Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, May 19, 2012

Sweetests Moment with Sharifah Aini...

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku...


Assalamualaikum...salam sejahtera dan selamat berhujung minggu untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...lirik lagu di atas adalah salah satu lagu yang disampaikan oleh Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan kak pah di majlis Celebrate Mother's Day at Persada Johor Bahru yang menampilkan Kak Pah pada petang  tadi 19 Mei 2012..

Saya berserta adik2 saya Bedah dan Nora telah menghadiri acara ini yang bagi kami amat meriah, happening, fantastic dan menyeronokkan bukan sahaja kami dihiburkan dengan suara kak pah yang lemak merdu, germersik, sangat lantang bukan sahaja pada bait2 kata dalam setiap lirik lagu tetapi juga semasa berinteraksi bersama penonton yang begitu segar dan pada saya sangat beraura...memang sukar nak cari penyanyi yg sangat dekat di hati peminat2 yang rata2nya memang meminati kak pah semenjak kemunculan beliau di persada seni tanah air sejak 43 tahun yang lalu, itu lah juga yang sempat saya luahkan pada kak pah bahawa saya lahir semasa beliau mula menyanyi dan kak pah menjawab rupanya anak umi...terharukan...

Sangat seronok bukan sahaja kami dihiburkan oleh nyanyian kak pah malahan rata2 yang menghadiri acara ini sangat sporting sama ada diajak menari, menyanyi dan  terhibur melihat gelagat peminat kak pah yang berbagai gaya dan ragam..pastinya bila ada lagi show yang ada kak pah nanti saya akan hadir jika berkesempatan.. Jadinya memang tak rugilah membeli tiket berharga RM150 kerana selain dihidangkan dengan berbagai hidangan yang lazat kami terhibur dan have fun dan yang paling tak disangka saya menyanyi sedikit dari lagu kak pah bersama beliau di tepi pentas walaupun liriknya saya tak hafal excited punya pasal kak pah ada di pentas betul2 depan saya box hitam di sebelah yang sedang scroll lirik saya xprasan...xkisah la sebab suka punya pasalkan...hehehe..

Ok jom la kita layan pic2 yang sempat saya snap sepanjang majlis diaadakan sebelum, sedang dan sesudah...


No comments:

Post a Comment