Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, May 28, 2012

Bandung - Episode 1

Assalamualaikum...

Salam sejahtera untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya kasihi...bertemu kita sekali lagi di hari ini...setelah 5 hari tidak berblog kerana bercuti ke Bandung..saya ingin kongsikan dengan kawan2 semua sedikit dari gambar2 dan coretan sepanjang percutian saya ke Jakarta dan Bandung.


Perjalan kami bermula pada subuh 23hb, berkumpul di stesyen minyak berhadapan City Square Johor Bahru untuk di bawa ke Changi Airport Singapura..pagi2 lagi dah kena keluar sebab takut jem nanti lambat pula sampai di airport jadinya seawal 3.30 pagi kami dah berada di tempat yang dijanjikan. dan sebelum 6 subuh dah tiba di changi airport untuk menaiki Tiger Air..alhamdulillah perjalanan semua lancar dan jam 8 lebih cuma delay sekejap jugak kapal terbang tu kerana jem di udara hujan masa tu.


Setibanya di Jakarta kumpulan romongan kami seramai 17 orang di sambut oleh pemandu pelancong dari Galeri Permata Guest House iaitu Alan dan seorang lagi Miftah menaiki 2 kenderaan. Waktu Indonesia yang lewat 1 jam dari waktu kita jadinya tiba di Soekarno Hatta Airport Jakarta lebih kurang dalam jam 8 lebih juga..dan pada hari pertama jadual kami adalah lawatan ke Tanah Abang tapi oleh sebab Jakarta sangat macet - jem dan sesak giler jalanrayanya maka terpaksa lah dibatalkan dan kami hanya ke Manga 2 untuk makan tengah hari dan menjengah ke kedai2 di sana yang diperuntukkan masa lebih kurang sejam.. Kat sini saya tak membeli apa2 pun sebabnya memang dah bercadang untuk berbelanja di Bandung sahaja. Setelah melihat dan meninjau2 beberapa kedai di Manga 2 kami bertolak ke Bandung lebih kurang  2.45 petang perjalanan yang dijangkakan mengambil masa 2 jam atau 2 1/2 jam nampaknya lebih dari 4 jam..jenuh jugak dalam perjalanan yang sangat sesak dengan kereta..macam mana agaknya penduduk di kota Jakarta dan Daerah2 sekitarnya boleh tahan dengan keadaan begini.


Di Bandung kami singgah untuk makan malam di Restoran Nasi Padang di Sederhana dan menikmati juadah makan malam setelah penat berjalan nasib baik makan di sini sedap..terima kasih pada abg2 di group rombongan kami yang belanja makan malam..mudah2an dimurahkan rezeki dan boleh belanja lagi..hehe. Sesampai di Hotel Marciella untuk check in kami menunggu kunci kamar masing2 dan bagi yang ada pasangan semuanya dapat bilik bersama pasangan masing2..saya yang solo nie terpaksa berseorangan.
Setelah siap mandi semua saya pun konon nk menonton tv akhirnya tv yg menonton saya sebab penat dlm perjalanan seharian suntuk.

Berakhir sudah episode hari pertama dan di hari kedua pula kami dibawa ke kawasan Gunung Tangkuban Perahu untuk melawati kawasan peranginan gunung berapi Kawah Ratu di kawasan pergunungan yang sangat nyaman udaranya sejuk..dan pemandangan kawah gunung berapi ini yang terakhirnya meledak lebih kurang 43 tahun dahulu masih berasap dan kelihatan kawah lumpur yang sangat besar berwarna kelabu- sulfur atau belerang lumpur semamangnya ada kegunaannya iaitu boleh menyembuhkan penyakit2 kulit seperti gatal2 atau panau ada juga dijual, saya ada juga membeli dalam peket kecil serbuk belerang di sana tapi katanya bahan2 yang sebegini tidak dibenarkan di bawa so saya tinggalkan sahaja. nasib beli yang kecil berharga 10,000 rupiah sahaja kalau tidak memang rugi.


Sepanjang kawasan  gunung banyak gerai2 yang menjual beraneka barangan untuk cenderamata seperti pakaian dan macam2 lagi la..oleh kerana kami dinasihatkan untuk tidak berbelanja banyak di sini sebab harganya dilipatkali gandakan so saya pun tak juga membeli disini. Cuma beli strawberry yang sangat manis..rupanya disini juga ramai yang tertipu sebab  rasa strawberrynya sangat manis kerana dicelup dengan ibu gula sebelum di pek..macam2 cara mereka nak melariskan jualan.  Apa yang saya perhatikan di tempat peranginan atau dimana2 jua di Bandung sungguh banyak orang2 yang berjualan dan datang pada pelancong2 dengan kata2 yang cukup manis..mohon pecah telur katanya untuk buka rejeki mereka..walaupun hari dah hampir malam...ada2 ajer diorang niekan. Kalau ada barang yang kita berhajat nak beli dengan peniaga seperti ini kita kena pandai menawar barulah dapat harga yang berpatutan.

Balik dari lawatan ke kawasan peranginan Tangkuban Perahu ini kami dibawa pula untuk makan tengah hari di Kampung Daun. tempat atau kawasan kampung Daun ini sangat cantik dengan pokok2 yang tumbuh segar dan dijaga rapi menghijau sejuk mata memandang di kawasan ini juga ada Air Terjun, mungkin air terjun buatan sebab memang molek ajer kedudukannya di antara laluan tengah yang agak berbukit..penat juga nak berjalan kaki sebab tempat makan kami tu di saung 27..tapi oleh kerana pemandangan yang sungguh indah hijau di kiri kanannya tidak lah terasa penat hingga ke tempat yang dituju..ok lah dah jadi berapa kajang nampaknya karangan saya ini macam nak buat karangan untuk exam spm ajerkan...sorry yer kawan2 kalau penat membacanya..tapi kalau ingin saya menulis atau nak tahu cerita2 di hari ke 3 dan ke 4 bagi tahu lah yer nanti saya mengarang lagi..hehehe...ok sambil2 tu silalah menjamu mata dengan beberapa gambar yang sempat saya ambil disana..






No comments:

Post a Comment