Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, February 5, 2013

Reunion n JJCM..


Salam Selasa dan salam alam maya buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang sudi menjengah ke blog rojak saya ini, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi ke sini.. walaupun hanya kadang2 sahaja saya berpeluang untuk meng-update blog dengan bahan2 yang sangat sempoi ajer al maklum tak berapa rajin memasak dan adakalanya pula saya selitkan cerita2 biasa, jalan-jalan cari makan dan adakalanya saya masukkan lagu2 kegemaran saya dan mereka2 yang suka lagu oldies..so pada hari ini saya nak berkongsi sedikit cerita tentang reunion n jjcm pula..

Hari Ahad yang lepas saya, Nanna, Diana n Lucy berjanji untuk berjumpa setelah 25 tahun tidak berjumpa..bayangkan lamanya kami tidak berjumpa..saya dengan Nana sering kali keluar bersama..almaklum bff ada ajer la girlish talk yang nk di pot pet kan..hehehe..so pada 3 Februari dapat pula berjumpa Diana Angela Bruyns Fernandez dan Lucy Pereira sebenarnya kami nie pun baru di temukan di FB..memanglah seronok sangat dapat melepaskan rindu pada kawan2 lama walaupun cuma berempat sahaja banyak sungguh cerita2 lama dan baru yang kami bualkan...memang sangat2 terujalah..

Kami berjanji bertemu di Jusco Tebrau untuk makan2 lunch di Black Canyon makan Nasi with Tomyam, Sayur Chapcai, Mince Beef masak apa entah with telur mata lembu..sedap juga yang ini n ambil juga satu side dish Thai Fish Cake yang ala2 otak2 goreng..thanks Lucy belanja kita semua..sambil sembang2 mengimbau kenangan masa sekolah dulu hingga la cerita zaman ah-kak2 still young nie..muahahaha perasan la pulakkan..  

Acara perjumpaan kami disambung pula ke rumah Diana di Austin Perdana..rakan kami yang menetap di Cambodia ni memang jarang2 balik ke sini kerana sebelum ini bertahun2 beliau bekerja di Philippines more than 15 years dan sekarang di Cambodia menjadi director badan amal NGO..dan seorang lagi Lucy pun bekerja di bidang yang sama menjadi tenaga pengajar sambil melaku kerja2 amal NGO..aktif betul mereka ini..Lucy akan terbang ke India selama 3 minggu dan seterusnya ke Cambodia, have a safe journey friend...

Duduk bersembang2 tak henti2 sambil tergelak sambil tengok album perkahwinan Diana dengan Argie orang Filipino yg boleh tahan handsome asik tersenyum sahaja..dan sampai la ke waktu makan malam bersambung lagi kami ke lokasi jalan2 cari makan di Medan Selera Kampung Melayu sebab nak makan makanan Malaysia yang dah lama kawan2 nie semua rindukan..jadinya oderlah satay, yong tau foo, tahu bakar, nasi briyani for D n ada otak2 jugak..selesai acara makan2 sambil berbual2 tibalah saat utk pulang ke rumah masing2..u know bila lama x berjumpa kemesraan n kesertonokannya memang sangat2 terasa, hopefully this is the beginning untuk gathering yang akan datang dengan lebih ramai lagi kawan2 yang lain pula walaupun dimana juga kawan2 berada samada di luar negara atau di Malaysia hopefully keep in touch ok..miss all of u..muaahhh..xoxo from ZLC..

No comments:

Post a Comment