Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, May 4, 2012

Kek Marble Trio...

Salam senjakala untuk semua....opss dah masuk waktu magrib bagi kawasan Johor Bahru dan yang sama waktu dengannya jadi bagi mereka2 yang tidak keuzuran selamat menunaikan Solat Magrib...ok lah x mau cerita lebih panjang ada tugas lain selepas ini, maka saya shortkan sajer entry yang ini sebenarnya kek Marble Trio yang di buat oleh adik saya bedah semalam, dan tak sempat untuk berposing kerana dah habis dimakan oleh anak2 buah saya maka yang tinggal sepiring untuk minum petang tadi sahaja yang sempat dipotretkan...rasa kek nie memang lah teramat sedapnya very moist n buttery...dan kewangi bau butter yang digandingkan bersama perasa vanilla, strawberi dan juga coklat memang sangat bersesuaian..emmg sedap sangat rugi sape yang tak mencubanya...saya juga pernah buat kek versi yang ini yang diambil resepinya dari blog Chef Che Mat Gebu di Dapur Tanpa Sempadan di SINI   so the credit goes to CMG...tqvm sebab share resepi yang sangat2 sedap ini dan saya kongsikan pula bersama rakan2 saya ok...so untuk Juliana Asyikin nielah resepi kek yang ana nak tu...slamat memarble k syg...kalau dah jadi jgn lupa upload picture kat fb ok...
Jom kita semak resepi yang saya copy paste dari DTS. CM akak minta izin yer untuk kongsi resepi awak yang sedap ini...

KEK MARBLE TRIO
Sumber: CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA:

300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
  2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
  4. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
  5. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
  6. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....


No comments:

Post a Comment