Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, February 9, 2013

Maggie Tom Yam di kala lapar..

Assalam..n selamat petang..nampaknya dah lama saya tak bersiaran dengan resepi kan..dan hari ini pun resepi mudah ajer anak2 pun boleh memasaknya..ohhh lupa pulak nak bertanya kabar kawan2 semua..apa kabar dan bagi yang bekerja dah mula cuti panjang mulai hari ini hingga hari selasa dan bagi anak2 sekolah pula cuti selama seminggu isnin depan baru naik semula. Tentu seronokkan bagi yang nak berjalan cuti2 Malaysia tu memang sesuai sangat2.. sebenarnya petang ini merupakan New Year Eve bagi mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina..sedang makan besar bersama  keluarga dan sanak saudara..so bagi yang menyambut CNY seperti kawan2 saya Chen Esther, Carol Tan, Diana, Choo Beeteen n semuanya tak kira dimana sahaja anda merayakannya Gong Xi Fa Chai semoga tahun baru ini membawa kebahagian dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda ok kawan2..

Ok la macam tak berapa ada idea nak bercerita hari ini..so kita teruslah ke resepi mudah..sebenarnya saya masak maggie nie ntah hari apa minggu lepas..oleh kerana lapar n tekak pula nak makan sesuatu yang masam tapi nak mudah dan ringkas timbulnya idea masak maggie di kala lapar hari tu..jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.


Maggie Tom Yam

Bahan-Bahan:

2 paket mee segera apa2 jenama pun boleh - sebab saya cuma gunakan mee segeranya sahaja x gunakan perencahnya.
1 kiub - Tom Yam (jenama Maggie)
1 labu bawang besar - di belah dua dan hiris
3 sudu makan - jus limau kasturi
5 batang cili padi hijau- di memarkan sedikit (boleh tambah jika nak pedas lagi)
500 ml air
1 cawan - bunga kobis yang dipotong2 kecil
1/2 batang kecil - karet di potong batang mancis
4 batang crabstick - dipotong 3 setiap satu
4 keping nugget ayam tempura - di potong 4 setiap satu
2 keping daun limau purut
sedikit gula (dalam 1 sudu makan)
garam secukup rasa

Cara:

1. Jerangkan air di dalam periuk masukkan cili padi, bawang  besar hiris, kiub tom yam dan bila dah mendidih, masukkan sayuran karet dan bunga kobis.
2. Masukkan pula nugget ayam tempura dan crabstick, masukkan juga daun limau purut, mee segera dan akhir sekali masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Masak hingga maggie lembut dan boleh dihidangkan segera.

* Sedap sesekali makan maggie tom yam yang cukup rasa masam manis dan pedas macam nie memang syokkk..


No comments:

Post a Comment