ajak anda semua menjamu mata apa yang kami makan tengah hari tadi dh pernah ke sini sebelum ini sebenarnya kami..kiranya JJCM kali ini tempat pilihan kami adalah restoran makanan laut asli yang terletak di Sungai Temon, Danga Johor Bahru...restoran yang terletak atas jeti yang dikelilingi dengan rumah2 rakit, kelong dan tempat2 orang menternak kupang di laut begitu menarik perhatian bagi sesiapa yang suka suasana laut yg mendamaikan..makan kat sini pun boleh tahan sedap dan segar...hari ini kami oder Ketam Cili, Baby Sotong Goreng, Kangkung Bawang Putih n Nasi Goreng..makan sambil ditiup sang bayu memang amat menyeronokkan..dan dah makan kekenyangan..brupppp hehehe..ok jom layan gambar ajer ok kualiti gambar kurang memuaskan saya ambil guna hp chap ayam saya ajer..muahaha..

pemandangan keliling tmpat mkn rumah2 rakit n jeti
Ketam cili mmg sedappp..mkn berdua..abis..
che abg sdg mnikmati fried baby sotong..




Tuesday, February 5, 2013

Reunion n JJCM..


Salam Selasa dan salam alam maya buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang sudi menjengah ke blog rojak saya ini, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi ke sini.. walaupun hanya kadang2 sahaja saya berpeluang untuk meng-update blog dengan bahan2 yang sangat sempoi ajer al maklum tak berapa rajin memasak dan adakalanya pula saya selitkan cerita2 biasa, jalan-jalan cari makan dan adakalanya saya masukkan lagu2 kegemaran saya dan mereka2 yang suka lagu oldies..so pada hari ini saya nak berkongsi sedikit cerita tentang reunion n jjcm pula..

Hari Ahad yang lepas saya, Nanna, Diana n Lucy berjanji untuk berjumpa setelah 25 tahun tidak berjumpa..bayangkan lamanya kami tidak berjumpa..saya dengan Nana sering kali keluar bersama..almaklum bff ada ajer la girlish talk yang nk di pot pet kan..hehehe..so pada 3 Februari dapat pula berjumpa Diana Angela Bruyns Fernandez dan Lucy Pereira sebenarnya kami nie pun baru di temukan di FB..memanglah seronok sangat dapat melepaskan rindu pada kawan2 lama walaupun cuma berempat sahaja banyak sungguh cerita2 lama dan baru yang kami bualkan...memang sangat2 terujalah..

Kami berjanji bertemu di Jusco Tebrau untuk makan2 lunch di Black Canyon makan Nasi with Tomyam, Sayur Chapcai, Mince Beef masak apa entah with telur mata lembu..sedap juga yang ini n ambil juga satu side dish Thai Fish Cake yang ala2 otak2 goreng..thanks Lucy belanja kita semua..sambil sembang2 mengimbau kenangan masa sekolah dulu hingga la cerita zaman ah-kak2 still young nie..muahahaha perasan la pulakkan..  

Acara perjumpaan kami disambung pula ke rumah Diana di Austin Perdana..rakan kami yang menetap di Cambodia ni memang jarang2 balik ke sini kerana sebelum ini bertahun2 beliau bekerja di Philippines more than 15 years dan sekarang di Cambodia menjadi director badan amal NGO..dan seorang lagi Lucy pun bekerja di bidang yang sama menjadi tenaga pengajar sambil melaku kerja2 amal NGO..aktif betul mereka ini..Lucy akan terbang ke India selama 3 minggu dan seterusnya ke Cambodia, have a safe journey friend...

Duduk bersembang2 tak henti2 sambil tergelak sambil tengok album perkahwinan Diana dengan Argie orang Filipino yg boleh tahan handsome asik tersenyum sahaja..dan sampai la ke waktu makan malam bersambung lagi kami ke lokasi jalan2 cari makan di Medan Selera Kampung Melayu sebab nak makan makanan Malaysia yang dah lama kawan2 nie semua rindukan..jadinya oderlah satay, yong tau foo, tahu bakar, nasi briyani for D n ada otak2 jugak..selesai acara makan2 sambil berbual2 tibalah saat utk pulang ke rumah masing2..u know bila lama x berjumpa kemesraan n kesertonokannya memang sangat2 terasa, hopefully this is the beginning untuk gathering yang akan datang dengan lebih ramai lagi kawan2 yang lain pula walaupun dimana juga kawan2 berada samada di luar negara atau di Malaysia hopefully keep in touch ok..miss all of u..muaahhh..xoxo from ZLC..

Saturday, January 26, 2013

JJCM di hari Sabtu..dan lain2 lg...

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu untuk semua kawan2 dan pengunjung ZLC walau dimana anda berada...semoga anda semua sihat selalu dan dibawah rahmat serta lindungan Allah hendaknya.. Hari cuti2 hujung minggu begini pastinya ramai dari kita yang ada program2 sama ada yang dirancang sendiri atau memenuhi undangan kan.  Sama juga dengan saya dan adik saya bedah serta si comel aina n sara hari nie programnya dari pagi dah berjalan2..mula2 kami cari makan..breakfast di luar dengan SIL saya n anak buah saya..oleh kerana teringin nak mencuba lempeng kelapa yang sangat popular di bandar raya JB nie iaitu di gerai Nabila Corner di Medan selera Larkin Bomba jadi kami pun kesana la pepagi lagi..saya oder lempeng kelapa sekeping yang disertakan dengan pencicah sambal tumis n sambal sardin lenyek..lempengnya boleh tahan sedap dan agak lembut so saper2 yang berhajat nk makan di tempat yang sering di war-warkan oleh kebanyakkan blogger sila la ke sana yer..ada juga jemput2 atau cucur bilis macam kita makan kat umah..ok lah kalau nak suh bagi bintang..out of 5 saya bagi 3.5 utk lempeng tp sambal kena ikut citarasa tekak masing2 ada orang xbrapa kisah...ahkak kesah pulak bab sambal menyambal nie..hehehe..k anyway alhamdulillah kenyang sudah, kat situ boleh juga makan roti kacang pool yang sedap, ada juga beranika sarapan pagi yang lain2 di gerai2 bersebelahan..

Selesai makan acara seterusnya kita grocery shopping pula di Mydin Nusajaya..ambil la apa2 yang patut dan yang dh habis stok di pantry, juga membeli sedikit sayur2an...salad..burger...kiwi...wahh macam2 beli bila agaknya nk mentomyam n memburger agaknya che leha nie ekk...esok2 kot nanti kalau sempat di ambil pengambaran boleh la share di sini pula ok...dh lamakan x ada entry masak2 kesian pulak bila jengah kat blog ZLC nie..tuan punya asik berehat memanjang ajer...hehehe bukan x nak update cuma agak ke-busy-an kan sekarang nie..selesai ber shopping td kami teruskan acara ke 3 iaitu memenuhi undangan perkhawinan di Flat Taman Stulang laut...mcm2 makanan yang ada so pilih mana2 yang suka..ada Nasi Briyani, ada Mee Rebus, ada Lontong Kering, ada lempeng kelapa dengan asam pedas pari, sambal tumis n ikan kering n segala macam kueh pencuci mulut..tp kena beringat td pg dah makan so berpada2 ajer..tapi kambing briyani tetap menggoda ku so makan la kambing serta rojak..sedappp weiii..perantinnya 2 pasang adik beradik lelaki anak kak Pozi yang mengundang kami jiran lama semasa di stulang baru..

Balik dari acara makan2 lepak la pulak so melelapkan mata di tengah hari sebentar memang best bila hari x keje ginikan..dan diteruskan dengan kerja2 umah pulak..ok saya stop dulu celoteh saya pd petang ni sebab nak tengok apa agaknya yg nak dibuat utk makan malam nanti..hingga bertemu lagi kalau ada entry masak--memasak saya akan update ok..salam sayang dari saya Zalekha Ismail...muaahhh...

Monday, September 17, 2012

Jalan2 Open House smbil timba ilmu masakan..

Assalamualaikum..

Salam Isnin 17 Sepember, apa kabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi semoga anda semua sihat dan ceria selalu di samping keluarga. Nampaknya bulan Syawal dah melabuhkan tirainya semalam dan ada ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka Hari Raya semalam disana sini. Saya juga turut pergi ke 4 majlis rumah terbuka dari tengah hari hingga ke malam..memang terasa penat sangat2..tapi oleh kerana mendapat undangan saya pergi juga..

Nasi Kafsyah look like nasi tomato tapi rasa berbeza..

Saya ikut along saya bersama SIL mula2 kami ke restoran sepupu SIL saya iaitu pemilik restoran Idaman Emas yang terletak di Taman Sri Skudai..kat open resto yang ini la saya menimba serba sedikit ilmu memasak dari tukang masak dari Singapura iaitu Mamak Kadir yang merupakan bapa pada pmilik restoran berkenaan..memang tak lokek ilmu orangnya saya dan along serta SIL berserta pah yeh sempat dengar celoteh mamak yang begitu peramah, sempat juga kami mengorek rahsia bagaimana nak masak nasi briyani, tapi pada semalam tu kami dihidangkan dengan Nasi Kafsyah yang sedap jugak dan ayam masala yang sangat sedappp..insyaAllah bila ada kesempatan saya akan cuba resepi kedua2nya..tapi kena tunggu kerajinan saya datang muahahaha entah bila la tu kan...sambil tu saya juga tanya kan resepi daging tulang merah yang sangat popular kat singapura tu.. sementelah dah berkenalan dengan tukang masak yang juga buat bisnes katering di singapura tu pastinya saya akan belajar masakan2 lain yang sedap dari pulau singa..tungguuuu no telefonnya dah ada hehehe..gambar2 yang sempat saya snap di tempat yang pertama sahaja tempat2 lain dah tak snap..kemalasan melanda..hahaha

seksyen kambing bakar bersama salad2 dressing fries n nugget pun ada tapi saya x makan...
 Setelah selesai di tempat pertama kami menuju ke rumah sepupu kami pula..Majid di Taman Pulai Indah bila  dah makan ditempat pertama di tempat kedua dah tak larat nak makan walau macam2 ada Nasi Tomato, Satay, Mee Hoon Putih, Roti with curry, kueh mueh yang sedap2, saya cuma makan kueh ajer gan puding..dah selesai sesi beramah mesra gan anak2 buah dan makan kueh mueh kami pun ke destinasi ke 3 umah kakak pada SIL iaitu Datin Sh Talha atau kak May di Tmn Bukit Rinting kat sini dah tak larat sebab perut dah kekenyangan so rest dulu petang sikit baru lah merasa laksa johor, satay 2 cucuk..n  tapai pulut yang comel 3 bungkus..sambil dengar Yaya anak kak May menyanyi.. sambil menunggu magrib berbual2 nak tunggu time ke rumah yang keempat pulak.


ayam masala nie memang sedappp nanti saya try buat..

Seterusnya ke Pasir Gudang iaitu Tmn Kota Masai..agak sesat di jalan kota masai yang  sangat busy tue.. banyak betul kenderaan pemutusnya suruh che Mat Talib tunggu di petronas utk guide kami ke rumahnya...che mat dan kak shidah sebenarnya kawan sekerja along saya..dan kami sama2 ke bandung dulu..jamu selera lagi nampaknya dengan fresh seafood memang terbaiklah ketam bangkang yang besor2 kak shidah beli dari bot di tanjung langsat sangat fresh masak pula chilli crab memang sedappp sangat silap la saya x amik gambar ketam2 yang benar2 mengoda kalbu 2 ekor saya pulun dengan sepit dia ajer sebesar tapak tangan org yg kurus sikitlah..hehe pastu ada pulak udang goreng dan kupang rebus..apalagi kami meratah seafood malam tadi..terima kasih la banyak2 kak shidah n che mat nanti kami datang lagi boleh..muahahaha muka tak malu saya nie..dah berbual2 sampai dekat pukul 10 lebih kami pun mintak diri sebab nak balik ke tempat kami pun dekat 45 minit perjalanan sampai rumah saya jer hampir 12 malam..ohhh lupa nak ucap terima kasih pada kak shidah sebab saya n SIL dapat pulak hadiah pinggan mangkuk correlle muaahhh luvs u la kak shidah..kalau akak saya che nie dengar pasti dia jeles sakan...ok lah penat bercerita kalau rajin malam nanti saya masukkan satu entry chicken pie yang saya buat untuk minum petang tadi ok...till we meet again..muaahhh xoxo utk semua..


yang nie rasanya kurma saya x ambil..

Briani Kambing sedappp



SIL saya kak Zam, Pah Yeh..n MamakKader..


Thursday, July 19, 2012

Sarapan Sebelum Menjelang Ramadhan...


Assalamualaikum n selamat pagi semua, hari ini tak ada resepi yang nak saya kongsikan lagi pun dah lama juga saya tak memasak.. Oleh kerana dah lama sangat tak menjengah di blog kesayangan saya ini jadi untuk mengubati rindu...cewahhhh rindu kat blog pulak,  kalau rindu kat kekasih hati ke kekanda yang jauh dimata ke lain la kan...hehehe mengada2 pulak bunyi nyer hari ini...takper lah kan menghiburkan hati sendiri....lalalala sambil bernyanyi2 kecil dalam mood senang hati...sebab tinggal satu hari ajer dah nak berpuasakan..
Aina Arissa dgn baby duckling n mainan dia..

Hari ini pepagi lagi saya dah kuar bersarapan bersama adik saya Bedah n anak buah kesayangan saya Aina Arissa.. boleh tahan sedap juga la makanan di medan selera Kempas tu macam2 ada buat ajer pilihan yang berkenan di hati anda nak makan roti canai ke, lontong, nasi lemak, mee rebus, laksa johor dan macam2 lagi la yang ada..Jom la kita tengok sedikit dari gambar yang sempat saya snap tadi..nanti bila ada kelapangan lagi insyaAllah dalam bulan Ramadhan saya akan updatekan apa2 yang boleh di blog ok,,,sehingga bertemu lagi Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat menunaikan ibadah puasa dari saya untuk semua teman2 dan pengunjung2 yang sudi bertandang di Zalekha Luvs Cooking...salam sayang untuk anda semua..
Anak itik tu pun nk mkn juga yer Aina...



mana roti canai 0 gan gula aina nie x sampai2 org lain dh x sabar nk mamam..

Monday, July 9, 2012

3D ~ Pinggitan pi Makan2 Steamboat@Rawa..

sebahagian dari mknan yg diambil..tp ketam n udang di sini mmg fresh dan sedap,,
Hai...dah terlanjur dapat berblog petang nie saya teruskan sahaja dengan satu lagi n3 JJCM saya bersama kawan2 sekolah saya iaitu Miss Nana n Miss Nafida..sebenarnya kami dah merancang untuk keluar  outing dan makan2 agak lama juga tapi oleh kerana asik clash sahaja masa kami bertiga, kalau saya free nana or nafida pulak ada program lain, jadi di hari jumaat lepas 6 Julai kami dapat juga berjumpa dalam acara makan2 dan tempat pilihan kami kali ini adalah di Rawa Steamboat Restoran di Taman Gaya, Johor Bahru tempat yang kami pergi ini sentiasa ramai pengunjung mungkin sebab makanan steamboat yang disediakan pelbagai pilihan dan harganya juga berpatutan iaitu RM20 seorang. 3 jam berborak sambil mengimbau kisah2 lama gosip2 memang sangat menyeronokkan dan xpuas bagi kami. Kawan2 yang lain yang di KL atau di mana sahaja anda dah berhijrah kalau pulang ke JB nanti beritaulah boleh kita makan2 di sini nanti k..sehingga di sini dahulu cerita JJCM bersama teman2 yang sangat saya sayangi..thank nana n fid..

Ok lah bagi sesiapa yang suka makan steamboat  boleh juga di grill.. boleh la ke tempat ini..jom la kita tengok gambar2 yang sempat saya snap ok..

tengok la tersenyum riang kawan2 sya gf pd plakon2 korea  nie dpt mkn steamboat..hehe

Group 3 D setelah kekenyangan...


naper pulak la mata akak tpjam tu..hahaha
selesai smua2 yg kami ambil yg tinggal hnya kulit udang dan ketam...mmg sedapppp..

Wednesday, April 4, 2012

JJCM...Chicken Chop@Bistro Hutan Bandar


Salam Rabu untuk semua rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi..hari ini tak ada resepi yang saya nak kongsikan cuma cerita jalan2 cari makan bersama adik saya Siti Zubaidah, suaminya dan dua anak buah saya yang comel iaitu Sara Sahira dan Aina Arissa yang sangat2 keletahnya...ada2 ajer la mereka bercerita Sara berumur 6 tahun sekolah Tadika Kemas tahun hadapan akan memasuki sekolah rendah di tempat saya bekerja ini manakala aina pula tahun ini akan berusia 4 tahun..tapi adoyaiiii kalau bercerita tu non stop dan sangat bijak serbi serbi mereka tahu dan yang paling kelakar si Aina nie asik la boleh ulang2 dailog mak dia walaupun sesuatu perkara itu dah lama berlalu...anak2 nie lah bila terlebih minum susu bijak2 ada2 ajerkan...


Semalam sebenarnya balik dari menziarahi abg ipar saya di Hospital kami telah singgah di Bistro Hutan Bandar...tempat makan ini terletak bersebelahan Ibu Pejabar TNB Johor Bahru dan berhadapan dengan Sekolah Agama Johor Bahru.. saya baru pertama kali ke tempat ini tapi adik saya Bedah dan anak2nya dah selalu juga makan2 di sini dan sungguh ramai pengunjung disini...emm boleh tahan jugalah makanan2 dan rata2nya orang akan memilih makanan western. sama ada chicken chop, fish and chip, steak, lamb chop dan beranika jenis burger dan fries... Saya perhatikan menu di tempat ini juga menawarkan beranika pilihan makanan nasi, mee dan macam2 lagi lah pilih sahaja semuanya ada.  Semalam saya makan Chicken Chop tapi mak aiii nak abiskan jenuh juga sebab big portion lain kali boleh kongsi sahaja dengan adik saya harganya pun sangat berpatutan dan murah juga....dan juga saya makan pepes ayam yang comel2 pernah saya masukkan entri pepes di blog sebelum ini DISINI 

Oklah itu sahaja cerita JJCM saya kali ini...jom kita layan gambar Chicken Chop semalam ok..