Masakan Yang Lahir Dari Sentuhan Rasa Kasih Sayang Buat Insan-Insan Yang Menyayangi Diriku Ini..
Zalekha Luvs Cooking
Friday, June 1, 2012
Roti Gulung Sosej Keemasan
Assalamulaikum..
Salam pagi Jumaat yang penuh barakah buat semua teman2 dan pengunjung ZLC yang saya sayangi.. bertemu sekali lagi kita di awal bulan baru iaitu 1 Jun yang menandakan setengah tahun masa yang berlalu.. Sepanjang setengah tahun pertama yang telah kita lalui ini banyak peristiwa2 yang berlaku sama ada yang pahit atau yang manis dan pastinya segala pengalaman yang kita lalui itu menjadikan diri kita lebih matang dalam menangani setiap perkara yang mendatang.
Xmau cerita yang agak serius disini sebabnya blog saya ini hanyalah blog masak2 yang sangat santai dengan resepi2 yang mudah atau yang campak2 ajer dan ada diselitkan sedikit cerita jalan2, makan2, cerita2 di sekolah dan serba sedikit cerita2 biasa oleh insan yang bernama Zalekha Sheikh Ismail yang sangat2 simple dalam semua hal tak mau memeningkan kepala saya nanti naik pulak tekanan darah saya.huhu.
Ok lah hari ini saya cuma nak kongsikan resepi sarapan yang sangat mudah sebab itu sahajalah yang mampu saya buat untuk pagi ini untuk bawa bekal ke pejabat almaklum kalau nak buat yang susah2 nanti lambat pula sampai ke opis muahahha alasan kemainkan.. ..alhamdulillah kebetulan pada pagi ini bos saya juga ada bawak mee soto dan roti canai jadinya meriah lah acara makan2 sebab kantin sekolah tak ada pd cuti sekolah. Jom kita lihat resepi yang dah beberapa kali juga saya buat sebelum ini..
Roti Gulung Sosej Keemasan..
Bahan-Bahan:
6 batang sosej ayam
6 keping roti putih
1 biji telur
serbuk roti @ breadcrumb secukupnya
sebarang sos sebagai pencicah saya guna mayonis cheezy
minyak untuk mengoreng
Cara:
1. Roti di leperkan sedikit dan letakkan sebatang sosej di hujung roti, gulung dengan kemas dan
sapukan sedikit telur di hujung roti untuk melekatkan gulungan roti. Buatlah sehingga semua sosej dan roti habis.
2. Telur yang sebiji dipukul sedikit dan celup kan roti yang telah digulung tadi dan seterusnya golekkan di atas breadcrumb hingga rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan roti dengan api yang sederhana hingga warna kuning keemasan dan bila dah garing angkat serta toskan dan hidangkan panas bersama sos pilihan anda, cili sos atau mayonis atau apa sahaja yang anda gemari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment