Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, September 22, 2015

Rendang Kerang Cili Padi..meletop..


Assalamualaikum untuk semua pengunjung ZLC dah lama rasanya saya tak menulis apa-apa di blog ini..sampai dah nak ke penghujung bulan September dan tinggal 2 hari sahaja lagi dah nak sambut Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Korban.  Saya tak boleh nak bercerita panjang nampaknya walaupun banyak benda yang nak saya ceritakan atau berceloteh di sini..nanti2 aje yer..memandangkan dah nak raya ini kalau ada antara kawan2 yang nak buat rendang selain dari rendang daging dan rendang ayam,,saya nak cadangkan rendang kerang.

Memang sedap jugak tau rasa rendang kerang nie..boleh dimakan sama ada dengan nasi impit, ketupat atau juga dengan nasi lemak..sebenarnya pada minggu lepas saya buat rendang kerang mengandingkan nasi lemak yang adik saya buat di samping lauk utamanya sambal sotong kembang..memang ohsemmm sangat rasanya ada sambal sotong, rendang kerang gan keropok ikan..makan pagi kenyangnya sampai ke petang..hihihi..Oklah kata tak nak berceloteh tapi terover pulak saya nie kan..jom kita lihat resepi rendang kerang dan gambar2 yang sempat saya snap.


Rendang Kerang Cili Padi.

Bahan-Bahan:

800 gram Kerang yang siap di kopek - Kalau nak kopek sendiri x larat beli yang dh siap aje..
30- 40 batang cili padi hijau - di blender (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
4 labu bawang besar - di blender
6 ulas bawang putih - di blender
2 inci halia - di blender
2 inci kunyit - di blender
5 batang serai - di blender
3-4 sudu makan gula timbang/merah
3 keping asam gelugor/keping direndam
2 helai daun kunyit di hiris halus
3-4 helai daun limau purut
1/2 kg santan pekat
sedikit garam
1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan yang diblender, cili api, bawang besar, bawang putih, serai, halia, kunyi. Tumis sehingga naik minyak.
2. Bila dah pecah minyak bahan-bahan yang ditumis, masukkan pula gula timbang balik2kan lagi. masukkan sedikit air lebih kurang 3/4 cawan. dan masukkan juga santan.
3. Bila dah mendidih masukkan kerang.  Balik-balikkan selalu. Masukkan asam gelugor yang direndam dan masukkan juga daun limau purut.  Bila hampir kering masukkan daun kunyit yang di hiris halus dan masukkan garam. balik2kan rasakan kesesuaian rasanya.  Kalau nak rendang yang agak kering boleh di balik2 agak lama sedikit..kalau nak yang lembap pun boleh ikut yang kita hendak.  Rendang yang saya buat nak makan dengan nasi lemak so saya biarkan agak lembab sahaja.
Rendang kerang sesuai dihidangkan bersama ketupat, nasi impit, nasi lemak atau juga pulut kuning..selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment