Assalamualaikum...
Salam Isnin untuk pengunjung ZLC dan teman2 semua...apa kabar anda semua semoga sentiasa diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan hendaknya..insyaAllah. Semoga dengan minggu baru ini kita dapat terus menjalankan segala pekerjaan dan urusan2 kita dengan lebih baik dan lancar..dengan hati yang riang gembira selalu dan wajah yang ceria serta senyuman manis...bak semanis gula madu...amboiiii menyebut manis bak madu nie pulak saya hr ini...jangan terlebih makan benda2 yang manis sudahlah sebab nanti kena pulak kencing manis...
|
Kolam Ikan Air Tawar..bnyak sungguh kolam kat sini.. |
|
Semalam pagi saya dan ahli keluarga yang lain menaiki 3 kereta berkonvoi untuk makan durian di Pontian sebab kalau musim2 durian ini daerah Pontian memang terkenal dengan dusun2 durian dan durian2 yang sedap2 belaka. Jadinya saya mengikut kereta along saya dan isterinya, adik saya bedah dan sumainya dan anak2 sekereta dan akak saya Noly yang datang dari KL juga turut sama membawa akak saya Milah dan Iqin..dah beramai2 nie rasa seronok dan terujalah untuk makan durian di bawah pokok tapi malangnya dusun2 durian di pontian terutamanya di Kg Sawah, Pekan Nenas tempat yang kami tuju tak berapa menjadi..
|
harap mahal jer durian nie xbrapa nk kick.. |
|
|
Sara yg mmg suka berposing kat tepi kolam ikan nie pun sempat..hehe |
Jadi untuk tidak menghampakan dah pergi beramai2 ini beli juga durian di Jln Sawah, harga nya boleh tahan mahal juga RM7 sekilo beli lah juga dan tak jadi makan dekat gerai yang terletak di tepi kawasan kebun durian tu kami bawa ke kolam ikan air tawar di kampung berhampiran..so apa lagi makan durian di tepi kolam ikan seronok juga..lepas dah makan2 tu sempatlah tengok rakan along saya tuan punya kolam ikan air tawar menangkap ikan...senang jer rupanya tangkap ikan dalam kolam...bukak sistem pengalirannya bila air dah susut boleh lah di sauk ikan2 yang nampak sedang berenang2 tu...tapi yang bagusnya ikan2 ini tak berasa lumpur sebab menggunakan air dari kawasan gunung pulai yang disalurkan ke kolam2 yang boleh tahan banyak jugak.
|
Anak buah saya yeyed |
|
Sempatlah saya beli ikan talapia merah yang segar2 dalam 4 kg harganya pun baru RM32 kalau nak ikut harga pasaran harga sekilogram ikan talapia merah dah mencicah RM 12-14 bila dah di bawak balik tu goreng garing makan pulak cicah dengan kicap berbawang, cili merah dan perahkan asam limau memang sedap rasanya manis, ikan baru.. dan ada juga yang dimasak lemak bersama lada hidup. Balik dari Pekan Nenas tu kami singgah pulak ke Bandar Pontian, makan jemput2 udang yang sungguh garing dan sedap di gerai/kedai makan Shima berhampiran Hospital Pontian..ok lah saya berhenti disini sahaja buat kali ini nanti kalau ada masa saya akan masukkan beberapa entry masakan pulak yer...layankan sedikit dari gambar yang sempat saya dan anak2 buah saya snap...
|
Sebahagian dari ikan yang di sauk |
|
Goreng garam kunyit aje pun sedap |
|
makan malam tadi talapia merah goreng n masak lemak lada hidup.. |
|
No comments:
Post a Comment