Assalamualaikum...
Salam Ahad untuk semua teman2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...hari ini saya nak kongsikan resepi Roti Poket yang dibuat pagi tadi untuk sarapan...boleh juga dimakan pada waktu petang atau malam atau bila2 sahaja. Nak buat buatnya pun agak mudah dan saya ada jugak buat 2...3 kali sebelum ini sebab anak2 buah saya suka...Jom la kita semak resepi mudah ini ya roti ini pada asalnya saya belajar buat di blog Che Mat DTS tu...terima kasih yer berkongsi resepi mudah dan sedap ini..
Roti Poket Berinti Daging Burger dan Salad...
Bahan-Bahan
Bahan Untuk Roti :
8 keping roti gardenia
1 biji telur - dikocok sedikit
secukupnya -serbuk roti/breadcrumb -saya guna berwarna kuning jenama Adamii
minyak untuk mengoreng roti
Bahan untuk Inti/ Isi di sumbat pada roti:
3 keping daging burger - dicincang -saya guna jenama Ramly
2 biji bawang besar di potong dadu halus
1 sudu makan sos tiram
secubit serbuk lada hitam (boleh juga gunakan serbuk lada sulah)
sedikit sahaja minyak untuk menumis
Secukupnya daun salad -apa2 jenis pun boleh saya guna butterhead salad
secukupnya hirisan timun
secukupnya hirisan tomato
Sos kegemaran anda mayonis, cheezy, sos cili atau sos tomato
Cara:
1. Mula2 sediakan bahan untuk inti, panaskan sedikit sahaja minyak, tumiskan bawang besar yang didadu halus hingga harum dan layu, masukkan daging burger yang dicincang balik2kan dan perisakan dengan sos tiram serta sedikit sebuk lada hitam, saya tak letak garam sebab burger dan sos tiram dah masin. Masak sehingga daging bergaul rata dan masak toskan minyak sebab burger akan keluarkan minyak dan ketepikan sebelum digunakan.
2. Untuk menyediakan roti poket pula ambil 2 keping roti gardenia dan leperkan dengan penorak agar ia menjadi leper dan melekat antara satu sama lain. Buatkan untuk dapatkan 4 pasang roti. ambil acuan bulat yang agak besar muat size roti yang telah di leperkan tadi atau boleh gunakan permukaan mug yang besar dan tekan untuk dapatkan roti berbentuk bulat.
3. Ambil sekeping roti dan celup pada telur yang dikocok kedua2 belah kemudian golekkan di atas breadcrumb. buat sehingga selesai 4 keping roti.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan roti ini satu sekali goreng api nya perlu kecil sahaja dan balikkan..Roti ini akan mengelembung besar tapi jangan bimbang sebab dia x akan pecah. balik2kan sehingga roti masak berwarna kuning keemasan, angkat dan toskan.
5. Untuk menyediakan roti poket roti yang telah digoreng tadi di potong 2 guna kan gunting lebih mudah. roti akan terbuka berbentuk poket. Isikan dalamnya dengan daun salad, timun, tomato dan daging burger yang ditumis tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda...sedap..cubalah.
No comments:
Post a Comment