Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, May 14, 2012

Plum Coffee Cake...


Assalamualaikum...

Salam hari Isnin buat semua rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...semalam saya telah membuat sejenis cake yang saya ambil resepinya dari laman web Joy Of Baking dan alhamdulillah menjadi sedap dan anak2 buah saya semua suka..rasa plum yang masam2 manis tu tambah pulak atas nya di sprinkle dengan brown sugar jd kan permukaan kek ini agak garing...worth trying la buat kek nie..dan pastinya saya akan buat lagi..mungkin akan cuba gantikan fresh plum dengan can peaches...

Ok lah tak boleh nak bercerita panjang sebab update from my office so check out for the recipe yang saya ambil dari Joy of Baking tapi saya gandakan bahan2nya sebab itulah saya dapat buat dapat 2 tray satu square tin cake 6 inci satu lagi bentuk bulat...dua2 sedap n dua2 dah habis...hehehe..

Plum Coffee Cake
sumber : Joyofbaking

Bahan-Bahan

21/2 cawan tepung gandum - di ayak
2 sdm  baking powder - di ayak bersama tepung
1/2 cawan - serbuk badam
7-8 biji red plum - buang kulit, potong dua dan buangkan bijinya
2 biji telur
11/2 cawan - gula castor
1 cawan canola/sunflower oil - gunakan minyak tanpa bau
1 cawan plain yougurt
1/2 cawan orange juice - squeeze from 2 oranges
2 sdm orange zest - parutan kulit limau 
1 sdt vanilla esen
3-4 sdm brown sugar untuk sprinkle atas kek bila dah siap di letak buah plum.

Cara:

1. Ayakkan tepung bersama baking powder, campurkan serbuk badam dan ketepikan
2. Dalam mangkuk adunan pukul telur bersama gula kastor, yougurt, minyak canola, orange juice dan orange zest dengan menggunakan whis gaulkan sebati, masukkan sekali esen vanilla.
3. Adunan yang telah di gaul sebati tadi dimasukkan tepung + baing powder dan serbuk badam sedikit demi sedikit, gaul rata dan masukkan sehingga kesemua tepung dan serbuk badam habis.
4. Alaskan loyang kek dengan kertas minyak yang di gris dengan sedikit minyak canola boleh guna springform 9 inci saya tak ada so saya gunakan 2 loyang kek kecil satu yang empat segi bersize 6 inci dn satu lagi loyang bulat yang kecil.
5. Aturkan buah plum di atas adunan kek dengan cara permukaan yang di belah di sebelah atas. Taburkan di atasnya dengan brown sugar.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 200'C selama 30-35 minit api atas bawah. Uji kek dengan cucuk gunakan lidi jika lidi keluar bersih tidak melekat kek dah masak..Sesuai untuk hidangan minum petang...



No comments:

Post a Comment