Assalamualaikum...
Apakabar kawan2 semua, semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bagi yang kurang sihat tu jangan lupa makan ubat.. Malam ini saya nak kongsikan dengan kawan2 satu respi yang mudah dan senang disediakan tapi hasilnya sedap dan tidak mengecewakan..tapi bagi yang ada masalah alergi atau yang tak boleh makan makanan laut tu, tapi teringin makan lah barang seekor sahaja buat sebagai ubatkan nanti meleleh pulak air liur bila tengok orang laun makan udang butter dengan nestum yang sedap nie..hehehe
Lain kali saya hendak mencuba pula buat udang butter yang gunakan kuning telur dan susu cair yang seakan floss tu teringin nak buat macam tu tapi kerana pernah mencuba dan tak menjadi tu yang frust menonggeng..,hehehe terukkan tak der lah sampai macam itu kalau teringin makan udang butter saya akan pergi ke Sayam Restoran Seafood di Taman Melati tu ajer..rasanya dalam banyak2 tempat yang pernah saya cuba udang butter kat Sayam tu yang terbaik sebab floss dia tu sangat halus dan sedap..nanti lah saya akan cuba buat jugak hingga berjaya...insyaAllah..
Ok jom lah kita terus semak bahan yang diperlukan bagi resepi ini ok...resepi ini saya belajar dari kak rosnah cc kat opis saya yang katanya belajar dari seorang Chef di salah sebuah Hotel di Batu Pahat...so terima kasih pada kedua2 chef rosnah dan chef yang x diketahui namanya tu sebab resepi anda menjadi dan sedap...
Udang Butter dengan Nestum
Bahan-Bahan:
300gm (lebih kurang 15 ekor) udang sederhana besar - dibuang hujung dan pangkalnya -bersihkan dan ditos
3 sudu makan butter
1/2 cawan nestum
5 ulang bawang putih cincang kasar
2 pelepah daun kari - lurutkan
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh gula
garam sedikit sahaja -(kalau guna salted butter xperlu garam)
sedikit minyak untuk megoreng udang
Cara:
1. Mula2 panaskan sedikit minyak dalam kuali gorengkan udang sehingga separuh masak atau bertukar warna balik2kan sebentar angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain panaskan 3 sudu makan butter dengan api kecil, bila butter dah mencair masukkan bawang putih gorengkan masukkan pula daun kari diikuti dengan serbuk lada sulah, gula dan sedikit garam jika guna.
3. Balik2kan sehingga agak mengaring dan masukkan pula udang yang telah digoreng tadi. Bila udang dan bergaul rata masukkan pula nestum, kacaukan sebentar dan terus dipadamkan api. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi goreng...atau boleh juga diratah begitu sahaja...cubalah sedappp..
No comments:
Post a Comment