Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, June 24, 2012

Tahu Teratai...

Assalamualaikum...

Salam Ahad untuk semua teman2 yang saya sayangi, saya nak kongsikan satu resepi yang pernah saya masukkan di blog 2 atau 3 kali juga iaitu Tahu Teratai..kali ini saya buat untuk jamuan beradap majlis perkhawinan anak office mate saya kak maria..so jom la kita tengok bahan2 yang diperlukan saya buat agak banyak dapat dalam 80 - 90 biji jadinya sila kurangkan sukatan jika nak buat sedikit ok..

Tahu Teratai...

Bahan-Bahan:

80-90 biji tahu pop - saya beli di pasar 2 bungkus besar
12 keping tahu lembut - dilecek halus
400 gram daging ayam kisar (boleh juga digantikan dengan isi udang yang dicincang)
2 labu bawang besar - dihiris dadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang
2 pohon daun bawang dan daun sup - dihiris halus
2-3 sudu makan sos tiram
1 camca serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis ayam
Minyak untuk mengoreng tahu teratai secukupnya.

Bahan Hiasan
Daun Salad
Cili Bangala untuk jadikan mangkuk sos
Sos cili yang dibuat sendiri atau dalam botol

Cara:

1. Mula2 sediakan tahu pop dahulu, ambil sekeping tahu pop di gunting silang di atasnya, korekkan isi dalam tahu ini dan terbalikkannya untuk dapatkan bentuk bunga - isi tahu ini dikumpul untuk masukkan dalam inti yang di buat nanti. Buat sehingga kesemua tahu selesai.
2. Untuk sediakan intinya, panaskan sedikit sahaja minyak dalam kuali dalam 2-3 sudu makan tumiskan bawang besar yang didadu halus bersama bawang putih cincang hingga berbau harum dan layu,
3. Masukkan pula ayam yang telah dibilaskan sedikit dan ditos. kacau rata masukkan sekali lada sulah dan sos tiram, serta sedikit garam dan balik2kan sehingga ayam masak dan terus padamkan api.
4. Dalam satu bekas, lecekkan tahu hingga halus menggunakan belakang gelas, masukkan juga isi tahu pop yang dikorek tadi ke dalam tahu berserta rencah ayam yang telah ditumis tadi berserta daun sup  dan daun bawang yang dihiris halus. Gaulkan rata, rasa kalau kurang garam tambah sedikit lagi garam.
5. Ambil sebiji tahu pop yang telah dibentuk bunga tadi dan sumbatkan dengan inti yang disediakan secukup hingga ke paras belahan kelopak tekan padat menggunakan belakang sudu, buatlah sehingga tahu dan inti semua habis..bahan2 untuk ini yang saya buat ini memang cukup untuk 2 beg tahu pop yang tiap satu ada lebih kurang 40-45 biji tahu.
6.  Panaskan minyak dalam kuali dan bila minyak dah panas gorengkan tahu 7-8 biji sekali mengoreng dengan api yang sederhana balik2kan tahu dan inti di dalam nyer tidak akan terkeluar jika kita tekan agak padat. Bila tahu agak kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya.
7.  Hidangkan panas bersama sos yang dibuat sendiri atau apa2 sos kegemaran anda. Jika nak buat makan bagi jamuan boleh lah dihiaskan dengan daun salad dan aturkan mengikut kreativiti anda...selamat mencuba..




No comments:

Post a Comment