Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, June 2, 2012

Asam Pedas Siakap Laut...

Assalamualaikum...

Bertemu sekali lagi dimalam  minggu...apa agaknya aktiviti teman2 semua di malam minggu seperti ini yer...ada yang berjalan untuk mengambil angin di Danga Bay ke..memalam gini rasanya lebih baik kita duduk depan tv sambil menonton cerekaramakan...tapi saya pun xmenonton malas lah jadinya dapatlah saya meluangkan sedikit waktu untuk mengupdate blog....

Ok tanpa membuang masa saya terus ke resepi masakan yang tak jemu2 dimasak dan dimakan terutamanya oleh warga johor iaitu Asam Pedas.. Hari ini saya masak asam pedas gunakan ikan dan tak berapa banyak sikit ajer sebab saya gan anak2 buah saya Aishah dan Iqin ajer yang nak makan yang lain2nyer tentu menikmati makan tengah hari dan makan makan yang enak di Parit Yusof Bt Pahat kan..xper mak j tak jeles sebab mak j pun masak asam pedas gak...sama ke x..ibu Bedah, Aina, Sara, Yeyed n Akak Hawa ada sekali tak kat rumah tok Yeam tu..k nanti tersedak2 pulak anak2 buah saya bila disebut...sorry yer semua..lekas balik tau aina n sara..baru 2 hari mereka dikampung dah rindu kan anak2 yang sentiasa menghiruk pikuk n happening selalu bila di rumah ini..peace no war..hehehe...

Jom kita semak resepi berikut di bawah:

Asam Pedas Siakap Laut

Bahan-Bahan:
4 keping - isi ikan siakap yang dibasuh bersih dan ditoskan
3 senduk nasi penuh lada yang diblender halus *(lada kering - direbus kemudian diblender)
10 ulas bawang merah - diblender halus*
3 ulas bawang putih diblender halus*
1 inci kunyi hidup - diblender halus*
11/2 inci belacan - diblender halus*
1 cawan jus asam jawa
air secukupnya lebih kurang 3 cawan
2 helai daun limau purut
7-8 batang bendi - dibuang atas dan sedikit hujungnya
2 biji tomato - dipotong baji
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumiskan bahan2 bertanda* yang telah dikisar halus hingga naik minyak dan agak garing.  Kacau selalu agar tidak berkerak.
2. Bila bahan2 yang ditumis naik minyak masukkan air asam jawa dan air, biarkan hingga kuah agak mendidih masukkan ikan diikuti dengan bendi dan daun limau purut.
3. Masak dengan api yang sederhana hingga ikan dan sayur bendi masak, perisakan dengan sedikit garam dan gula. rasakan keseimbangan masam masin asam pedas ini.  Akhir sekali masukkan tomato yang dipotong baji sebelum menutup api.  Hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang kain.

No comments:

Post a Comment