Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, June 3, 2012

Pastry Pokok Duit2....

Assalamualaikum...

Salam petang minggu untuk semua..dah minum petang ke belum petang ini saya gan Iqin cuma minum milo dan makan fresh fruits tartlet yang kami buat semalam tu.  Dah minum2 tu Iqin suruh pulak saya buat garam belacan  untuk dimakan bersama buah...iqin nie memang ada2 aje ideanya.  Selain makan buahan begitu sahaja kalau buat garam belacan sebagai pencicah memang sedap caranya mudah ajer gula anggaran 1 cawan diblender bersama garam dalam 2 camca teh campur kan dengan serbuk lada dalam 1 sudu makan dan belacan dalam seinci, blender halus kemudian digaul rata dah jadi garam belacan.. makan dengan buah2an seperti epal, lai, nenas, mangga muda, jambu air atau apa2 jenis buah pun boleh memang sedap tak perlulah kita beli asam boi yang diblender bersama2 bijinya tu...garam belacan versi saya ini agak kepedas2an sedikit.

Ok sebenarnya saya nak kongsikan dengan kawan2semua resepi yang saya buat untuk sarapan pagi tadi iaitu Pastry pokok duit.. pastry pokok duit ini saya tengok di blog Chef CMG di Dapur Tanpa Sempadan lama dah rasa nya tapi baru sekarang ini saya dapat buat tu pun buat 3 keping ajer untuk habiskan puff pastry yg memang berbaki 3 keping di dalam fridge tu jadi la buat sarapan saya dan Iqin...untuk Aishah pulak saya buatkan bekal Sandwich Telur sahaja sebab Aishah pergi tuisyen hari Ahad memang bawak bekal kebetulan akak saya milah balik Pontian jadi terpaksalah saya jadi ibu2 sebentar untuk 2 orang anak dara yg tinggal termasuklah makcik dara dorang nie...hehe.. ok lah asik berceloteh ajer jom lah kita lihat bahan2 yang diperlukan oleh buat resepi di bawah...kalau nak tengok cara yang lebih jelas sila clik   DISINI     cara2 Chef CMG buat yer...Tqvm akak linkkan DTS disini ok..

Pastry Pokok Duit2...
Sumber : Chef CMG@DTS

Bahan-Bahan:

3 keping puff  pastry jenama kawan
3 batang sosej - saya guna sosej size biasa ajer xder yg besar
sedikit kuning telur untuk gris di atas pastry

Cara:
1. Ambil sekeping pastry letak di atas meja untuk menorak dengan taburkan sedikit tepung bagi mudahkan
kita torak dan leperkan sedikit pastry ikut size sosej.
2. Letakkan sekeping sosej ditengah2 pastry lipatkan dua dan tekan kan bahagian hujung yang tidak bersosej agar bertaut.
3. Potongkan bahagian yang ada bersosej kepada 9-10 bahagian hingga putus kemudian silangkan kekiri dan ke kanan supaya membentuk seperti pokok duit2. (sila clik di link diatas bagaimana CMG buat yer)
4. Buat hingga habis dan susun pastry di dalam loyang sapu diatasnya dengan sedikit kuning telur.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. Hidangkan bersama sos kegemaran anda, cili sos ke mayonis ke, apa2 sos pun boleh...

No comments:

Post a Comment