Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, July 30, 2012

Caramel Custard...again n again..

Assalamualaikum...

Salam pagi Isnin 10 Ramadhan sekejap sahaja nampaknya dah masuk hari yang kesepuluh dalam bulan Ramadhan..mesti ada yang sedang merancang untuk buat persiapan hari raya yang bakal menjelang nanti..yer lah mana2 yang ada anak2 terutamanya yang masih kecil tentu dah meninjau2 di komplek membeli belah untuk membeli baju dan kasut raya..kalau tak dibeli dari awal atau di saat2 akhir nanti mesti kelam kabut jadinya..begitu juga bagi surirumah tentu ada yang sedang tekun untuk membuat kuih muih terutamanya biskut2 raya bila dah masuk dua minggu berpuasakan.. kalau untuk membuat kek pula tentunya di penghujung Ramadhan..ok lah saya juga yang tak membuat persiapan apa2 baju yang dihantar ke tailor pun katanya xsempat untuk di siapkan untuk hari raya...xper lah saya ini dah kira orang lama xperlulah berbaju baru pakai ajer lah apa2 yang ada baju2 keje..hehehe..

Kalau bercerita pasal persiapan hari raya memang seronok yerlah semangat nak beraya tu dah hampir datang kata orang, lebih2 lagi bila kita ke kompleks membeli belah dah siarkan lagu2 hari raya..tapi saya agak sayu bila kenangkan musim perayaan hari raya..maklumlah saya dah tak ada mak ayah, tapi syukur alhamdulillah masih ada akak2 abg2 n adik2 serta anak2 buah, kalau tak pasti sedihkan..Al-Fatihah untuk arwah kedua ibu bapa saya, pasti menitis air mata tatkala merindui mereka..Ok lah x nak bersedih2 di pagi2 hari begini saya nak kongsikan satu resepi pencuci mulut yang sering saya buat dan rasanya dah dua tiga kali dimasukkan di dalam blog DISINIDISINI juga tapi pada kali ini saya buat perubahan sedikit sebab tak mahu terlalu manis dan alhamdulillah x brapa manis.. saya juga tidak letak tepung kastad atau tepung jagung masih cantik lembut ajer kejadiannya..ok jom kita tengok resepi mudah di bawah ok..manalah tau ada kawan2 nak cari idea untuk buat berbuka puasa petang nanti.

Caramel Custard

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam
1 tin susu cair - 400ml
4 sudu makan gula pasir
1 camcateh esen vanilla
1/2 cawan air
Untuk Caramel:
1/2 cawan gula Pasir

Cara:
1. Mula2 sediakan caramel dengan cara masakkan 1/2 cawan gula pasir dalam periuk dengan api yang kecil sahaja, bila dah agak keperangan kacau sedikit dengan senduk kayu, padamkan api dan masukkan ke dalam loyang. Atau boleh juga buat seperti saya masukkan gula ke dalam loyang besi /aluminium dan masak di atas api kecil bila gula dah mula mencair dan bertukar warna keperangan sedikit kacaukan..jangan biar sampai gula hangus nanti pahit pulak  sejukkan..
2. Dalam sebuah bekas, pukul  telur bersama gula dan susu cair. jangan pukul kuat sangat cukup sekadar bercampur dan tidak berbuih masukkan esen vanilla dan juga 1/2 cawan air, gaul rata. Tapiskan adunan telur ke dalam loyang yang ada caramel tadi. Kukuskan selama 1/2 jam.
3. Sejukkan dan keluarkan dalam bekas atau pinggan yang lebih besar dari loyang dengan longgarkan sekelilingnya dengan pisau dan ditelangkupkan...sedap dimakan sejuk..boleh juga dimakan bersama buah2 koktel campuran ataupun peach dalam tin. Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment