Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Laup Pauk. Show all posts
Showing posts with label Laup Pauk. Show all posts

Thursday, March 17, 2016

Tempe Masak Santan

Assalamualaikum..minggu cuti sekolah ini saya dapat lah menjengah ke blog..tapi baru 2 atau 3 kali jerrr kan ngada2 saya ni ekk..tak kisahlah kan selagi ada masa kata orang boleh la nak menaip sebentar di blog kalau dah banyak keje nanti goodbye aje..hahaha beralasan memanjang saya ni. untuk minggu terakhir cuti sekolah yang singkat ini saya nak kongsikan satu lagi masakan yang mudah dan ringkas tapi berkhasiat juga sebab bahan asasnya adalah tempe..yang sangat kaya dengan protin,..tapi khasiat yang terkandung dalam santannya pula sila fikir2 sendiri ya..kalau ada nak di tukarkan pada susu rendah lemak ker..opps dah mengubah kejadian pulak sebabnya saya pun tak pernah cuba tapi kalau dalam masakan seperti kari boleh aje..cubalah nanti mana tau sedapkan..tapi pokok pangkal nyer kita sendiri kena beringat yer kawan2 bila makan..nampaknya saya sedang menasihati diri saya sendiri dengan panjang lebarnya disini.. Ok lah x mau membebel dengan lebih panjang lagi takut saya dikecam nanti teruslah ke resepi mudah yang ingin saya kongsikan ini..


Tempe Masak Bersantan

Bahan-Bahan:

2 peket tempe - tempe dalam peket plastik yg 1 RM1.20 tu potong kecil-kecil
segemgamikan bilis - dibelah dan buang tulang dan kepala - direnyah @ tumbuk kasar
1 biji bawang besar - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 batang cili hijau - dihiris serong
10 batang cili padi hijau
1 peket santan kotak 200ml
sedikit air
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis dan goreng embal tempe

Cara:

1. Tempe yang telah dipotong kecil tadi - digoreng embal dan toskan
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang besar hiris bersama bawang putih hingga layu dan berbau harum. Masukkan pula Ikan bilis yang direnyah. balik2kan masukkan cili hijau dan cili padi. Masukkan santan dan sedikit air tak perlu banyak air sebab tak perlu berkuah sangat.
3. Masukkan tempe dan balik2kan. Perisakan dengan garam dan kalau suka boleh letak sedikit serbuk ikan bilis maggie atau ajinomoto (optional). Bila dah mesra boleh lah padamkan api dan hidangkan lauk tempe bersantan ini dengan nasi putih.



Wednesday, March 16, 2016

Pajeri Nanas Berempah Tanpa Santan..


Assalamualaikum semua.. hari ini saya nak kongsikan resepi pajeri nanas berempah.. pajeri nanas ini sebenarnya ada macam2 versi ada yang ditumis polos dan dinaikkan serinya dengan warna kuning keemasan  yang mengunakan serbuk kunyit seperti yang biasa di hidangkan bersama nasi minyak semasa majlis perkahwinan..wahhh citer pasal majlis kahwin pulak yerr.. sebenarnya pajeri atau saya selalu sebut paceri merupakan masakan yang di tumis mengunakan sayuran yang bersesuaian serta perlu ada keseimbangan rasa masam dan manisnya.  Selain nanas pajeri yang berempah ini juga boleh di masak menggunakan terung...masakan yang seakan acar buah2an ini membangkitkan rasa yang tidak memualkan sebab keseimbangan rasanya yang ada masam2 manis..ok hanya sedikit penerangan yang kontot @ pendek mengenai pajeri.. terus ke resepi yang mudah seperti di bawah ok..yang penting sedap di makan dengan nasi putih  atau nasi briyani..

Pajeri Nanas Berempah tanpa santan

Bahan-Bahan:

1 biji sedang nanas - kupas kulit dan buangkan matanya dan hiris kecil buang empulurnya
2 labu bawang besar - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
segemgam udang kering - rendam sebentar dan ditumbuk
3 sudu makan - rempah kari (campurkan dengan sedikit air jadikan pes)
10-15 batang cili padi hijau
3 keping asam keping/gelugor - direndam sebentar
3-4 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
air secukupnya lebih kurang 1 cawan
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskansedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih serta halia yang dikisar hingga naik bau masukkan pula rempah kari yang di jadikan pes tadi tumiskan sehingga naik minyak masukkan pula udang kering dan air tak perlu banyak sangat sebab nanas juga keluarkan air.

2. Bila bahan-bahan yang ditumis mendidih boleh masukkan nanas yang telah di potong kecil tadi, masukkan pula asam keping yang direndam serta perasakan dengan gula dan garam. Masakkan sehingga nanas mesra dengan rempah agak berkuah sedikit pajeri ini. dan akhir sekali campakkan cili padi hijau. sebagai penyedap untuk sesiapa yang suka pedas...Rasakan kesesuaian rasa masam manis pajeri ini  dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi briyani.

yang ni dalam kuali sedang berenang2 nanas tu..



Tuesday, March 8, 2016

Stuffed Capsicum @ Capsicum Berinti Daging Cincang Panggang

Assalamualaikum salam selasa buat semua pengunjung ZLC mohon berbanyak maaf kerana saya memang tak sempat bebenor nak ke blog..sebenarnya ada beberapa resepi mudah yang nak saya kongsikan di sini tapi terpaksa saya simpan dahulu.. Bila ada kesempatan memang nak menulis di blog ni..tapi banyak sangat keje2 urgent di pejabat saban minggu dengan saya yang asik bercuti ada majlis lah,,x sihat lah..,muahahaha macam2 alasan saya ek..walaubagaimana pun saya pasti akan cuba menulis ya bila ada kesempatan..In shaa Allah..

Hari ini saya nak share resepi mudah yang saya masak dah beberapa bulan dulu bulan Januari kot..sampai lupa kan...ok lah saya tak mo bercerita panjang kita terus ajelah dengan resepi yang memang sedap di tekak saya ini ok..
Stuffed Capsicum ni agak fresh sbb tak berapa kecut..tapi sedappp garing


Capsicum Berinti Daging Cincang

Bahan-Bahan:

Capsicum - 6 biji yang besar sederhana buangkan tangkai dan biji lada
untuk inti
250 gram - daging cincang (saya  guna jenama Ramly)
1 cawan mix vegetable
1 labu bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - di cincang
1 inci halia di- dicincang
1 camca teh -serbuk pati ayam maggie
1/2 camca teh serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit minyak masak atau minyak zaitun untuk menumis dan memanggang

Cara:

1. Mula-mula panaskan sedikit minyak dalam kualai, tumiskan bawang besar cincang dan bawang putih cincang bersama halia sehingga layu dan berbau harum. Bila dah berbau harum bawang masukkan daging cincang balik2kan dan perisakan dengan sedikit garam, serbuk pati ayam juga serbuk lada sulah masak sehingga daging masak elok tak perlu letak air kalau nak letak sedikit sahaja sebab daging cincang mengeluarkan air. Masukkan pula mix vegetable ke dalam daging dan balik2kan sebentar sahaja tak perlu lama dan bila dah masak sejuk kan dahulu sebelum digunakan.
2. Untuk sediakan Capsicum berinti daging. Ambil Capsicum dan sumbatkan inti yang telah disejukkan tadi hingga penuh dan padat, buat sehingga habis. Panaskan sedikit minyak zaitun atau Evoo dalam non stick pan masuk sedikit air anggaran 1/2 cawan berserta satu camca teh serbuk pati ayam maggie dan sedikit lada sulah  dan sedikit sahaja garam..bila air dah mendidih susunkan capsicum yang kita sumbat inti tadi dan balik2kan ca air akan mengering dan meresap pada capsicum saya buat agak segar sebenarnya, boleh juga masak capsicum ini sehingga agak kecut. Cubalah ya sedap makan dengan nasi atau maka begitu sahaja. sebab lada capsicum ni tak pedas pun.
Jum kita menyumbat lada dengan inti daging

Buangkan tangkai dan biji2 lada ya bersihkan dan lap kering

setelah disumbat inti semuanya boleh la di panggang

Inti daging cincang dengan mix vege

tengok yang satu tu ada yang terkecut di panggang yang lain berkilat kannn,







Sunday, December 20, 2015

Sambal Hitam Tomato...

Assalamualaikum..setelah lama bercuti dari menulis di blog..suka2 saya aje kan nak amik cuti berblog..muahahaha hari ini saya nak berkongsi resepi yang agak mudah dan ringkas sejenis sambal yang di adaptasi dari sambal hitam belimbing pahang yang femes dan dah terkenal seantero malaya. Oleh kerana nak menghasilkan sambal hitam pahang tu amat rumit sebab nak tunggu ada musim belimbing buluh dan perlu memasak hingga hitam memakan masa yang sangat lama...  jadinya bila saya terjumpa di internet ada resepi sambal hitam juga tetapi menggunakan bahan asas tomato saya pun apalagi tak sabar untuk mencubakan..alhamdullilah semalam sampai hajat nak buat sambal hitam tu,, cewahhhhh siap berhajat macam la hajat nak buat sesuatu yg sukar ek..ada2 aje saya ni,,ek.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pencetus atau pemberi idea resepi sambal hitam tomato ni sebab lepas ni boleh selalu dibuat kerana bahannya mudah didapati dan nak buat pun senang serta rasanya yang sedap serta ngam gan tekak saya..kepada rakan fb Pn. Atie Jumaat terima kasih kerana sudi berkongsi resepi-resepi yang sedap di fb puan tu ok..untuk yang suka sambal hitam..jomlah cuba buat sambal hitam tomato yang sedap ni..

Sambal Hitam Tomato

Bahan-Bahan:

6 biji tomato - di potong dadu
2 labu bawang besar hiris
30 biji cili padi (resepi asal guna 20 sahaja)
1 cawan ikan bilis
1/2 cawan kicap manis
1 sudu makan gula pasir
garam sedikit
minyak masak dalam 1/2 cawan untuk blend bawang, cili padi dan bilis
dan tambahan minyak masak dalam 1/4 cawan lagi,

Cara:

1. Mula2 blendkan bawang besar hiris dan cili padi dengan minyak masak. Blenderkan sekali ikan bilis yang dicuci dan di toskan. masakkan ini tak menggunakan air sebab kita nak dia masak dengan cepat dan tahan lama. ketepikan
2. Masukkan tomato yang didadu tadi ke dalam kuali, balik2kan sehingga hancur. Masukkan bahan yang diblender ke dalam tomato yang telah di goreng sehingga hancur. (saya tambahkan sedikit lagi minyak masak sebab nampak agak kering) Balik-balikkan sehingga naik minyak dan agak garing masukkan pula kicap serta  gula dan sedikit garam.
3. Masak sehingga pecah minyak dan bila dah masak boleh padamkan api. Sambal ni boleh tahan lama dalam peti ais kalau nak makan panaskan aje. Sedap di makan bersama nasi panas. Cubalah.

bahan-bahan yang kita gunakan utk sambal hitam, bawang, cili padi dan ikan bilis perlu di blender dengan minyak masak

masakkan tomato dalam kuali dalam kuali hingga hancur

sambal hitam tomato memang sedap makan dengan nasi panas..







Sunday, December 13, 2015

Resepi Warisan - Botok-Botok Ikan Tenggiri..

Assalamualaikum..rasanya lama sangat saya tak mengupdate di blog ZLC dah setengah bulan Disember baru hari ini saya nak menjengah ke sini..huhu sebenarnya banyak kerja dan kesihatan tak berapa mengizinkan semenjak dua menjak ni.  Hari ini saya nak kongsikan satu resepi warisan yang popular di Negeri Johor sebab di tempat lain di Malaysia nie tak der kot masakan botok2 yang di buat menggunakan pelbagai jenis daun yang boleh dimakan yang mengandungi khasiat herba yang sangat tinggi disamping bahan pelengkapnya ikan dan juga rempah yang di adun khas.

Botok-botok yang di buat sejak zaman nenek moyang kita dulu-dulu sebenarnya di ambil nama kerana penggunaan ikan yang kurang segar menurut cerita arwah ibu saya sebab ikan-ikan  yang digunakan tidak berapa segar atau molek jadi masakan ini di namakan busuk-busuk tapi di sebut dengan sebutan botok-botok..mungkin kot saya pun kurang arif tentang perkara ini. Tapi pada masa ini tidak ramai yang berminat untuk membuat masakan warisan lama ini kerana penyediaannya yang agak cerewet.  Menurut arwah  mak dulu kalau nak buat selengkapnya perlu cari daun2 yang boleh di makan sebanyak 25 jenis. Di sediakan sehari sebelum proses untuk membuat botok-botok sebab daun-daun yang banyak perlu di bersihkan dengan sangat teliti, di buang segala kotoran, potongkan bahagian urat-urat daun yang keras dan basuh satu persatu sehingga bersih menggunakan air garam untuk membuang kotoran dan toskan terlebih dahulu, Setelah siap daun-daun yang hendak di gunakan perlu sediakan rempah dan juga ikan.

Pada masa sekarang ini selalunya ikan tenggiri digunakan atau kalau yang di jual di pasar tani atau di kedai makan ada juga yang menggunakan ikan kembung.  Lazimnya botok2 ini di masak secara kukus dan di balut dengan daun pisang..resepi botok-botok yang ingin saya kongsikan hari ini merupakan resepi yang diwarisi dari arwah ibu saya yang dipelajari dari nenek.... ok dah panjang bercerita ini jom kita tengok bahan2 dan pembuatan botok seperti di bawah ini..yang di buat pada jumaat lepas oleh kakak-kakak saya dan di bantu oleh saya..tolong ikat dan tolong makan aje..hihihi..

ni botok2 yang dah masak tengok santan yang melekat2 putih tu sedap tau..

Resepi Botok-Botok Ikan Tenggiri
  
Utk daun2 boleh guna beranika daun yg boleh di mkn spt berikut dan juga jenis2 lain jika ada,

1. Daun mengkudu
2. Daun bebuas
3. Pucuk betik
4. Pucuk ubi
5. Daun keledek
6. Daun Labu
7. Daun semangkuk
8. Daun pucuk teh
9. Daun kaduk
10. Daun kunyit
11. Daun kesum
12. Daun selasih
13. Daun puding
14. Pucuk2;daun muda yg sesuai di buat ulam lain pun boleh.
Basuh semua daun hingga bersih buang segala kotoran dulu klau ada bhagian urat daun yg keras kena buang guna pisau spt daun mengkudu
Resepi rempah botok2
Bahan-Bahan:2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang bserai
Seinci lengkuas
Rempah kari ikan - 5-6 sudu besar (sudu makan penuh2)
3 sudu makan kerisik
Air asam secukupnya - bancuhan rempah botok2 tidak terlalu cair ya biar pekat sedikit..kalau cair nanti rempahnya meleleh.
Cara:
1. Blender semua bahan di atas hingga halus.  Campurkan dengan 5 atau 6;sudu besar rempah kari ikan. Gaulkan dengan air asam jawa agak2 ya jangan sampai masam sangat, garam dan gula biar cukup rasa balance sebab nak masuk dlm daun..dan ikan. Rempah yg di adun nak lagi sedap kena campur kerisik lbih kurang 3 sudu mkn..gaul rata.
2.  Persiapan daun kena teliti satu persatu basuh dengan air dan letak juga garam masa membasuh..itu buang kotoran. Bila dah bsuh bersih bilas 3 kli tos kan dulu. Smua jenis daun kena buat mcm tu.
3.  Utk bungkus klau nak rebus dengan santan kena pandai susun di tapak tangan silangkan daun mengkudu yg besar utk base dia kmudian boleh diletakan serba sedikit daun 2 yg ada mulakan dgn daub betik daun ubi daun semangkuk baru letak daun yg bersaiz kecil.
4.  Utk letak rempah daun2:yg beraroma wangi seperti daun kunyit kesum selasih dihiris rampai halus. Letakkan daun hiris halus sdikit kmudian ambil rempah nak sedap letak lbih rempah yg di adun tadi letak sekeping ikan tenggiri dan tutupkan ikan rempah semula. Ambil daun2 yg size agak kcil dan last tutup atau bungkus bhan atau daun yg kita susun tadi. Kemas2 baru ikat dengan tali rafia anggaran 2 kaki sbb perlu ikat bersilang supaya tidak terburai masa merebus.
5.  Buat sehingga selesai berapa yg kita nk then masuk dlm periuk sesuai..bancuh kan santan pekat degan air secukupnya sama balance letak garam dlm santan ya. Curah kan pada bungkusan botok2 td rebuskan lbih kurang 2 jam. Bila dah masak santan dia agak bergentil pekat dan sedap sbb lemak n mkan gan daun2 tu mmg sedap.
Note: saya tak beri anggaran tepat kerana bergantung pada banyaknya yang hendak kita buat. Kalau suka makan botok banyak daun2 kena lebih kan daun2nya. begitu juga rempah kalau nak banyak kena lebihkan. Santan untuk meruebus pun ikut anggaran botok2 yang kita buat banyak mana ok.
Cubalah memang sedap. kalau dah pernah cuba mesti nak lagi.
ni pulak yang di buka nampak rempah2 dan ikan dia tu kan..

daun-daun yang dah di basuh bersih di toskan dan susun ikut jenis2 dia

rempah botok2 yang siap di bancuh dan ikan tenggiri

ini yang di nak dibungkus susun dulu daun2  lepas tu letak rempah dan ikan pastu bungkus

dan ikat dengan tali rafia..jadi bentuk parcel seperti di atas

dah siap bungkus semua kita rebus dengan santan yang dicampur air sikit dan garam sikit.








Wednesday, November 11, 2015

Daging Kambing Masak Sedap..hahaha tak tau nk bagi nama apa..


Assalamualaikum...salam rabu buat semua pengunjung ZLC yang saya kasihi..hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu resepi masakan kambing yang sedap oleh kerana saya tidak ada idea nak bagi nama apa pada masakan ini jadi saya letak aje resepi Daging Kambing Masak Sedap sebabnya memang sedap pun tau rasa lauk daging kambing ini yang sesuai di makan bersama roti atau juga dengan nasi..tapi semalam saya makan dengan butter rice memang ngamlah pulak..ok jom kita terus ke resepi di bawah ini..lauk ini agak lengkap bersama sayuran dan kentang kentang jadinya kalau tak rajin masak lauk sampingan lain pun takper dan cukup sesuai di makan dengan sejenis lauk ni sahaja kalau ada salad atau pencuk boleh dihidangkan bersama..selamat mencuba ok..

Daging Kambing Masak Sedap

Bahan-Bahan:

1 kg - Daging Kambing - boleh guna mana2 bahagian saya guna lamb shoulder chop sebab ada lemak2 dia sikit
3 labu bawang besar - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu makan lada sulah
4 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos tiram
4 biji kentang - di belah 4
3 batang karet - dipotong tongkol
1 buku keledek jingga - di potong seperti kentang (saya letakkan keledek sebab rasanya manis)
10 batang cili padi - utk di campak sahaja ke dalam lauk
2 labu bawang besar yang sederhana belah baji 4 utk masuk dalam lauk
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya - angar2 sahaja sebab lauk ni tak perlu banyak air bukan seperti sup.

Cara:

1. Daging dicuci dan toskan..masukkan dalam periuk perapkan bersama bawang besar, bawang putih dan halia yang di kisar, masukkan sekali lada sulah kicap manis serta oyster sos dan sedikit gula perapkan lebih kurang setengah hingga satu jam.
2. Bila dah perap masukkan atas setakat menutupi paras daging sahaja dan boleh dilebihkan sedikit.
Masak daging dengan api sederhana di balikkan sesekali hingga daging kambing empuk.
3. Masukkan pula karet kentang dan keledek. Kalau perlu tambah air tambahkan sedikit lagi air x perlu banyak. Bila kentang, keledek dan karet lembut masukkan cili padi dan bawang besar yang di potong empat tadi dan masukkan sedikit garam. Rasakan kesesuaian rasanya dan bila dah siap masak hidang bersama nasi atau pun roti..saya makan bersama nasi butter..sedap..cubalah kawan2.

butter rice sedap makan dengan lauk kambing ni..




Tuesday, November 3, 2015

Sotong Rex Belado..

Salam semua..apa kabar kawan2.. hari ini macam cerah aje langit pun dah makin nampak awan membiru..alhamdulillah kurang sikit jerubu.  Jadinya dengan udara yang lebih segar ni nampaknya kesihatan lebih elok dan banyak aktiviti yang boleh kita lakukan.  Kalau pergi berjoging atau buat riadah ringgan di petang hari baguskan..poco-poco ke berzumba ker..amboiiii saya ni macam2 pulak ek..berangan ajer lah hari  bekerja mana boleh buat aktiviti macam tu kan..lain lah kalau hari tak bekerja itu pun asik la dengan acara mengukur jalan..seperti window shopping dan jjcm..hihihi ada2 ajer kan..

Oklah kita tinggalkan angan2 untuk beriadah ala2 minah jenin tu jom lah kita tengok resepi yang saya nak kongsikan pada hari ini..sebenarnya sotong rex atau sotong dalam tin ni memang sedap tau kawan2 harganya pun memang mahal jugak sekarang ni setin dalam 11 - 12 hinggit lebih.  Kalau time murah ada sale dapat la dalam RM8.90 setin..masa tu kalau jumpa belilah 2 - 3 tin buat stok kat rumah. Anak buah saya Iqin sebenarnya suka sangat makan sotong rex nie so atas permintaan Iqin saya masaklah belado..sedap tau kawan2 makan gan nasi panas tak yah lauk lain pun xper..jom kita tengok resepi di bawah:


Sotong Rex Berlado

Bahan-Bahan:

1 tin Sotong dalam tin jenama Rex - potong kecil atau sedang (airnya jangan di buang)
5 batang cili merah hidup*
2 labu bawang besar - hiris*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
sekeping asam gelugor - direndam sebentar
secukupnya minyak untuk menumis
sedikit sahaja garam

Cara:

1. Tumbuk kasar bahan2 yang bertanda*Cili Merah, Bawang besar, bawang putih, dan halia
kalau malas tumbuk boleh juga di belender kering tapi jangan halus ya - macam saya blender aje
2. Panaskan secukupnya minyak dalam kuali, tumiskan bahan2 yang kita tumbuk atau blender kasar tadi. sehingga naik minyak dan agak masak cantik, Masukkan pula air sotong tadi. Balik2kan.
3. Masukkan sotong serta asam gelugor yang direndam. serta perasakan dengan sedikit sahaja garam sebab sotong dalam tin dan berperasa.
4. Masak sehingga lauk berlada ini agak sedikit kering. Kalau nak berkuah sedikit boleh masukkan air dalam setengah cawan. Balik2 bila dah masak padamkan api..sedia untuk dihidang bersama nasi panas. cubalah..sedap tau kawan2.

ini la gambor sotong rex dalam tin - gambor ehsan en google

Thursday, October 22, 2015

Serunding Kelapa Putih - Sesuai makan dengan Nasi Impit

Assalamualaikum..salam khamis buat teman2 dan pengunjung ZLC..apakhabar hari ini semoga ceria dan sihat walaupun cuaca negara kita kurang elok sekarang ini kerana cuaca jerubu yang dah dekat sebulan lebih ni tak pulih-pulih lagi..Musim-musim jerubu ni memang ramai yang megalami ganguan kesihatan seperti batuk, pedih mata, sakit kerongkong, alahan pada kulit dan demam serta penyakit lain juga.. Untuk yang mempunyai anak kecil atau anak bersekolah perlu selalu memantau pergerakan anak-anak untuk tidak bermain atau berada di luar rumah dalam tempoh yang lama...semasa udara tidak sihat ini.  Bagi anak-anak yang dicutikan persekolahan kerana jerubu juga duduk rumah aje lebih elok sambil mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun hampir tiba.. Ok lah berbalik kepada resepi serunding kelapa putih yang ingin saya kongsikan ini merupakan serunding yang digemari oleh arwah abah saya..kalau hari raya mesti nak buatkan serunding kelapa putih ini..makan dengan nasi impit atau ketupat..teringat pula pada arwah abah..Al-Fatihah semoga abah tenang di sana..masuk habuk pulak mata saya ini jom la kita tengok bahan-bahan yang diperlukan seperti di bawah:

Serunding Kelapa Putih

Bahan-Bahan

1 1/2 biji kelapa parut - ambil bahagian putih
segemgam udang kering - di rendam sebentar dan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah  - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 batang cili hijau  - dihiris serong
2 inci halia muda - dihiris batang mancis
2 batang serai - ambil bahagian pangkal yang muda sahaja dihiris nipis
sedikit garam dan penambah perisa ajinomoto kalau suka

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan di atas kedalam kuali, sangaikan sehingga serunding kelapa ringgan dan warnanya jangan terlalu perang ya..gunakan api yang kecil sahaja.
2. Rasakan jika perlu tambah garam..angkat dan hidang bersama nasi himpit..sangat mudahkan..selamat mencuba.






Tuesday, September 22, 2015

Rendang Kerang Cili Padi..meletop..


Assalamualaikum untuk semua pengunjung ZLC dah lama rasanya saya tak menulis apa-apa di blog ini..sampai dah nak ke penghujung bulan September dan tinggal 2 hari sahaja lagi dah nak sambut Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban.  Saya tak boleh nak bercerita panjang nampaknya walaupun banyak benda yang nak saya ceritakan atau berceloteh di sini..nanti2 aje yer..memandangkan dah nak raya ini kalau ada antara kawan2 yang nak buat rendang selain dari rendang daging dan rendang ayam,,saya nak cadangkan rendang kerang.

Memang sedap jugak tau rasa rendang kerang nie..boleh dimakan sama ada dengan nasi impit, ketupat atau juga dengan nasi lemak..sebenarnya pada minggu lepas saya buat rendang kerang mengandingkan nasi lemak yang adik saya buat di samping lauk utamanya sambal sotong kembang..memang ohsemmm sangat rasanya ada sambal sotong, rendang kerang gan keropok ikan..makan pagi kenyangnya sampai ke petang..hihihi..Oklah kata tak nak berceloteh tapi terover pulak saya nie kan..jom kita lihat resepi rendang kerang dan gambar2 yang sempat saya snap.


Rendang Kerang Cili Padi.

Bahan-Bahan:

800 gram Kerang yang siap di kopek - Kalau nak kopek sendiri x larat beli yang dh siap aje..
30- 40 batang cili padi hijau - di blender (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
4 labu bawang besar - di blender
6 ulas bawang putih - di blender
2 inci halia - di blender
2 inci kunyit - di blender
5 batang serai - di blender
3-4 sudu makan gula timbang/merah
3 keping asam gelugor/keping direndam
2 helai daun kunyit di hiris halus
3-4 helai daun limau purut
1/2 kg santan pekat
sedikit garam
1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang diblender, cili api, bawang besar, bawang putih, serai, halia, kunyi. Tumis sehingga naik minyak.
2. Bila dah pecah minyak bahan-bahan yang ditumis, masukkan pula gula timbang balik2kan lagi. masukkan sedikit air lebih kurang 3/4 cawan. dan masukkan juga santan.
3. Bila dah mendidih masukkan kerang.  Balik-balikkan selalu. Masukkan asam gelugor yang direndam dan masukkan juga daun limau purut.  Bila hampir kering masukkan daun kunyit yang di hiris halus dan masukkan garam. balik2kan rasakan kesesuaian rasanya.  Kalau nak rendang yang agak kering boleh di balik2 agak lama sedikit..kalau nak yang lembap pun boleh ikut yang kita hendak.  Rendang yang saya buat nak makan dengan nasi lemak so saya biarkan agak lembab sahaja.
Rendang kerang sesuai dihidangkan bersama ketupat, nasi impit, nasi lemak atau juga pulut kuning..selamat mencuba.



Tuesday, July 28, 2015

Petai Masak Santan Dengan Ikan Bilis

Assalamualaikum salam Selasa untuk rakan-rakan dan pengunjung ZLC semua..,masih dalam mood raya ya..hari ini masuk  12 syawal..tentu ramai antara kita dapat undangan ke rumah terbuka..kadang2 sampai 2 hingga 3 rumah yang mengundang dan ada kalanya lebih dari itu kan. Lebih-lebih lagi di hujung minggu ramai yang ambil kesempatan untuk buat rumah terbuka dan mengundang sanak saudara serta rakan taulan untuk meraikan hari raya.

Maklumlah bila duduk di bandar dan di desa juga kadang  tak semua masa kita berada di rumah kalau sibuk bekerja dan macam-macam benda yang nak kita laku so amik satu hari yang sesuai dan buat rumah terbuka.  Saya setakat ini ada juga berziarah raya ke rumah adik beradik dan makcik..rumah terbuka baru sebuah rumah dan ada yang tak sempat saya pergi kerana ada kerja. Hujung minggu ni pun dah ada undangan mula dari hari khamis, jumaat dan sabtu..hari ahad depan pula pejabat saya nak buat potluck raya so makan lagi la aje kerjanya..

Walaubagaimana pun bila kita memenuhi undangan rumah terbuka ini tujuan utamanya ialah untuk bermaafan sempena hari raya dan juga mengeratkan siratulrahim..makan-makan tu jatuh no 2 so makanlah berpada dan sekadar yang kita mampu kalau berlebihan nanti buruk padahnyakan kawan-kawan..peringatan terutamanya buat diri saya sendiri..dan jangan lupa jaga kesihatan di samping banyakkan minum air masak..maklumlah di musim-musim raya ni kita dihidangkan dengan makanan yang berprofil tinggi semuanya bersantan..daging..ayam segalakan..kueh muehnya dan air minuman pun semua manis-manis belaka..jadinya beringat-ingatlah ya..kerana mencegah itu lebih baik dari merawat..

Ok panjang pulak cerita saya tentang rumah terbuka ek..mesti penat kawan2 baca so kita terus lah ke resepi hari ini dah lamakan saya tak masukkan entry. Ini resepi tadi subuh sebab nak bawak bekal sikit ke tempat kerja saya masaklah lauk ni pepagi lagi..kalau dapat lauk petai macam ni dah x yah lauk lain lagi..memang sedap tau kawan2..jom kita tengok resepi mudah di bawah

Petai Masak Santan Dengan Ikan Bilis

Bahan-Bahan:

4 atau 5 papan petai di buang kulit dan bersihkan
1 gemgam ikan bilis bersihkan - di renyah (di tumbuk kasar tak perlu halus)
10 - 12 biji cili padi - ditumbuk kasar (nak pedas sila tambah)
2 labu bawang besar - dihiris nipis (sebahagian di tumbuk kasar)
3 ulas bawang putih - di tumbuk kasar
250 ml pati santan
1 keping asam gelugor di rendam sebentar
sedikit sahaja garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Masukkan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumiskan bawang dan cili padi yang di tumbuk kasar hingga berbau harum dan layu sahaja..
2. Masukkan ikan bilis dan balik2kan masukkan pula pati santan. Kacau selalu jangan pecah santan..
3. Masukkan asam gelugor dan perisakan dengan sedikit garam.
4. Siap masak dan hidangkan dengan nasi putih..sedap cubalah.



Sunday, July 12, 2015

Ayam Szechuan Dengan Gajus

Bersiaran sekali lagi di petang Ahad ini saya nak kongsikan resepi Ayam Szechuan dengan Gajus..resepi berasal dari daerah Szechuan, Cina Selatan ini memang sedap dan ramai yang menyukainya..saya juga pernah memasukkan resepi Ayam Szechuan di blog sebelum ini dengan gaya yang berlainan sedikit sila klik DISINI untuk resepi sebelum ini... kali ini saya menggunakan kacang gajus goreng untuk melengkapkan ayam szechuan saya. Bagi yang ingin mencuba masakan ini jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Ayam Szechuan Bergajus

Bahan-Bahan:

3 keping dada ayam - dihiris bites size
10 batang lada kering - dipotong 2 cm cuci dan toskan
1 labu bawang besar - dipotong baji serta leraikan
5 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - dihiris batang mancis
segemgam gajus - digoreng
4 sudu makan kicap manis - saya guna kicap kipas udang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 camca teh cuka masakan (optional kalau x suka x perlu masukkan)
2 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan 1/2 cawan air
sedikit daun bawang untuk hiasan
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan lada kering yang dipotong sebentar sahaja jangan sampai hangus nanti pahit, ketepikan.
2. Baki minyak tadi tumiskan bawang putih cincang hingga berbau harum, masukkan pula halia dan juga ayam biarkan ayam keluarkan airnya sambil balik2kan. Masukkan pula kicap dan diikuti dengan oyster sos.
2. Masukkan pula bawang besar yang dipotong baji balik2kan masukkan juga bancuhan tepung jagung masak sehingga ayam empuk. Masakan ini agak kering dan tidak berkuah. Masukkan pula minyak bijan dan lada kering goreng tadi akhir sekali masukkan gajus goreng. Hidangkan dengan hiaskan dengan sedikit daun bawang hiris. Hidangkan bersama nasi panas..sedap cubalah.






Udang Masak Butter..lemak berkrim sedap uolls..

Salam dan selamat berhujung minggu untuk semua...dah semakin nak raya tinggal 4 hari sahaja lagi rasa malasnya bukan main..mood raya dah datang la katakan..oklah sementara tak ada perkara urgent yang perlu dibuat saya nak sharekan dengan kawan2 resepi Udang Masak Butter kegemaran si kenit Aina Arissa sebenarnya di suruh masakkan udang goreng cheese tapi saya yang ubah pada udang masak butter..kalau sape-sape yang nak resepi udang goreng cheese tu boleh lihat di DISINI ya.
oklah kita terus lihat resepi yang saya masak hari Jumaat lepas..sedap tau kawan2 lemak berkrim..hingga menjilat jari..cewahhhh promosi nyer kemain lagi..tapi kalau tak caya buat tau memang sedap pun..

Udang Masak Butter

Bahan-Bahan

12-15 ekor udang sederhana - (dibuang kulit tinggalkan ekor sahaja)
2 sudu makan butter
250 ml susu segar  - saya guna susu kotak uht aje
5 ulas bawang putih dicincang
5 batang cili padi dihiris
2 pelepah daun kari
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam maggie
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit - (untuk pemekat)
secukupnya tepung jagung untuk salutkan pada udang
sedikit minyak untuk mengoreng udang.
garam secubit sahaja (kalau x letak pun xpe sebab butter dah salted n serbuk ayam maggie tu pun dah masinkan)

Cara:

1. Udang yang sudah dibuang kulit di belah belakang untuk keluarkan urat yang color hitam
basuh dan toskan. Ambil udang dan pupuk pada tepung jagung. Panaskan minyak dalam kuali gorengkan udang yang telah dipupuk tadi hingga berubah warna dan masak sekejap aje, angkat dan toskan.
2. Dalam kuali lain panaskan butter 2 sudu makan, masukkan bawang putih cincang bersama cili padi hiris dan daun kari goreng hingga berbau harum dan masukkan pula susu segar. Masukkan juga serbuk lada sulah dan perasa ayam maggie dan garam sedikit sahaja serta masukkan bancuhan tepung jagung. . masukkan udang balik2kan  padamkan api serta hidangkan bersama nasi putih panas..sedap cuba tau...

bedakkan udang dengan tepung jagung..


udang yang dah digoreng tapiskan minyaknya




Thursday, June 25, 2015

Tahu Sumbat Goreng - berlainan sedikit..

Salam Ramadhan ke 8..cepatnya kan..masa sekarang memang berlalu amat pantas rasa macam tak sempat nak toleh kiri kanan dah masuk 8 hari puasa..anyway alhamdullilah walaupun banyak dugaan di bulan puasa kali ini..cuaca yang agak panas ramai yang tak berapa sihat batuk2 ada  yang demam jugak termasuklah saya yang dah lebih seminggu batuk..bukannya tak makan ubat batuk dan tak sapu macam2 jenis minyak angin tapi nak sakit kita tak boleh menahannyakan..so apa yang boleh dibuat banyak minum air masak dan air panas di waktu berbuka tapi kan kawan2 dugaan tengok orang lain yang syok minum ais memang sangat2 mencabar..x mengapa bila dah baik nanti siap sedialah untuk menikmati segala maknika miuman beraiskan..verangan,,,n terus verangan tak sudah2 saya nie kan..muahahaha..Ok x mo berceloteh panjang hari nie kalau berkesempatan saya nak masukkan 2 entry..yang lagi satu tu tunggu ek..yang pertama nie saya teringin or termengidam makan tahu sumbat goreng..sebenarnya saya pernah masukkan entry ntah tahun bila dulu, tapi yang kali ini macam goreng tak berapa nak cantik kalau nak lihat yang pernah saya buat dulu DISINI .mula2 saya nak goreng dalam minyak banyak tapi takut terkeluar isi tahu yang saya sumbat tu so saya tukar goreng dalam non stick pan guna minyak sikit aje..tapi rasa nya masih sedap lain kali saya nak buat isi ikan atau udang pula n nak kukus macam masakan cina mesti sedapkan , sabar ya cik leha berpuasa nie memang semua teragak n rasa sedap,,.Tahu Sumbat Goreng ini saya makan cicah gan sos cili..kalau sos buat sendiri pun boleh saya guna sos cili bawang putih jenama Lingham aje..Ok terus tengok bahan2 yang diperlukan ok.

Tahun Sumbat Goreng

Bahan-Bahan:

6 keping tahu lembut di potong 2 dan buat poket keluarkan isinya sedikit
1/2 batang karet di sagat
1/2 biji sengkuang - di sagat
1/2 camca teh serbuk ayam pasti sedap maggie
1/4 camca teh serbuk lada sulah
sedikit garam
2 biji telur garam (dipukul manja dengan sedikit garam dan lada sulah)
sedikit minyak masak untuk mengoreng

Cara:

1. Gaulkan karet dan sengkuang yang diparut bersama lada sulah, serbuk perasa pasti sedap dan garam. Masukkan sekali isi tahu yang di keluarkan tadi serta hancur2kan sedikit.
2. Ambil sekeping tahu yang di buat poket tadi isikan dengan inti biar padat. Buat hingga habis dapat 12 keping kalau nak buat lebih pun boleh sebab intinya lebih.
3. Panaskan sedikit minyak  masak dalam non stick pan..ambil tahu yang telah disumbat tadi celupkan kedalam telur yang dipukul manja. Gorengkan kedua2 belah. Angkat serta toskan minyaknya.  Hidangkan bersama sos cili atau sos lain kegemaran anda..











Monday, June 22, 2015

Sayur Campur Sweet Pea..request by yeyed..


Salam satu lagi entry mudah masakan sayuran yang saya masak masa cuti sekolah baru2 ini..atas permintaan anak buah saya Yeyed yang gemar makan sayur sweet pea jadinya kalau masak sayur campur macam nie memang di ambil semua sweet pea aje..anak..anak sukahati la..Resepi campak2 aje nie tapi sedap bagi peminat sayur..
Sayur Campur Sweet Pea 

Bahan-Bahan
Sepeket sweet pea - dibersihkan boleh dipotong  atau tanpa potong
semangkuk kobis bunga - dipotong kecik
1 batang karet - di hiris
12 ekor udang dibuang kepala dan ekornya yang tajam
4 ulas bawang putih - dicincang
1/2 biji bawang besar size kecil didadu halus
sedikit serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk pati ayam
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar dadu hingga layu dan berbau harum.  Masukkan udang dan air sedikit masukkan karet balik2kan hingga karet agak lembut.
2. Masukkan bunga kobis dan sweet pea, masukkan juga lada sulah, serbuk pati ayam dan juga sedikit garam. sayuran campuran seperti ini tak perlu dimasak lama. Hidangkan bersama nasi putih.
gandingan yang sangat simple sayur campur goreng dengan caru rebus kuali cicah kicap bawang




Asparagus Tumis dengan Udang

Salam Ramadhan yang ke 5...bulan2 puasa macam ni saya nak share resepi sayur2 aje rasanya ok kan..bagi yang mencari idea nak masak sayur yang semudah ABC tu boleh la cuba resepi yang mudah ini jom tengok resepi mudah di bawah..

Stir Fry Asparagus With Prawn @
Asparagus Tumis dengan Udang

Bahan-Bahan

10-12 batang asparagus - dipotong 2 inci
15 ekor udang sederhana - bersihkan buang kepala dan ekor yang tajam
4 ulas bawang putih di cincang
2 sudu makan sos tiram
sedikit sahaja garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan bawang putih cincang hingga keperangan dan berbau harum, masukkan udang, dan sedikit sahaja air.
2. Balik2kan sebentar bila udang bertukar warna masukkan asparagusm gorengkan sebentar tak perlu lama2 perisakan dengan sos tiram dan sedikit sahaja garam. Siap dimasak dan hidangkan bersama nasi putih.

nie yang mentah belum di masak..

sedang berenang dalam nonstick pan udang2 n asparagus tu..

Wednesday, June 17, 2015

Ayam Kunyit dan Sayuran..sesuai buat lauk berbuka

Salam Rabu untuk semua..hari ini saya nak share resepi ringkas masakan ayam kunyit bersayur..masakan macam nie memang sesuai kalau tak cukup masa nak masak lebih dari sejenis lauk sebab dah ada ayam di dalamnya dan juga sayuran.. Lebih2 lagi di bulan2 puasa untuk ibu2 yang bekerja mungkin terfikir nak masak apa yang mudah lagi ringkas.  Kejadian masakan ini yang saya masak pada 2 minggu sudah..agaknya x ingat..saya gandingkan dengan sambal belacan dan sup kentang dan ayam sahaja..walaupun ringkas alhamdullilah sedap dan laju aje bila makan lebih2 lagi digandingkan dengan sambal belacan yang umphh..Jom kita lihat resepi di bawah.


Ayam Kunyit dan Sayuran

Bahan-Bahan:

500 gram ayam bahagian isi (saya suka rib sebab ada tulang2 sikit) dipotong kecil dan pupuk garam kunyit
1 batang lobak merah - dipotong batang mancis kasar
6-7 batang kacang panjang - potong 1 1/2 inci
1/2 kuntum bunga kobis - dipotong kecil
2 labu bawang besar - belah 2 dan dihiris kasar
4 ulas bawang putih - dihiris
2 biji lada merah - dihiris serong
6-7 batang cili padi
sedikit garam
sedikit perasa pati ayam pasti sedap
sedikit minyak masak untuk goreng ayam dan untuk menumis

Cara:

1. Mula2 gorengkan ayam yang telah dipupuk dengan garam kunyit - angkat dan toskan
2. Tinggalkan baki minyak sedikit sahaja untuk menumis bawang, Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu dan harum.  Masukkan sedikit sahaja air dan masukkan lobak merah dan sayuran lain berserta lada.
3. Masukkan juga ayam yang telah digoreng tadi balik2an dan perisakan dengan sedikit garam dan serbuk pati ayam.  Masakkan ini kering dan tak perlu berkuah.  Hidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan.


sebelum dimasak kita posing dulu ek..hihihi