Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, May 9, 2012

Labu Ohhh Labu...Apam Labu Yang Bertukar Menjadi Bingka Labu..

Assalamualaikum...

Salam hari Rabu buat semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...entry pada kali ini saya nak bercerita mengenai Apam Labu yang bertukar menjadi Bingka Labu yang saya buat subuh tadi memang teringin sangat nak buat apam labu tapi oleh kerana kedegilan saya  tak pi cari resepi kat encik google main tibai jer macam la saya pro sangat haaa amekkk nkoo pemutusnya apam dah bertukar menjadi bingka@bantat tapi kan yang peliknya rasanya tetap sedap sebab lembut ajer dan manis2 labu tu tetap ada.  Menjadi peringatan buat diri saya kalau buat sesuatu tu janganlah nak memandai sendirikan...hehehe serve me right..tapi alhamdulillah walaupun tak menjadi apam tetap laku, bingka labu saya tu sedap jer rasa dia...


Bila sesuatu masakan tu tak menjadi saya pun tak tau sama ada nak di kongsikan ke tidak resepinya sebab nanti ada yang mengata saya memberi resepi yang tak sempurnakan...so saya rasa tak perlulah saya letak resepinya cuma saya terangkan secara ringkas saya buat tadi menggunakan 2 cawan labu yang dikukus dan dilenyek saya blender bersama 3 biji telur, 1/2 cawan susu pekat manis, 1/2 cawan gula, 1/2 cawan minyak jagung, 3 sudu makan butter, dan 11/2 cawan air, kemudian apa bila saya dah blender halus saya salinkan dalam mangkuk adunan saya pukul gunakan whisk pula dengan mencampurkan bahan2 tadi bersama 21/2 cawan tepung gandum yang diayak bersama 11/2 camca teh baking powder dan 1/2 camca teh bicarbonate of soda...saya jangkakan adunan seperti nak buat apam gula hangus akan jadi...tapi malangnya tak menjadi mungkin sebab labu tu sendiri bahan yang berat tak seperti tepungkan...

Nasib la kau labu..nasib baek sedap dan masih boleh dimakan jadi bila saya dah kukus dalam acuan apam yang kecil masa baru dikeluarkan dari kukus nampak naik tinggi lepas tu terus dia membantut ke bawah...memang sahlah jadi bingka...muahahaha suka hati aku lah labu aku makan ko juga walaupun tak menjadi apam n terbantut...jom kita tengok rupa kueh apam labu saya yang bertukar jadi bingka labu ok..



No comments:

Post a Comment