Salam Rabu untuk semua rakan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...dah lama betul saya tak bersiarankan...sebenarnya bukan tak nak atau mahu menjauhkan diri dari cik blog nie..tp kerana tak ada bahan yang nak dikongsikan makanya terpaksala saya menyepikan diri buat sementara...rindu jugak nak menjengah disini bila dah lama tak bersiaran dan hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang mudah yang sesuai dibuat sarapan pagi atau minum petang.. Makanan yang berasakan ubi memang sedap jika dipelbagaikan selain kita makan dengan cara direbus dan makan bersama sambal tumis dan ikan kering, buat kueh bakar atau bingka ubi pun sedap dan ada juga orang suka buat getuk ubi atau ubi goreng. Kali ini saya olahkan ubi ini kepada bebola ubi savori..macam getuk ubi jugalah cuma tak manis dan saya perisakan dengan bawang dan cili api untuk rasa yang pedas sedikit mengikut citarasa orang-orang malayu.
Ok lah sebenarnya saya buat ubi ini untuk sarapan dipejabat tadi pagi. Kebetulan akak2 di pejabat bersama wakjo, abg enal n mamat berkemas mengalihkan barang2 komputer lama jadi saya pun dok diam2 di dapur sambil mengoreng bebola ubi dan ada juga karipap segera yang dibawa oleh kak marie serta roti canai telur yang dipayung oleh abg zainal...wahhhh sangat meriah acara makan2 di pejabat dan ianya tak terhenti di sini sahaja...nanti kalau ada kesempatan saya sambungkan lagi acara makan2 @potluck lunch pulak yer..yg ini bos saya pulak payung..Jom kita semak resepi dibawah..
Bebola Ubi Savori
Bahan-Bahan:
Untuk Bebola Ubi Savori
2 batang ubi sederhana besar - dikupas kulit bersihkan dan rebus hingga empuk
1 1/2 labu bawang besar - dihiris/dadu halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
10 batang cili padi - dicincang halus - (kalau nak pedas lagi tambah)
2 sudu besar udang kering - direndam dan tumbuk halus
secubit garam secukup rasa
Untuk Bancuhan Tepung Salut Bebola Ubi:
11/2 cawan tepung gandum
air secukupnya - supaya bancuhan tidak telalu cair atau pekat (lbih kurang 3/4 cawan air)
1 sudu makan minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
dan minyak uuntuk mengoreng.
Cara-Cara:
1. Ubi yang telah direbus hingga empuk di toskan airnya dan lenyek dengan belakang gelas atau jika alat alat smasher bolah gunakan untuk melenyek ubi sehingga halus
2. Campurkan bawang besar yang didadu halus dan bawang putih cincang, cili padi hiris dan udang kering yang ditumbuk halus di campurkan bersama ubi, letakkan sedikit garam dan gaul kesemua bahan ini hingga rata.
3. Kepal dan bentukkan ubi menjadi bebola yang comel2 macam bola pingpong atau kecil sedikit pun boleh
bila dan buat sehingga habis adunan ubi.
4. Untuk buat bancuhan tepung gaulkan tepung gandum bersama sedikit serbuk kunyi dan sedikit garam serta sesudu minyak masak. Bancuhkan dengan air sedikit demi sedikit pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat..
5. Panaskan minyak di dalam kuali apabila minyak dah panas masukkan bebola ubi yang dicelop ke dalam bancuhan tepung, gorengkan dengan api yang sederhana sehingga bebola ubi masak dan menjadi kuning keemasan dan agak mengaring. Angkat dan toskan dan letak di atas paper towel. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda atau dimakan begitu sahaja tanpa sos sebab dah ada rasa pedas cili padi..sedappp selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment