Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, May 20, 2012

Roti Arab...

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam satu dunia buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi...,pada pagi Ahad yang cukup indah dan ceria ini saya nak berkongsi dengan anda sejenis roti yang begitu mudah dibuat iaitu Roti Arab.  Sebenarnya sebelum ini saya pernah juga buat roti arab iniDISINI  dan bila dah lama tak membuatnya maka saya menyempatkan diri buat roti ini pada pagi semalam yang digandingkan bersama Kari Ayam Raja yang sangat pedas meletups dimasak oleh adik saya Bedah yang merupakan inhouse chef yang tidak asing lagi...memang sesuai dan sangat sedap makan roti arab bersama kuah kari tapi jika ada yang nak cicah bersama kuah2 lain seperti asam pedas ke, lemak cili api ke, rendang or even sambal tumis juga boleh.

Saya rasa roti arab ini yang akan mengelembung bila di goreng dan sangat lembut rasanya walaupun telah lama digoreng juga boleh dibagaikan untuk kita buat seperti roti poket samakan sebab dalamnya beronga kalau dipotong dua gunakan gunting dan terbentuk poket dan bolehlah disumbatkan dengan inti2 seperti inti kebab atau sebagainya..dah ada idea macam nie pasti saya akan buatnya nanti..insyaAllah..

Ok kita terus sahaja semak resepi seperti berikut di bawah dan saya nak ucapkan terima kasih pada teman2 dan sesiapa sajer yang sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini...terima kasih sekali lagi dan kalau sudi jadilah follower anda cuma perlu clik di Join this site sahaja..

Roti Arab..

Bahan-Bahan:

500gm tepung gandum - diayak
6 gm yis kering
2 sudu makan butter
2 sudu makan minyak -saya guna minyak sunflower
2 sudu makan gula
300ml air suam.

Cara:
1. Mula2 masukkan tepung di dalam mangkuk bersama yis kering, mentega, minyak dan gula. gaul kan.
2. Curahkan air suam sedikit demi sedikit sambil menguli lembut2 manja roti ini (tak perlu diuli keras2 macam buat roti canai tu..hehe) sehingga terbentuk adunan yang agak2 sekepal besar dan kenyal.  Jika anda rasa adunan roti ini agak keras boleh ditambah 1 sudu butter dan teruskan uli sedikit lagi supaya dia menjadi rata.
3. Biarkan adunan roti selama 1 jam atau naik sekali ganda dalam bekas sama ada menutupnya dengan plastik atau juga apa2 penutup.
4. Bila adunan roti dah naik gebu sekali ganda bahagikan adunan roti kepada beberapa bebola kecil anggaran sebesar bola golf dan leperkan dalam 0.4 cm. Jangan lupa taburkan sedikit tebung untuk kita mudah nak meleperkan adunan roti  lebih kurang akan jd bulat seperti piring cawan.  Tapi kalau anda nak buat size yang lebih besar pun boleh cuma besarkan size yang adunan yang dibahagikan.  Kalau buat agak kecil boleh dapat sehingga 20-22 keping roti.
5. Seterusnya panaskan sedikit minyak anggaran 1 cawan untuk menggoreng roti, goreng sekeping2 dan balik2kan roti sehingga mengelembung dan bertukar warna kuning keemasan. api biar kecil sahaja sebab roti akan cepat hangus. Angkat dan toskan serta diletak atas paper towel.Hidangkan roti bersama lauk kari atau apa2 bahan pencicah yang anda suka.  Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment