Seperti yang telah saya ceritakan tadi hari ini makan tengah hari di rumah nie masak yang biasa2 ajer adik saya Bedah masak asam pedas kepala ikan..so tak yah tepek resepi di sini eks sebab dah beberapa kali juga masak asam pedaskan cuma pada kali ini menggunakan kepala ikan. Saya pula cuma goreng sayur, buat serunding kelapa udang kering n buat sambal belacan cili padi yang sangat pedas meletopsss pedasnya dan goreng ikan kering sepat, terus ajer la ke resepi yang saya masak untuk makan tengah hari tadi yer jom kita tengok resepi mudah di bawah...
Peria Goreng Bertelur...
Bahan-Bahan:
1 batang peria yang sedang - dibelah dua dan buang isinya - dihiris serong
1 labu bawang besar yang sedang - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris
secekut ikan bilis - di rendam sekejap dan tumbuk kasar
1 biji telur - dikocok
6-7 tangkai cili padi merah dan hijau
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang hiris dan ikan bilis hingga berbau harum dan layu, masukkan sedikit sahaja air dan masukkan pula peria.
2. Balik2kan peria hingga agak masak dan masukkan pula cili padi, garam serta telur yang dikocok sedikit. Masak sebentar dan padamkan api. Hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk pauk lain.
Sambal Belacan Cili Padi @ Sambal Totok...
Bahan-Bahan:
30 - 35 tangkai cili padi - yang hijau campur sedikit yang merah
4-5 ulas bawang merah
1 1/2 inci belacan di bakar
1 camca teh gula pasir
1/2 camca teh garam
beberapa hiris limau nipis
Cara:
Tumbuk cili padi, bersama belacan dan bawang merah kalau nak halus pun boleh kasar sedikit pun boleh,
Masukkan gula dan garam tumbuk lagi hingga rata dan gaulkan sebati dengan sudu keluarkan dan piring dan letakkan hirisan limau bersama. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk lain.
salam
ReplyDeleteAssalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
ReplyDeleteBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.