Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, May 5, 2012

Kek Mentega Lemon Berceri

Salam...sekali lagi saya bersiaran untuk hari ini tapi kali ini saya nak kongsikan resepi kek yang telah saya buat pada petang tadi dan malam baru lah dapat diposingkan dan di ngap...memang sedap bagi sesiapa yang suka rasa masam2 lemon...sangat terasa lemonnya...dan bau butter yang mengoda kalbu. Kek nie taklah berapa manis sebab saya kurangkan sukatan gulanyer just nice very soft n moist juga...pehhh sorry la yer memuji kesedapan kek sendiri tapi apa boleh buat memang sedap pun kata anak2 buah saya yang makan...ok kerana bersiaran agak lewat dah nak time tido so kita terus ke resepinya yer kawan2...

 Kek Mentega Lemon Berceri

 Bahan-Bahan:

250 gram mentega berkualiti - SCS ke golden churn ke (nak guna buttercup pun boleh)
200 gram gula castor
250 gram tepung gandum *
2 camca teh baking powder *diayak bersama
5 biji telur size A
2 biji lemon - perah jusnya dpt dalam 1/2 cawan 1 camca teh esen perisa lemon - saya guna star brand
70 gram Ceri kering merah/hijau - dipotong 2 atau 4
1 sudu makan lemon zest (parutan kulit lemon-yg kuning sahaja)

 Cara:

1. Mula-mula panaskan ketuhar pada suhu 180'C
2. Pukul mentega dan gula castor pada kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu kemudian tingkatkan kelajuannya.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul pada kelajuan sederhana, scrap kan adunan kek mentega di sekeliling mangkuk pengadun dan pukul lagi hingga adunan bergaul rata.
4. Masukkan Ceri kering yang dipotong ke dalam tepung gandum - gaulkan. Dengan menggunakan senduk kayu kacaukan adunan kek dengan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus lemon. Masukkan juga esen perisa lemon dan kulit lemon yang diparut. Akhirkan dengan adunan tepung. Gaulkan sebati.
5. Masukkan adunan kek ke dalam loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas pengalas atau kertas surih. Kalau buat menggunakan cup kecil masukkan dalam cup. Saya buat dua2 satu dalam loyang/acuan kek lonjong size 8x4 inci selebihnya saya letak dalam acuan kertas/paper cup.
6. Bagi yang menggunakan acuan/loyang yang besar bakar pada suhu 180'C selama 50 minit atau sehingga kek masak uji tengahnya dengan mencucukkan lidi jika keluar bersih kek sudah masak jika belum tambahkan waktu membakar 10-15 minit lagi. Jika anda gunakan paper cup bakar selama 30 minit sahaja bergantung pada oven masing2. Memang sedap kek ini cuba lah...

nie rupa atas dia tergelap sikit

tp bahagian bawah dia ok...


No comments:

Post a Comment