Salam...bertemu sekali lagi dan kali ini saya nak kongsi dengan kawan2 resepi yang agak popular di Negeri Johor iaitu Kacang Pol.. sebenarnya roti yang dimakan bersama kuah daging yang dimasak dengan kacang pol atau nama di tin nya Foul, kacang yang dah diproses ini rasanya lembut dan lemak so bila dimasak bersama daging memang sangat sesuai..Saya juga penah masukkan entry kacang pol sebelum ini tapi sekadar nak berkongsi dengan rakan2 sarapan pagi semalam yang di masak oleh adik saya Bedah ini saya kongsikan resepinya disini ok...
Roti Kacang Pol
Oleh: Siti Zubaidah Ismail
Bahan2:
Bahan Untuk Kuah Kacang Pol
500 gm daging kisar
1 tin kacang foul (pol) - ditos airnya dan blender dengan sedikit air
3 labu bawang besar - kisar halus
4 ulas bawang putih - kisar halus
2 inci halia - kisar halus
3 sudu rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
2 sudu rempah baryani - dibancuh dengan sedikit air jadikan pes
<->1.5 liter air - bergantung pada kepekatan jangan letak banyak sangat air nanti cari sangat
garam secukup rasa
1 sudu makan gula
minyak untuk menumis
Bahan untuk di tabur atas kuah kacang phool:
2 labu bawang besar - di dadu
2 biji tomato - di dadu
4-5 batang lada hijau dihiris
beberapa biji limau kasturi dibelah dua
6-8 biji telur di goreng mata lembu dengan sedikit minyak sapi
Roti Peranchis atau Roti Putih yang belum dipotong
Potong atau hiris Roti dan sapukan dengan sedikit butter boleh dibakar dalam oven selama 10 minit
atau di letakkan atas kuali non stick dan balik2kan sebentar sahaja.
Cara Memasak Kuah Kacang Pol:
1.
Tumiskan bahan2 yang dikisar seperti bawang, bawang putih dan halia
sehingga berbau harum dan agak garing sedikit, masukkan kedua2 jenis
rempah yang telah dijadikan pes tadi, balik2kan sehingga agak garing dan
pecah minyak.
2. Masukkan daging kisar balik2kan dan masukkan
satu liter air dahulu, masukkan juga kacang foul yang dikisar halus,
masakkan dan lihat kepekatan kuah, kalau dah cukup tak perlu ditambah
air jika agak pekat masukkan lagi sedikit air.
3. Perasakan kuah
dengan garam secukupnya dan sesudu makan gula, biarkan kuah kacang pol
ini agak pekat sedikit dan tutupkan api.
Cara menghidang:
Sendukkan
kuah kacang pol dalam mangkuk taburkan dengan sedikit bawang besar
yang di dadu, tomato dadu, lada hijau yang dihiris, dan limau kasturi
sebelah. Letakkan sebiji telur mata lembu di atas kuah kacang phool dan
hidangkan bersama roti perancis atau roti putih. Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment