Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, July 24, 2014

Salam Aidil Fitri..buat semua yang disayangi..


Assalamualaikum...Salam khamis buat semua kawan2 serta pengunjung ZLC yang saya sayangi.. apakabar kawan2 semua, semoga sentiasa sihat dan gembira dalam menjalani tugas harian dan juga ibadah puasa yang telah hampir ke penghujungnya tak sampai 4 hari sahaja lagi..cepat betul masa berlalukan.. Bagaimana pula dengan persiapan hari raya kawan2 semua..tentunya dah siap segala keperluan untuk menyambut raya ek.. seperti pakaian baru untuk anak2, kueh mueh raya, kelengkapan rumah yang mana patut...tapi yang penting janganlah kita terlalu membazir dalam menyambut hari raya walaupun ianya hanya datang setahun sekali.. Apa yang penting kita dapat menyambut hari raya bersama kaum keluarga untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi siratulrahim serta ukhwah sesama kita..bagi yang masih mempunyai ibubapa pulanglah untuk berhari raya bersama ayah dan bonda selagi hayat mereka ada..dan bagi yang telah ketiadaan ayah bonda seperti saya hanya doa yang dapat dititipkan buat mereka..al-Fatihah..


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin - Maaf Zahir Batin buat semua kawan2 dan pengunjung ZLC dimana jua anda berada, maafkan segala salah dan silap saya tidak kira dalam pertuturan atau bicara yang mungkin menyinggung perasaan dan terasa di hati semua.. semoga ikatan yang terjalin antara kita di alam maya ini terus berkekalan dan diberkati hendaknya..sehingga berjumpa di entry yang lain..Wassalam dari Siti Zalekha Sheikh Ismail..

Sunday, July 13, 2014

Serawa Durian & Musim Durian di Bulan Puasa..

Assalamualaikum...bertemu sekali lagi di hari Ahad..hari nie ramai yang bercutikan tapi saya bekerja sebab kat negeri Johor bekerja pada Ahad sekarang nie..huhuhu macam tak best ajer kan sebab dah terbiasa bercuti pada hujung minggu..emmm nak buat macamne dah keje terpaksalah akur dan menurut perintah..xgitu kawan2..oklah bagi kawan2 yang tidak berkerja pada hari ini tentunya sedang bersantai2 sambil menonton tv di rumah..atau ada yang ke shopping mall untuk membeli belah persiapan hari raya yang bakal menjelang x lama lagi..saya masih belum window shopping lagi sebab apa tau kalau tiba musim perayaan saya memang suka pergi ke shopping mall sebab boleh mencuci mata tengok pelbagai jualan dari pakaian, paralatan kelengkapan rumah dan yang paling syok tengok biskut2 raya yang dijual bermacam anika cantik2 belaka cuma harganya aje yang x boleh tahan mahal selalunya..n quality nya pun x tau macam mana, berapa lama biskut2 yang menimbun2 tu telah disediakan..opsss xbaik saya nie bersangka buruk yer..tapi rasanya tentulah yang menyediakan jualan2 kueh raya memang ada target pembelinya..sorrry la bercerita panjang pulak pasal jualan sempena raya ekk..

Hari ni saya nak kongsikan resepi yang dah banyak kali juga di masak dan menjadi kegemaran saya dan anak2 saudara saya di rumah iaitu serawa durian..Oleh kerana di bulan puasa kali ini musim durian sedang rancak berbuah maka..alhamdulillah adalah rezeki anak2..mula2 tu opis mate saya kak maria bagi setupperware durian yang sedap n dah siap dikupas di masukkan kan pula dalam fridge apa lagi sebahagian di makan mentah dan sebahagiannya pulak saya buatkan serawa durian bersama pulut.. dan baru dua tiga hari lepas sepupu pada arwah bonda saya datang bawa durian juga untuk kami..masyaAllah dah siap di kopek dan di masukkan dalam 5 bekas polisterin bersama satu beg besar buah manggis..terima kasih banyak2 pada mak peah, pak hj hamzah dan zihan kerana bagi kami durian dari kebun mereka yang sangat manis dan sedap..kali ini kami makan durian dengan nasi bersama gula melaka yang diracik dan susu cair..kalau arwah abah ada dulu2 memang suka makan macam ni tapi gunakan santan segar..al-fatihah untuk arwah abah dan mak..teringat makanan kegemaran mereka.

Untuk resepi Serawa Durian dan Pulut sila clik DI SINI  ok..


durian yang mak peah bagi..sedappp..

nasi yang dimakan bersama durian, gula melaka dan susu cair..

ini yang akak makan,,,

Thursday, July 10, 2014

Nasi Beringin & Sambal Tumis Petai...

Assalamualaikum...Salam khamis buat semua pengunjung ZLC hari ini saya nak berkongsi resepi Nasi Beringin yang digandingkan dengan Sambal Tumis Udang Petai yang sangat sesuai dan serasi bila di makan bersama...sebenarnyakan kawan2 banyak viarasi nasi beringin yang saya tengok di internet..tapi pada asasnya nasi beringin ini lebih mirip kepada nasi lemak atau nasi serai tapi mempunyai aroma yang agak harum kerana selain dari serai yang digunakan ia juga ditumis dengan rempah penumis..dan basmathi yang digunakan membangkitkan lagi keenakkan nasi beringin kerana lembut dan berbau harum..jom kita semak resepi di bawah yer..resepi sambal tumis udang petai saya copy n paste dr resepi yang lama aje..

Nasi Beringin..

Bahan-bahan:

5 cawan beras basmathi - di cuci bersih dan direndam 1/2 jam
3 cawan santan
4 cawan air
2 labu bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
3 batang serai - di memarkan/ketuk
3 helai daun pandan - disimpul
2 batang kayu manis
5 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah kelapa
1/2 camca teh halba
3 sudu makan minyak sapi - (saya guna majerin je)
Garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak sapi/majerin dalam periuk, masukkan rempah penumis kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga.  tumiskan hingga berbau harum masukkan pula bawang besar hiris bersama bawang putih dan halia, masukkan juga serai.
2. Bila bawang agak kekuningan masukkan air dan santan.  Masukkan juga daun pandan. Biarkan hingga air mendidih baru di masukkan beras basmathi yang telah ditoskan.  Masak nasi sehingga tanak, gemburkan beras dan biarkan nasi masak dengan api yang kecil pula sehingga nasi masak elok.
3. Hidangkan bersama lauk2 yang disukai seperti sambal tumis udang, rendang, kari atau kurma juga sesuai di gandingkan dengan nasi beringin selain ulaman timun dan tomato atau pencuk nenas timun. Selamat mencuba..

Sambal Tumis Udang dengan Petai

Bahan-bahannya:

500 gm udang sederhana besar - di bersihkan 
1 mangkuk petai yang siap di buang kulit 
1 mangkuk -(mangkuk tafufa) lada kering yang di rebus dan diblender halus
2 1/2 labu bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
2 inci belacan
2 labu bawang besar - di hiris kasar2
1 cawan air jus asam Jawa
3-4 sudu makan gula pasir (ikut suka klau nak manis tambah lagi gula)
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang besar yang dimayang kasar hingga layu dan berbau harum
2. Masukkan bahan2 yang diblender halus, goreng dan balik2kan sehingga agak garing dan pecah minyak.
3. Masukkan pula gula, balikkan lagi, masukkan udang yang telah dibersihkan dan ditos, diikuti dengan jus asam jawa.
4. Masak sehingga sambal tumis  masak dan naik minyak cantik warnanya masukkan pula petai. Tambahkan garam dan rasa kan kesesuaian masin, manis dan masam. Biarkan atas api yang kecil sambil dibalik-balikan jika masak sambal tumis dengan betul dan lama sedikit ia akan tahan lebih lama Hidangkan bersama nasi beringin..


Wednesday, July 9, 2014

Lemon Chicken~~sedappp uolls..

Assalamualaikum..selamat petang kawan2 dan pengunjung ZLC yang disayangi...buat apa tu agaknya petang2 hari di bulan puasa macam nie,,,ada yang sedang memasak hidangan istimewa untuk berbuka yer...saya hanya berpeluang untuk memasak jam 6 petang nanti sebab balik keje jam 5 lebih...masak pun yang mudah2 sahaja sebab 1 jam 15 minit ajer nak bekejor waktu berbuka...so selalunya masakan yang ringkaslah yang menjadi pilihan.  Yang penting kalau nak cepat dan mudah bahan2 yang boleh dibuat terlebih awal disediakan siap2 dalam peti ais so tak ler mengambil masa yang terlalu lama duduk didapur.  Tapi setakat ini alhamdulillah walaupun agak kelam kabut nak mengejar masa sebelum waktu buka..tapi selalunya chef in d house la masak saya nie jarang2 atau kadang2 ajer..xkisahlah yer sape yang memasak yang penting makanan yang disediakan enak, berkhasiat dan segar..sebab dimasak sendiri di rumah..bukan di beli di bazar ramadhan..

Asik mengomel saya ni ek..jomlah kita tengok bahan2 yang diperlukan untuk membuat lemon chicken yang sedap nie..anak-anak n mak2 semua suka dengan rasanya yang masam2 manja gitu...cuba tau kawan2..

Lemon Chicken 

Bahan-Bahan:

400 gram isi ayam - dipotong  kecil (bite size)
2 biji telur ayam - dikocok sedikit
1/2 cawan tepung jagung *
1/2 sudu teh serbuk lada putih*
sedikit garam*
(gaulkan bahan2 yang bertanda*)
minyak untuk mengoreng ayam

Bahan Sos Lemon:
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 biji bawang holand di dadu halus
1 kiub ayam maggie
jus lemon diperah dari 1/2 biji lemon
kulitnya jangan dibuang -dipotong2 untuk hiasan (kulit lemon juga bagus dimakan utk hilangkan bau badan)
1/2 cawan air
1 1/2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air -untuk pemekat)
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Mula-mula panaskan minyak untuk mengoreng ayam, ayam yang telah di potong kecil di celup ke dalam telur kemudian gaulkan pula ke dalam tepung jagung yang telah di gaul bersama serbuk lada putih dan garam.
Gorengkan ayam dengan api yang sederhana, bila dah masak angkat dan toskan.
2. Untuk sediakan sos lemon, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih yang dicincang dan bawang holand yang didadu halus. tumiskan sehingga bawang layu dan berbau harum.
3. Masukkan air dan kiub ayam serta gula pasir, bila dah mendidih masukkan garam dan jus lemon yang diperah, masukkan juga tepung jagung yang dibancuh dengan air masukkan juga sedikit garam. Masukkan ayam dan balik2kan sehingga rata. Hidangkan dengan menghiaskan sedikit kulit lemon yang dihiris, sedap dimakan dengan nasi putih atau di ratah begitu sahaja.

Tuesday, July 8, 2014

Vadey...

Entry ringkas untuk sapa2 yang nak cuba nak buat vadey sendiri memang sesuai tak perlu lagi di beli..untuk mereka2 yang suka makan vadey macam saya ni..sebenarnya saya buat vadey ni dah lama ntah bulan berapa..baru ler nak di masukkan ke blog untuk rujukan saya juga dikemudian hari.  memang sedap dan lembut di dalam tetapi crispy di luar..terbaiklah orang kata macam boleh beat la gan rasa vadey yang mamak jual tu..resepi vadey ni saya cuba resepi kak jee dari Dapur Kak Jee tu..tqvm kak jee saya share pula disini yer..sedap rasa vadey yang nie..nanti kalau rajin saya nak berbuat untuk berbuka..tapi tak tahu bila ek nak buat lagi..hihihi..

Vadey

Bahan-Bahan:

1 peket kacang dhal (300gms)
2 biji cili hijau atau cili api ikut suka- dihiris halus/cincang (saya guna cili merah dan hijau)
1 labu bawang besar - di dadu/racik halus
1 sudu kecik jintan manis biji
garam
sedikit gula (saya tambah)
3-4 tangkai daun kari


Cara:

1. Kacang dhal direndam lebih kurang 4 jam dan toskan airnya. 
2. 3/4  daripada kacang dhal itu dimasukkan ke dalam blender kering dan kisar sampai halus. pastu keluarkan dalam bekas dan campurkan ¼ baki kacang dhal tadi. 
3. Bubuhlah garam dan aji kalau suka (saya masukkan 1 sudu gula - x guna aji)  serta bawang besar yang telah dicincang. jangan lupa masukkan juga 1 sudu kecik jintan manis dan daun kari yang telah diracik, kalau ada. gaul rata. pastu masukkan cili. cili hijau atau cili api  diricik. rasa garam. 
4. Panaskan minyak dalam kuali. basahkan jari jemari dan bentuk2 bulat dan leperkan dan masukkan ke dalam minyak panas. api biar sederhana untuk dapat hasil gorengan yang ranggup. selamat mencuba.

Kari Ayam Melayu..

Salam..selamat tengah hari semua, diam tak diam dah 10 Ramadhan hari ini kita menjalani ibadah puasa, cepat sungguh rasanya masa berlalu..bagi kawan-kawan yang ada mengambil tempahan kueh raya atau pun menjahit pastinya sedang sibuk menyediakan tempahan2 sebelum menjelangnya Raya ek..saya tak larat nak mengambil tempahan kalau masa muda2 sikit dulu (ops macam lah saya nie dh tua sangat ek) saya juga ada mengambil tempahan membuat cookies raya untuk kawan-kawan..tapi semuanya tinggal kenangan aje sebabnya saya pun tak berapa nak rajin nak mengambil tempahan dan keadaan kesihatan yang tak menentu..

Jadinya tahun ini kalau larat saya akan membuat sejenis atau dua jenis kuih raya untuk rumah dan selebihnya biasalah kueh yang siap sedia tunjuk sahaja mana yang berkenan dan bersedia jugalah untuk mengeluarkan kepala rimau kalau dah mengorder..hehehe.  Ok stop ler citer pasal persediaan raya,  hari ini saya nak kongsikan resepi kari ayam melayu yang mudah disediakan sesuai di makan bersama nasi putih, nasi impit atau roti jala tapi semalam hidangan iftar kami sekeluarga kari ayam dilawankan dengan nasi impit dan saya menyempatkan diri untuk buat sedikit sambal kacang sotong dan serunding kelapa udang kering..dah macam nak raya jer ek..berangan lah pulak..

Kari Ayam Melayu..

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam dipotong (ikut suka nak potong besar atau kecil)
4 biji kentang - dibelah empat
3 labu bawang besar - dikisar halus
6 ulas bawang putih - dikisar halus
seinci halia - dikisar halus
4 sudu makan rempah kari daging - campurkan dengan sedikit air jadikan pes
2 batang serai - di ketuk
3 keping asam gelugor - direndam sebentar
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair / air
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan serai hingga berbau harum masukkan bahan-bahan yang dikisar halus, tumiskan sehingga naik minyak masukkan pula pes kari yang dibancuh tadi, tumis sehingga sebati dan naik minyak.
2. Masukkan ayam, diikuti dengan santan cair/air. Bila agak mendidih masukkan pula kentang. Biarkan kari mengelegak dan masukkan pula santan pekat. Masak sehingga kentang empuk/lembut masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.
3.  Masak sehingga ayam dan kentang empuk dan lauk kari sebati dengan api yang sederhana. Bila dah masak tutupkan api.  Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi impit..
iftar puasa ke 9..mcm nak raya ek..hihi

Monday, July 7, 2014

Sambal Hitam Pahang..

Assalamualaikum..Selamat pagi Isnin semua., pagi ni hujan turun pepagi lagi.  Alhamdulillah sejuk dan nyaman sikit rasanya dan berpuasa dalam keadaan yang nyaman begini tentu sedap aje kan tapi matalah yang akan berkebil2 sebabnya mengantukkan...kalau orang tak bekerja duduk di rumah tentu seronok dapat tidur di pagi hari yang nyaman begini. Tapi kalau bekerja terpaksalah menjenggilkan mata... malas nak melayan mata yang dah nak jadi mata panda sepet meh ler kita tengok resepi yang nak saya kongsikan dengan kawan2 hari ini..iaitu sejenis resepi yang mula jadi popular di kalangan bloger dan fb yang gemar memasak  iaitu resepi Sambal Hitam Pahang, resepi yang boleh dikategorikan sebagai resepi tradisi dan warisan ini agak mudah nak memasaknya dan bahan-bahannya pun tak banyak tapi nak menyediakan belimbing rebus sahaja yang agak memakan masa..ada yang memasak belimbing buluh sehingga 8 jam dan ada juga yang merebusnya hanya 4 jam..tapi saya tak merebusnya sebab makcik saya di Chenor Pahang ada bagi sebalang belimbing yang siap di rebus untuk kami adik beradik semasa saya dan keluarga balik Kampung pada bulan Mei lalu.. Jadinya dapatlah di hasilkan sambal hitam pahang dengan belimbing sedap tau rasanya yang masam2 pedas makan pula dengan nasi panas memang terangkatlah..

Sambal Hitam Pahang..

Bahan-Bahan :

Semangkuk (mangkuk tafufa) belimbing rebus
1 cawan  ikan bilis yang telah dibersihkan - direndam sebentar dan toskan
segemgam cili padi - ikut kepedasan yang dikehendaki (>< 25-30 biji)
4 labu bawang besar - dihiris nipis
Sedikit gula
Sedikit garam
2 sudu makan kicap lemak manis jalen
minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara:
1. Belimbing di renyah sedikit dan ketepikan dulu
2. Tumbuk halus cili padi, ikan bilis juga ditumbuk dan bawang besar hiris direnyah dalam lesung batu.
3. Panaskan sedikit minyak untuk menumis masukkan bawang besar yang direnyah diikuti dengan cili padi dan ikan bilis, tumiskan sehingga agak garing, masukkan sedikit gula dalam 2 sudu makan bersama kicap dan masukkan juga buah belimbing rebus yang direnyah tadi.
4. Balik-balikkan sehingga agak kering sambal ini dan bila dah masak sejukkan hidangkan bersama nasi panas.  Sambal ini tahan lama jika di simpan dalam peti ais.

sesuai untuk makan tengahari bersama lauk sampingan asam pedas dan ikan goreng..

Sunday, July 6, 2014

Pau Inti Kentang Ayam..

Salam...bersiaran sekali lagi, nak tulis resepi pau yang saya buat sebelum seminggu puasa rasanya..selalunya saya buat pau tak berapa nak menjadi tapi kali ini saya belajar dari seorang Chef di FB yang terkenal iaitu Mamak Haji..sebenarnya MH ni banyak memberi tunjuk ajar ilmu2 bukan sahaja resepi2 mamak yang berasal dari Pulau Mutiara yang terkenal dengan masakan Nasi Kandar tapi juga  pelbagai resepi dari semua bangsa..dengan pengalaman beliau yang luas dalam bidang katering, tokey restoran dan perniagaan berasaskan pembekalan bahan2 makanan dan masakan saya telah sedikit sebanyak menimba ilmu dari MH yang tak pernah lokek dengan coretan ilmunya..hanya Allah sahaja yang akan membalas segala ilmu yang diberikan, dan saya juga ada mengambil resepi2 yang akan saya cuba..tapi x tau bila ekk..InShaAllah bila ada kelapangan saya akan mencubanya ek..dan hari ni saya nak kongsi resepi Pau yang saya buat gunakan resepi MH tqvm...inti nyer saya buat sendiri sebab saya suka yang pedas kalau sesiapa suka yang manis boleh guna inti kelapa atau kacang merah juga kaya..Jom kita semak resepi di bawah..

Pau Kentang Ayam 

Bahan-Bahan:

Bahan Inti:
1 cawan ayam kisar
4 biji kentang - di potong dadu kecil
2 labu bawang besar (sedang) - di dadu halus
5 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia - dicincang
3 sudu makan serbuk kari daging - bancuhkan dengan sedikit air jadikan pes
1/2 cawan air
sedikit garam dan gula sebagai perisa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan untuk Pau:
6 cawan tepung gandum
1 peket yis kering mauripan
1/4 cawan gula - di larut dengan 1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan air suam
1 sudu makan baking powder
2 sudu makan butter / shortening (lemak sayuran) - (saya guna butter - shortening x ada)
sedikit garam

Cara:

1. Mula-mula sediakan inti pau, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dadu, bawang putih cincang dan halia cincang sehingga layu dan berbau harum.  Masukkan Rempah kari yang dijadikan pes tadi, masukkan pula ayam kisar dan diikuti air.
2. Masukkan kentang dan balik2an, masukkan garam dan gula sebagai perisa, kalau nak masukkan serbuk perasa pun boleh tapi saya tak guna. Masakkan sehingga kentang empuk, tambahkan sedikit air jika kentang agak lambat lembut. Bila inti dah masak sejukkan dahulu sebelum digunakan.
3. Sediakan pula adunan pau.  Mula-mula masukkan 1 peket yis kering mauripan kedalam mangkuk bersama 1/4 cawan air gula yang di larutkan tadi, biarkan yis hidup/membiak dalam 10 - 15 minit
4. Dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum yang diayak bersama 1 sudu makan baking powder,
masukkan juga butter, dan sedikit garam gaulkan dengan hujung jari menjadi seperti bread crumb, masukkan pula bancuhan yis dan mula menguli dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit,
5. Uli sehingga adunan pau menjadi licin dan tidak melekit di mangkuk adunan dan seperti kita menguli roti canai. Biarkan adunan lebih kurang 1/2 jam atau naik sekali ganda. Bila adunan pau dah naik tumbuk2kan sedikit untuk keluarkan udara.
6. Bentukkan adunan pau ambil anggaran sebesar bola ping pong, leperkan sedikit di tapak tangan dan masukkan inti secukupnya lebih kurang 2 sudu makan. Tutup adunan dan jadikan bentuk bulat dengan bahagian yang dicantum di sebelah bawah. Letakkan pau yang telah di bentuk tadi di atas kepingan kertas 1.5 x 1.5 inci letak di atas dulang dengan menjarakkan sedikit dan biarkan adunan pau naik sekali ganda.
7. Panaskan kukusan dan masukkan pau untuk dikukus selama 20 minit.  Pau panas dan lembut siap untuk dihidang...selamat mencuba..



ini pau untuk anak2 inti coklat blueberry..


Kuih Bakar Pandan..pemanggang ajaib..

Assalamualaikum.. salam pagi minggu untuk semua kawan-kawan dan pengunjung ZLC yang saya hormati, apakabar semua diharap kalian berada dalam keadaan sihat.  Semalam kita baru dikejutkan dengan berita permergian seorang biduanita negara Dato' Sharifah Aini yang telah pergi buat selamanya pada 1.25 am berikutan jangkitan paru-paru.  Saya juga turut terkesan dengan berita yang agak mengejutkan ini..kerana saya merupakan salah satu dari ribuan peminat Dato' Sharifah Aini yang membesar dengan lagu2 dari nyanyian beliau yang tak akan pernah jemu mendengarnya walau berulangkali.  Saya juga pernah menghadiri Konsert/Show Allahyarhamah yang diadakan sempena hari ibu di Persada Johor Bahru, CERITA DISINI..
yang tak mungkin dapat saya lupakan..semoga roh ummi Sharifah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

Kita tinggalkan sejenak cerita sedih hari semalam dan hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi mudah untuk membuat kueh bakar pandan yang sesuai disajikan untuk berbuka puasa, minum petang, sarapan pagi atau bila-bila masa..tapi bulan puasa nie tunggu waktu berbuka lah yer kawan2.  Untuk kawan-kawan yang nak resepi ini seperti Rossana, Chen Esther dan Juliana Asyikin..cubalah yer..kueh ini amat lembut dan sedap..dan yang penting mudah nak membuatnya saya bakar guna pemanggang ajaib dan bakar atas dapur sahaja.

Kueh Bakar Pandan..

Bahan-Bahan:

2 cawang tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan jus pandan - (blender 2-3 helai daun pandan dengan secawan air dan tapis)
2 1/4 cawan santan
3 biji telur ayam
2 sudu makan butter/majerin
sedikit pewarna hijau
sedikit bijan untuk tabur di atas kueh bakar
1 sudu makan butter/majerin untuk lenser pada pemanggang ajaib

Cara:
1. Masukkan jus pandan, santan, telur, gula, tepung dan butter dalam blender, kisar sehingga halus semua bahan. Masukkan sedikit pewarna hijau dan kacau sebati
2. Panaskan pemanggang ajaib, masukkan sedikit butter dan ratakan. Tuangkan kesemua adunan, yang dikisar tadi. Adunan agak penuh tapi jangan bimbang sebab tak akan melimpah keluar.
3. Taburkan bijan atas permukaan aduanan kueh bakar, bakar guna api paling kecil dalam 30 minit.  Bila dah 30 minit lihat kueh sama ada masak betul dengan cucukkan hujung pisau jika keluar bersih kueh dah masak kalau belum boleh tambahkan masa 5-10 minit lagi.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong.  Selamat mencuba.

Thursday, July 3, 2014

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih...

Salam semua...sekali lagi saya bersiaran hari ini sementara ada kelapangan dan line pun nampak macam ok jer..so kita menulis satu lagi resepi mudah yang merupakan hidangan lauk kampung yang sangat sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan masin memang terangkat org kata tak nampak kalau mak mertua lalu di belakang  hehehe... Mungkin dikalangan kawan2 ada yang tak pernah makan umbut kelapa kan, untuk sesiapa yang tak pernah jumpa lauk2 kampung seperti ini mungkin agak janggal dan pelik kerana untuk mendapatkan bahan untuk memasak umbut nie prosesnya amat rumit tau kawan2 sebab terpaksa menumbangkan pohon kelapa dan di ambil bahagian atas dari bahagian pokok yang dibuang daun2 kelapa itu dan bahagian tengah dari atas pokok itu lah dapat umbutnya, di bersihkan dan ditebak untuk dapatkan umbut lembutnya. xsangkakan pohon kelapa yang keras tapi umbutnya sangat lembut dan sedap.  Saya pun berpeluang untuk masak umbut kelapa ini sebab akak cc ofis saya bawakan untuk saya sedikit umbat yang dibawa balik dari kg kak Ros di Peserai Batu Pahat..terima kasih akak cyg...semalam dah dapat masak lauk kampung yang sedap tu pada tekak saya untuk berbuka..hehehe..jom kita tengok bahan-bahannya.

Umbut Kelapa Masak Lemak Putih..

Bahan-Bahan:

Umbut kelapa lebih kurang 2 buku kecil - dihiris
8 ulas bawang merah - ditumbuk halus / kisar*
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus / kisar*
1/2 camca teh lada hitam tumbuk halus / kisar*
2 sudu besar ikan bilis - direndam sebentar -ditumbuk halus /kisar*
2 batang cili merah dipotong serong
sehelai daun kunyit disiat sedikit dan di simpulkan
2 cawan santan cair / air
3 cawan santan pekat
sedikit garam, kalau suka letak serbuk perasa boleh letak saya tak guna pun.

Cara:

1. Umbut kelapa yang telah di hiris tadi di rebus/celur sebentar dalam air panas mendidih
untuk lembut kan sedikit tak perlu lama dalam 5 minit - toskan.
2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk halus atas di kisar * tadi dalam periuk bersama 2 cawan santan cair
Bila dah agak mendidih bahan rencah masukkan pula umbut yang telah dicelur dan ditoskan.  serta boleh masukkan santan pekat berserta cili hiris dan daun kunyit.
3.  Setelah memasukkan santan pekat lauk ini hendaklah sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak atau curdle gunakan api sederhana sahaja, masukkan juga garam. masak sehingga mendidih dan bolehlah di padamkan api bila dah masak.
4. Hidangkan bersama nasi panas, lauk lemak macam nie sedap dimakan bersama samba belacan dan ikan kering masin atau ikan goreng...selamat mencuba..
inilah rupa umbut kelapa..gambar ehsan en. google..


Ayam Kicap Madu...

Assalamualaikum, salam Ramadhan hari ke 5 buat semua..apa khabar kawan2 dan pengunjung ZLC di bulan puasa nie, harap2 semuanya berada di dalam kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah puasa.  Bagi yang kurang sihat tu jaga kesihatan, makan ubat, jika tidak memudaratkan dan boleh berpuasa alhamdulillah dan jika sebaliknya bersabarlah dengan ujian yang sedang dihadapi ini...mudah2an semuanya akan kembali seperti sediakala hendaknya..

Oklah x boleh nak berbual panjang di bulan puasa nie..kita teruslah ke resepi mudah yang ingin saya kongsikan disini iaitu Ayam Kicap madu yang sangat digemari oleh anak2 buah saya di rumah..dan yang lain-lain pun suka juga sebab rasanya yang sedap dan tak muak dimakan..sama ada makan dengan nasi putih, nasi ayam atau enak untuk diratah begitu sahaja dan yang paling penting mudah nak membuat nyer..jom kita semak resepi dibawah..

Ayam Kicap Madu..

Bahan-Bahan

1/2 ekor yang sederhana besar - di potong sedang atau kecil (ikut suka) di cuci bersih dan toskan
8 ulas bawang putih - dicincang halus
2 inci halia - diracik halus atau cincang
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos cili
5 sudu makan kicap
2 sudu makan madu
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis, bila minyak dah panas masukkan bawang putih cincang, dan halia tumis sehingga bawang agak layu dan keperangan dan berbau harum.
2. Masukkan ayam, balik2kan tak perlu masuk air sebab air ayam akan terhasil sendiri terus masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Bila dah dimasukkan sos2 tadi balik2kan sebentar dan kecilkan api serta tutupkan permukaan kuali dengan penutup kuali atau gunakan penutup kukus. Biarkan sebentar dalam 10 minit, ayam akan menjadi empuk.
3. Buka penutup kuali dan balik2kan ayam, masukkan pula madu, jika nak letak garam letak sedikit sahaja sebab semua sos dan kicap dah berperisa. Bila dah masak ayam akan kelihatan berpalut dan likat kehitam kicap..lauk ini memang tak ada kuah sebab kering dan tidak gunakan air.
4. Angkat dan hidangkan ayam kicap madu ini sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi ayam atau diratah begitu sahaja.  Selamat mencuba.


Tuesday, July 1, 2014

Bebola Ayam Masam Manis..

Salam...hanya nak berkongsi resepi ringkas hari ini..boleh dibuat untuk juadah berbuka bagi yang sukakan masakan yang ringkas dan mudah..cuma saya gunakan bebola ayam yang dibuat sendiri..kawan2 boleh gunakan yang ready made juga.. semenjak banyak produk yang menjadi keraguan untuk dimakan jadi saya merajinkan diri untuk membuat bebola ayam sendiri..k teruslah kita tengok resepi mudah ini..mesti anak2 suka..

Bebola Ayam Masam Manis

Bahan-Bahan :

Untuk Bebola Ayam Home Made:
2 cawan ayam kisar
2 sudu makan penuh tepung jagung
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh garam.
2 camca teh minyak jagung/minyak masak - untuk mudah mengentel bebola ayam
(Kalau tak nak buat bebola ayam sendiri boleh beli yang ada dipasaran)

Bahan Kuah:
2 senduk cili kisar - guna senduk nasi
3 sudu makan cili sos
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos tiram
1 labu bawang besar - didadu halus
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dihiris halus/cincang.
2 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
1 cawan air
sedikit minyak untuk menumis.

Cara:

1.  Mula-mula sediakan bebola ayam, gaulkan ayam kisar bersama tepung jagung, lada sulah dan garam, gaul rata dan masukkan 2 sudu makan minyak jagung, kepalkan ayam yang sudah digaul anggaran sebesar guli yang sedang. bulat-bulatkan dan gorengkan sehingga masak. (Bebola ayam ini juga boleh disimpan dan dibuat sup jika berlebihan)
2. Untuk sambal masam manis, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yang didadu, bawang putih cincang dan halia cincang. tumiskan hingga agak layu dan berbau harum.
3. Masukkan cili kisar 2 senduk dan tumiskan sehingga pecah minyak dan agak garing dan masukkan gula, masukkan pula air dan diikuti dengan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Bila sambal masam manis agak memekat masukkan bebola ayam balik2kan dan perasakan dengan sedikit garam, jangan letak banyak sebab sos semua dah berperisa dan bebola ayam pun dah berperisa. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas atau boleh juga dimakan dengan roti.  Selamat mencuba..

Setelah Sekian Lama Menyepi..



Assalamualaikum...

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua pengunjung Blog ZLC yang saya hormati.. Terlebih dahulu saya selaku tuan tanah blog ingin memohon keampunan dan kemaafan kerana telah begitu lama menyepi lebih dari setengah tahun dan entry terakhir yang saya masukkan pada 31 Dis 2013..

Banyak perkara2 yang tidak dapat dielakkan menyebabkan saya tidak dapat meneruskan penulisan juga berkongsi sisipan resepi mudah di blog kerana masalah2 kesihatan yang tidak berapa mengizinkan dan juga talian hayat di rumah iatu Lappy saya yang dah nyawa2 ikan  tidak dibaiki..huhuhu maaf yer kawan2.  sedih juga rasanya bila tidak berkesempatan untuk mencoretkan apa-apa di alam maya ini..saya juga tidak mampu berjanji untuk terus dapat berblog...tengok pada kesempatan dan ruang yang ada nanti In Sha Allah saya akan menulis juga serba sedikit dan yang ringkas2 sahaja ok..

Kalau ada kelapangan saya akan masukkan resepi mudah untuk berbuka bagi yang nak resepi ringkas dan sempoi dari air tangan ahkak ok.. Wakumsalam..jumpa lagi..