Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, July 29, 2012

Bangkit Kerisik...

Assalamualaikum...

Apa kabar kawan2 semua semoga sentiasa sihat dalam menjalani ibadah puasa..dalam bulan puasa saya jarang dapat mengupdate blog sebenarnya ada juga beberapa resepi yang boleh dikongsikan tetapi oleh kerana agak keletihan bila dah malam tu yang nak menjengah ke blog pun agak payah..maaf yer kawan2 dan pengunjung ZLC semua..saya sayang anda semua tapi masa tak mengizinkan jadinya bulan Ramadhan nie blog pun berpuasa sesekali jer dapat bersiaran..hehehe..

Ok tak boleh nak bercerita panjang2 sebenarnya saya nak kongsikan satu resepi biskut raya yang telah saya buat kira projek mengookies yang pertama la wat tahun ini..saya dah simpan resepi ini yang saya ambil dari Kak Fida di MyResepi sejak tahun lepas lagi tapi xbuat2 juga jdnya baru la dapat di ekperimen kan resepi biskut bangkit kerisik ini yang sangat sedap pada tekak saya sebab ada rasa kelapa kerisek yang lemak dan penggunaan butter yang juga bangkitkan rasa sedap pada cookies ini xbrapa nak manis ngam lah dengan selera saya n yang pentingnya sangat garing. Jom kita semak resepi di bawah ok pada sesiapa yang nak mencubanya utk hari raya atau hadiah pada rakan2 atau mertua...cewahhh mana ada mertua kan..kepada tuan punya resepi kak fida terima kasih banyak2 sebab selalu kongsikan resepi yang sedap2 di My resepi mohon  cnp disini pula yer..saya hanya buat setengah adunan dari resepi asal dan boleh dapat dalam 100 keping..

Bangkit Kerisik
Sumber: KakFida MyResepi

  • 600 g tepung sagu
  • 100 g tepung gandum
  • 300 g butter
  • 300 g gula tepung/icing
  • 150 g kelapa kerisik -(kelapa kering dlm tin di sangar kecoklatan dan kisar halus)
  • 2 biji telur
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk coconut essence- saya xder xletak
  • 1 sk garam halus
  • ceri merah - potong kecil utk hiasan - xletak hiasan pun

Cara-cara

  1. Kedua2 tepung disangar hingga ringan,sejukkan dan diayak
  2. Gula dipukul bersama butter hingga rata, masukkan telur satu-persatu dan masukkan coconut essence.
  3. Seterusnya masukkan kerisik, serta tepung2 dan baking powder sambil diuli hingga sebati.
  4. Adunan dicanai dan diterap lalu disepit dan hias di tengah2nya dgn ceri merah.
  5. Bakar dgn suhu 150C selama 15-20 min.


No comments:

Post a Comment