Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013..


Assalamualaikum...

Salam Isnin bersamaan 31 Disember 2012 hari terakhir bagi tahun 2012...dah 365 hari kita lalui begitu banyak peristawa2 dan kenangan suka duka yang kita lalui sepanjang tahun 2012 ini, untuk kawan2 dan juga semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini yang kekadangnya  ada dimuatkan dengan entry2 masakan, catatan biasa, catatan perjalanan dan sebagainya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan ingin juga memohon berbanyak kemaafan sebab banyak kali juga saya tak dapat bersiaran memandangkan pada kesempatan yang ada sahaja barulah saya dapat menulis di alam maya ini.

Semoga dengan sedikit sebanyak perkongsian ilmu, bukan ilmu apa pun saya pun cuma suka2 mencuba masakan sama ada yang baru atau yang lama dapat kita manfaatkan bersama.  Begitu juga pada tuan-puan punya blog2 yang lain yang tersohor diucapkan terima kasih kerana saya sering meninjau untuk mengambil resepi2 melihat juga persembahan masakan yang bukan sahaja sangat menarik malah ada kalanya sungguh superb dan menjadikan aspirasi pada saya yang sering kali teruja dan ingin mencubanya juga walaupun apa yang saya hasilkan tidak sehebat atau segah yang di hasilkan oleh sifu2 blogger...terima kasih yang tak terhingga diucapkan kerana mengongsikan ilmu2 masakan di alam maya ini. 

Akhir kata dalam menyambut kedatangan tahun baru 2013 ini diharapkan kita semua dapat melakukan yang terbaik dan meningkatkan prestasi diri serta menjaga kesihatan agar dapat terus menangani segala cabaran yang mendatang..Salam sayang dari saya Zalekha Ismail..semoga kita berjumpa lagi  di tahun hadapan...cewahhhh macam lama sangat nak pi tahun hadapankan cuma tinggal beberapa jam sahaja lagi... ceria2 selalu..Wassalam..

Wednesday, December 26, 2012

Burger Jawa 'n' Donut ~ untuk Aina..


Assalamualaikum...

Selamat ptg semua, apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC yang disayangi semoga anda semua sehat dan ceria2 selalau disamping keluarga tercinta..dah 26 haribulan hari ini cuma tinggal 5 hari sahaja lagi kita akan menyambut tahun baru 2012...cepat sungguh masa berlalukan..macam2 perasaan ada gembira nak menyambut tahun baru..pastu teringat ada kerja yang perlu di bereskan sebelum tahun baru harap2 semuanya berjalan lancarkan...saya pun dalam pada sibuk kesana kemari ada juga buat beberapa projek mengookies dengan adik saya Bedah semalam..kebetulan cuti christmas jadinya buat lah projek buat choc chip@ famous amos cookies sebab Bedah bercadang nak bagi goodies untuk majlis Tahlil pada hari Sabtu nanti..dah nak 40 hari arwah Jemain suami Bedah meninggal.. Al-Fatihah..

Ok sebenarnya saya hari ini nak kongsikan dengan kawan2 semua satu resepi Pau Sambal a.k.a Burger Jawa n Donut yang saya buat sebelum subuh tadi  sebabnya saya dah beberapa kali teringin nak buat pau sambal nie bila tengok adik2 kat fb tu siarkan gambar pau sambal..nie gara2 termegidam tengok pau Zarrithsufiah la nie..Sofia akak dh buat tp versi batu belah batu bertangkup punya pau...masih x konfiden nk masuk sambal kat dalam pau takut bila goreng dia meleleh kuar...kena menuntut ilmu gan sofia nie nanti ek..hehehe.

Jom kita tengok resepi Burger Jawa@Pau Sambal dan merangkap Donut..2 in 1... u sekali buat dapat 2 jenis yang tak pedas Donut manis untuk si kenit2 Aina n Sara dan yang bersambal tu untuk yang tua2..dua2 lembut dan sedap sebab adunan yang saya buat nie sangat lembut..k kita tengok resepi mudah di bawah ini ok...untuk yang bertanya nak uli teruk ke adunan donut nie...sebenarnya tak teruk n tak perlu diuli kuat2 cukup sekadar uli2 manja n adunan bersatu dan bulat licin..hehhehe cuba buat baru tau ok..ana..


Burger Jawa@ Pau Sambal n Donut

Bahan-Bahan:

500 gm tepung gandum - diayak
1 peket yis kering (11gm) - saya guna jenama kijang
4 sudu makan butter/majerin
4 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu tepung
1/4 camca teh garam
1 1/2 cawan air suam
Minyak untuk mengoreng
Sambal tumis secukupnya - bagi pau sambal
Gula kastor secukupnya - bagi salut donut

Cara:

1.  Masukkan tepung yang diayak ke dalam mangkuk pengadun, bersama yis kering, butter, gula pasir dan garam, gaul adunan dengan hujung jari sehingga menjadi breadcrumb dan kesemua bahan bergaul rata.
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan sehingga menjadi sebuku doh yang besar dan agak licin..tak perlu uli kuat2 cukup sekadar uli2 manja..kalau tenaga banyak bolehlah menguli kuat2 hehehe..
3. Rehatkan doh selama 1 jam atau naik 2 kali ganda. Bila doh dah naik pukulkan sedikit untuk membuang angin dalam adunan doh tadi. Sediakan dulang yang ditabur dengan sedikit tepung, bentukkan doh sebesar bola ping-pong untuk pau sambal dan untuk donut bentukkan bulat dan lubangkan ditengahnya. susunkan dengan jarak sedikit supaya tidak melekat antara doh..
4. Rehatkan sebentar adunan dalam 15 minit atau 1/2 jam sehingga naik semula setelah dibentuk tadi. Panaskan minyak dalam kuali untuk mengoreng terendam. Gorengkan dengan api yang sederhana agar pau sambal dan donut tidak hangus, balik2kan sehingga kuning keemasan, angkat dan toskan dahulu.
5. Salutkan donut dengan gula kastor dan bagi pau sambal potongkan tengah pau dan isikan dengan sambal tumis, bagi yang suka makan dengan timun atau daun salad boleh dibubuh sama. saya makan gitu ajer...sedapp dan sangat lembut cubalah..

Monday, December 24, 2012

Merry Christmas..




To all, my dearest friends n family who celebrating Christmas..Merry Christmas n Happy New Year..may this christmas bring joy and happiness..luvs from ZLC..xoxo..

Bercuti Tapi...


Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2 semua, semoga kawan2 yang saya sayangi semuanya dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya..rasa dah lama juga saya tak menjengah ke blog nie macam busy la sangat kononnya tapi busy la juga dengan kerja2 rasmi dan tak rasmi selama 5 hari bercuti ada ajer aktiviti2 yang saya jalani..berjalan jauh dan dekat.

Perjalanan yang tak berapa jauh pada hari rabu hari pertama cuti, saya ke Bandaraya Johor Bahru, untuk urusan hal ehwal rumah..yang tak bertangga termasuk lah pi bayar api...air...angin..opss apa lak bayar angin..keluar angin adalah..hehehe(sorry eks harap2 kawan2 tak terbau disana) sebelum di potong dan terus naik melambung2 baik ler diuruskan dahulu, kemudian ke tempat yang agak jauh sedikit melepasi sempadan daerah Johor Bahru iaitu ke Kulaijaya..ke pusat membeli belah Cowboy yang baru..sebenarnya dah lama saya yang baru pertama kali pergi ke..kat sini ada berbagai anika barangan yang dijual besar Mall Cowboy nie ada 3 tingkat dan barang2 atau susun atur barangannya memang ala2 cowboy lintang pukang (kedarak) opss minta maaf sekali lagi dan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan sila abaikan perkataan yang ini sebab tak terdapat dalam kamus dewan pun..tapi seronok bila membeli belah di cowboy ini macam2 ada dan harganya berpatutan...cuma kuda, red indian, shariff n cowboy sajer yang anda tak akan jumpa disini lain2 semua ada dari periuk belanga yang 12 gantang nak masak kuda seekor pun ada..bayangkan betapa besarnya barangan yang ada di mall ini mesti tukang2 masak majlis perkawinan suka ke tempat ini..hehehe memandai jer saya nie.

Hari ke 2 pulak saya ke Pasar Lambak Pagi Sungai Tiram...yang terletak di Sungai Tiram berdepan dengan SK Sungai Tiram..punya la ramai orang di sini mungkin kebetulan di negeri Johor cuti Hari Hol jadinya ramai yang mengambil peluang untuk ke Pasar Lambak nie..barang2nya beranika juga dan kalau nak cari tudung2 design2 terbaru dengan harga yang lebih murah dari harga di tempat2 lain pun ada, kain2 ela, baju siap, telekung, kain batik, pakaian, kasut, beg2 tangan, makanan, sayur memang macam2 la ada  ianya dibuka seawal lepas subuh rasa saya hingga ke 11 atau 12 tengah hari tak silapnya... memang jenuh nak pusing di tempat ini dan bila berkenaan kena la terus beli sebabnya kalau nak berpatah balik dah tak berapa nak perasan lorong orang yang berjualan tu semua hampir sama dan sangat la banyaknya..kat sini saya cuma beli 2 pasang alas katil bujang, gebar@selimut, kain batik, tuala..tudung sangat rambang mata jadi saya x pandai nak memilih bila dah banyak sangat di sini..dah selesai bershoping2 disini nak balik ketempat kereta ajer kena jalan sejauh 1.5 km bayangkan jauhnya nak parking kan..kurus kejap saya hari khamis lepas...muahaha temberang la pulak bila cakap kurus sebab balik dari SgTiram tu kami singgah ke rumah Angah di Taman Suria makan tengah hari Nasi Tumis Bhuhari@ arab sayuran yang dilawankan dengan daging masak kicap...kari daging juga.., salad, n cutney pudina yang sedap sebab lemak2 pedas dan masam2 lain kali saya kongsi resepi chutney pudina dengan kawan2 ek..

Hari ke 3 saya berjalan agak jauh ke Sg Balang Muar untuk ambil anak saudara saya yang 2 orang tu Hawa n Iqin dah habis pengajian di Madrasah Hafizah Syaitatina Khatijah..sebenarnya Iqin ikuti summer camp selama sebulan di sana..jadinya berkonvoi 2 kereta adik saya bedah,gan anak2, milah gan aishah, kak zam pun pergi..balik dari Madrasah singgah makan tengah hari di rumah nenek Hawa di Parit Yusoff..dan balik lah terus ke JB selepas makan dan berehat sebentar..macam lepak aje perjalanannya agak jauh..tp bukan saya yang memandu kak zam dan nora yang memandu..nk tunggu saya memandu kena la tunggu saya dapat lesen keretapi ke kapalterbang...muahahaha merepek ajer saya nie kan..

Wahhh sambung bercerita kemain panjang saya nie...dlm pada lappy rosak tak dapat diteruskan catatan perjalanan saya edit di opis...so bertambah la panjang cerita saya kalau boleh masuk entry pada hari sabtu ceritanya setakat di atas sahaja sampai di muar...nie sambung pulak cerita hari Sabtu saya ke Pontian bersama..close partner saya acara biasa menemani beliau menjalankan kerja di daerah pontian..dan lappy saya pun di bawa oleh CP ke kawannya untuk dibaiki...entah la masih boleh digunakan lagi ke tak..macam nak kena beli yang baru ajer sebab dari hari tu menyebut nak beli yang baru tapi tak dibeli lagi..dan semalamnya hari minggu cuti yang ke5 saya ke Singapura ikut along saya gan kak zam ke rumah pengantin, saya pulak tak berapa sihat tapi oleh kerana dah ikut terpaksa ler bersabar ajer dalam kereta dalam perjalanan yang sangat jem 2 jam di causeway.  Saya makan ubat dan aktif fast 2 biji baring kejap di kereta baru lah lega, jadinya saya hanya tunggu dalam kereta sementara tunggu yang lainnya ke rumah peranti..balik singgah di Mustaffa Centre nasib baik lah perut saya dah reda sikit jadi pergilah beli beras dan sedikit barang2 kat sana..al-maklum duit Sing Dollar sangat mahal jadi tak boleh belanja banyak2 lagi pun kami tak ke Shopping Mall yang lain..kalau sihat mau rasanya saya berjalan2 lagi sebab tengah Christmas Sales..pasti seronokkan...cewahhhh macam banyak duit ajer saya nie balik dari singapore sebelum magrib nasib baek perjalanan balik x jem..Allahmdulillah.begitu begini sampai di rumah dekat pukul 9 lebih jugak.... okey lah macam buat karang SPM ajer saya kali ini panjang betul catatan saya untuk bercuti selama 5 hari tapi tak ada rest asik ke sana kemari dan hari ini kerja seperti biasa..jumpa lagi ekk kawan2 dengan entry masak2 pula lepas nie...salam sayang dari saya..di ZLC..muahh xoxo..

Tuesday, December 18, 2012

Mee Siam Cili Padi..



Assalamualaikum..

Apa khabar kawan2 semua, tentu ada yang sedang minum petang makan pisang goreng panas2 bersama teh o memang sedapkan lebih2 lagi cuaca pulak asik sejuk ajer sebab bila petang ajer hujankan..saya dah menikmati dua ketul goreng pisang panas yang digoreng oleh kak marie office mate saya tapi minum air suam ajer...jadilah kan sebab banyak sangat minum air manis hari ini.  Tengah hari tadi saya dah makan burger prosperity Mc D..bersama rakan2 yang telah bertungkus lumus menyiapkan susunan buku program sekolah untuk di jilidkan..so dah buat kerja ramai2 tu ada pulak yang bermurah hati belanja Mc Donald burger...terima kasih banyak kepada En. M. Zin dan Kak Wan Malinja sebab belanja kami semua di pejabat hari nie...sebenarnya mereka nie selalu belanja kami bukan hari nie sahaja hari2 lain pun belanja..terima kasih yer abg2 n kakak..oppss mana lak ada abg2 seorang jer En. M.Zin jer yang datang ke sekolah hari ini bersama kak Wan..En. Usop x datang mungkin ada hal lah tu..

Ok kita tinggalkan dulu cerita kami2 nie semua jadi pekerja kilang buku sekejap hari nie di ofis tadi..sebab saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi Mee Siam Cili Padi yang saya masak bila ekk...dah lama juga, 2 minggu lepas kot..cuma tak sempat lagi nak dimasukkan entry di blog...so kiranya resepi tertunggak la nie..sebenarnya dah beberapa kali juga saya masukkan resepi mee siam goreng dengan berbagai cara dan gaya seperti DISINISINI dan yang lain2,  kali ini saya gunakan cili padi bukan cili kering blender sebab tu warna dia tak merah...jom kawan2 kita semak resepi mudah di bawah ini..sesuai untuk dibuat sarapan ke, minum petang ke makan malam ke tak kisah la bila2 kan..

Mee Siam Cili Padi

Bahan-Bahan:

300gm Mee Hoon - direndam lebih kurang 1/2 - 1 jam
2 labu bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
15 batang cili padi-dikisar (kalau nak lebih pedas sila tambah cili padi)
3 sudu makan udang kering (rendam sebentar) - dikisar
15 ekor udang sederhana besar - dibuang misai dan ekornya yang tajam cuci bersih dan toskan
 2 pohon sawi - dipotong
1 batang lobak merah di hiris batang mancis
1 sudu makan serbuk  ayam pasti sedap knorr
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
 garam (ikut rasa)
1- 1 1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang diblender bawang, cili padi, udang kering hingga agak garing dan berbau wangi, masukkan air, bahan2 perasa, biarkan mendidih sebentar
2. Bila dah mendidih masukkan lobak merah serta batang sawi, masukkan mee hoon dan balikkan hingga rata, rasakan kesesuaian rasa garam kalau kurang tambah, masukkan sawi, balik-balikkan hingga mee hoon agak kering dan boleh matikan api.
3. Hidangkan dengan hiaskan bersama bawang goreng dan daun bawang/sup hiris dan tomato hiris.selamat mencuba.

Monday, December 17, 2012

Sambal Goreng....Jarab???


Assalam..bertemu sekali lagi di hari isnin ini kalau tengah hari tadi saya telah masukkan entry lauk labu masak lemak petang nie pula satu lagi entry lauk juga iaitu Sambal Goreng Jawa tapi di goreng atau dimasak oleh orang yang bukan jawa...so bila digabungkan Jawa + Arab = Jarab..muahahaha ada2 saya nie ekk..sebenarnya masakan jawa negeri johor atau ditempat2 lain memang disukai ramai macam saya nie memang suka makan tempe dan tahu tak kiralah sama ada di goreng begitu sahaja atau berempah atau dijadikan lauk pauk...memang sedap dan berkhasiat..pandai ekk orang dolu2 mereka cipta makanan yang diperbuat dari kacang soya yang banyak khasiat dan sumber protin yang agak murah jika dibandingkan dengan sumber protin lain seperti daging dan ikan.

Sebenarnya saya masak lauk sambal goreng ini tadi pagi, subuh2 lagi sebabnya ada pot luck kat opis saya, bawak la sorang sejenis, kak marie masak 2 jenis.. kuah lodeh bersama sambal kacang sotong kering, saya bawa sambal goreng, bos saya import rendang kerang dari Restoran Sri Bayu..hehehe sebab x sempat nak merendang la tu gan kueh2..adik2 ppm tu bawak nasi impit..makan pagi dan juga sampai tengah hari alhamdulillah selesai semuanya...opss lupa lak kak ros ada bawak roti canai instant gak siap gan dalca..alhamdulillah rezeki di cuti sekolah sebab kantin xder kan...

Sebelum nie saya pernah juga masak sayur goreng macam sambal goreng nie tapi di letakkan sayur kacang panjang yang kali ini agak pure jawa punya sambal goreng tapi masih kurang bahan la u..x der daging, paru-paru, babat n segala maknikam benda yang boleh dimasukkan seperti hati dan pedal ayam...versi yang saya buat hari cuma letak rendah udang ajer u..tu pun beli yang dah siap dibuang kulit..xbest la lain kali saya nak letak daging, paru-paru n babat dan udang besor...huwaaaa..ntah bila la tu kan nak buat lagi.. ok dah panjang lebar cerita saya jom kita semak resepi di bawah:
 
Sambal Goreng Jawa...versi saya

Bahan-Bahan:

5 keping tempe - dipotong dadu kecil
5 keping tahu - dipotong dadu kecil
4 biji kentang - dipotong dadu
2 batang cili merah hidup - dihiris serong
2 batang cili hijau hidup - dihiris serong
secekak suun - direndam dan dipotong pendek 2-3 inci
sekeping tahu kering -size besar - direndam dan dipotong2 kecil
200 gram udang siap dibuang kulit
2 batang serai di hiris halus
10 biji bawang merah - dihiris nipis
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia di hiris batang mancis
3 sudu makan cili kisar/cili boh- cili kering direbus dan diblender halus
1 cawan pati santan
3/4 cawan air
sedikit sahaja gula - 1 sudu makan cukup
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk mengoreng dan menumis

Cara:

1. Gorengkan tempe dadu kecil dulu, bila agak2 garing embal - angkat dan toskan, gorengkan juga kentang yang didadu kecil, dan diikuti dengan tahu, ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam  kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris hingga layu dan berbau harum, masukkan cili blender, tumiskan sehingga naik minyak dan agak garing masukkan pula gula, diikuti serai yang dihiris.
3.Masukkan udang, balik2kan masukkan pula pati santan dan diikuti dengan air, bila bahan2 tumisan mendidih masukkan pula bahan2 yang di goreng tadi tahu, tempe dan kentang serta cili merah dan hijau balik2kan dan bila agak mengering masukkan pula soo hoon dan tahu kering, perisakan dengan garam secukupnya, kalau siapa nak letak pak aji letak lah..saya x letak.
4.  Balik2kan sehingga semua bahan mesra dan agak kering sedikit rasakan kesesuaian rasa kalau x cukup garam tambah garam...padamkan api   hidangkan bersama nasi impit atau nasi ambang kalau ratah begitu sahaja pun sedappp..cubalah..




Labu Masak Lemak & Kacang Panjang..


Assalamualaikum...

Salam Isnin buat semua kawan2 yang dirindui selalu..semoga semuanya ceria2 dan bergembira disamping keluarga tersayang.  Hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 resepi tertunggak yang biasa2 aje.. iaitu lauk Labu Masak Lemak dengan Kacang Panjang.. patutnya semalam saya masukkan entry tapi faham2 ajer la..hari minggu hujan pulak tu dari tengah hari jadinya che bantal dan che katil memanggil2 saya lepas kekenyangan makan lauk lemak lauk lawan pulak dengan ikan kering masin dan ulam kacang botol, cuma x ada sambal belacan ajer..bukan malas nak buat tapi kehabisan stok belacan..tapi masih tak memutuskan selera..hehehe.  Selain dari masak lemak labu saya ada masak daging masak kicap aroma minyak sapi..nanti saya kongsikan kalau ada kesempatan@kerajinan ok..jom la kita tengok resepi di bawah ok...

Labu Masak Lemak dengan Kacang Panjang

Bahan-Bahan:

1 biji labu size kecil - dikupas kulit dan potong2
10 batang kacang panjang - patah2kan 1 inci
Pati santan - 3 cawan
air secukupnya >< 2 cawan (kalau nak kuah lebih lebihkan air)
3 sudu makan ikan bilis - rendam sebentar dan renyahkan  dalam lesong
3 batang ladang merah - ditumbuk halus
6 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1/2 inci kunyit - ditumbuk halus (kalau tak ada guna kunyit serbuk)
5-6 pelepah daun selasih - dipetik
garam secukup rasa

Cara:

1.  Masukkan air, labu, Cili hidup yang ditumbuk bersama bawang kecil, bawang putih, kunyit dan ikan bilis yang direnyah.  Masak sehingga mendidih dan labu hampir empuk. Masukkan pula kacang panjang berserta santan, kacau selalu.
2.  Masukkan daun selasih dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak sehingga labu empuk dan lembut dan kacang panjang lembut, padamkan api dan hidangkan panas bersama nasi putih dan lauk pauk lain.



Saturday, December 15, 2012

Nasi Lemak & Sambal Tumis Udang..


Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam hujung minggu buat semua teman2 dan pengunjung ZLC tak kira dimana jua anda berada.  Hari ini saya terus ke entry masakan ok...xder cerita menarik yang nak diceritakan atau disembangkan..pagi tadi saya masak Nasi Lemak bersama Sambal Tumis Udang untuk sarapan pagi, dan macam tak berapa lengkap saya goreng telur dadar nipis sedaprasa...tu pun pelengkap2 nasi lemak x kacang tanah goreng dan bilis goreng tak ada...jadilah untuk makan pagi kami anak beranak..tu pun buat lebih sikit dapatlah makan sampai tengah hari.. Kalau beli yang di jual kadang tak berapa puas hati kan...bukannya xsedap tapi kalau nak puas makan bersama keluarga memang sedap kalau dimasak sendiri...

Nasi lemak sekarang nie bukan sahaja boleh didapati di pagi hari tapi banyak juga di jual di waktu petang dan malam...pendek kata sekarang ini (bukan panjang kata tau...hehee) nasi lemak di makan tak kira waktu dan oleh semua bangsa..ok lah dalam pada tak nak bercerita panjang pulak cerita saya kan...maaf ok kawan2..jom lah kita semak resepi di bawah..

Nasi Lemak

Bahan-Bahan:

5 cawan beras basmathi (saya guna India Gate Premium) dicuci dan rendam 1/2 jam
2 cawan - pati santan
6 cawan - air
8 ulas bawang merah - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 1/2 inci halia - hiris batang mancis
2 batang serai -di memar/ketuk
1 sudu  kecil halba
garam secukupnya

Cara:

1.  Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk bersama santan, air, bawang2 dan halia hiris, serai dan halba masukkan sekali garam, jerangkan di atas dapur atau masak guna rice cooker.
2. Bila nasi dah mengering, kecilkan api sambil di kacau sedikit. kalau masak guna rice cooker biarkan sehingga masak keep warm. Kalau guna dapur biasa keringkan nasi dengan api perlahan dan dialas..masak sehingga nasi tanak dan kacau perlahan dari tepi periuk dengan senduk kayu agar nasi cantik dan tidak mudah patah butiran nasi. Padamkan api dan hidangkan panas bersama sambal tumis dan pelengkap nasi lemak yang lain seperti ikan bilis goreng, kacang goreng telur rebus atau telur goreng dan hirisan timun.


Sambal Tumis Udang

Bahan-bahan:

500 gm udang sederhana besar - di buang jangut dan bahagian ekor tajamb - cuci dan toskan
4 senduk nasi - lada kering yang direbus dan blender halus
2 1/2 biji bawang besar -diblender
4 ulas bawang putih - diblender
1inci halia di blender
1 1/2 inci belacan di blender
3 biji bawang besar - di belah 2 dan dihiris
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan air -
4 1/2sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis 

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, gorengkan dahulu udang separuh masak angkat toskan dan ketepikan. 
2. Panaskan minyak lain anggaran 1/2 cawan dalam kuali dan tumiskan lada blender, bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik minyak dan agak garing. Masukkan gula dan diikuti dengan bawang besar yang dihiris. Masak sambal hingga betul2 masak baru dimasukkan air asam jawa, dan air.
3. Bila sambal dah mendidih masukkan pula udang masak sehingga udang masak elok, perasakan dengan
garam, rasakan kesesuaian rasa kalau perlu di tambah gula atau garam. Kecilkan api dan masak hingga sambal mesra dan sebati, sambal tumis masak kena lama sikit baru lah sedap rasanya. Padamkan api hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih ke ubi rebus atau lempeng pun sedap.


Telur Dadar Nipis - Sedappp...rasa

Bahan-Bahan:
2 biji telur ayam - dikocok/pukul
1/2 biji bawang besar - dadu halus
1/2 batang cili merah - di hiris halus
Sedikit capsicum hijau - didadu halus
2 helai daun bawang - dihiris halus
1/2 camca teh serbuk pasti sedap knorr
sedikit minyak untuk mengoreng

Cara:

Campurkan kesemua bahan kecuali minyak ke dalam telur yang dikocok, kocok sebati, panaskan non stick pan berukuran 8 incik dengan sedikit minyak, masukkan telur dan dadar nipis sepenuh kuali dengan api sederhana, balikkan dan masak bahagian lagi sebelah, potong kepada beberapa bahagian. sedap dimakan bersama nasi lemak..makan dengan roti pun sedap.. Buatlah 2 atau 3 keping telur dadar nipis nie kalau ramai yang makan..

Friday, December 14, 2012

Kek Pisang Lembut...pukul 3 pagi...


Assalamualaikum...dan salam pagi Jumaat yang mulia penghulu segala hari..Alhamdullilah bertemu sekali lagi di alam maya semuga kawan2 semua sentiasa sihat dan berada di dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya.  Nampaknya di hujung tahun memang cuaca agak sejukkan...terasa dingin ajer bila hujan turun tak henti2kan cuma tak ada salji ajer kalau tak mesti mengigil ajer kan...muahahaha mula la saya merapu pepagi hari...lain pulak ceritanya kalau negara yang beriklim panas khatulistiwa turun salji...so biarlah tanah tumpah darah kita nie dengan cuaca yang begini sekejap hujan dan adakalanya panas alhamdullilah bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri..jadinya lebih baik lah kita berhujan airkan...kalau hujan batu abis benjol2 nanti kepala kita semua..hehehe sorry yer kawan2 melawak pulak saya di pagi jumaat ini..

Pagi ini saya nak kongsikan resepi Kek Pisang yang sungguh lembut...sedap rasanya tapi naper pulak saya letak tajuknya pukul 3 pagi tu..sebenarnya ada cerita..anak saudara saya yang dah abis spm tu..dia tak bagi sebut nama dia malu kata dia...teringin sangat nak buat kek pisang yang sedap macam yang selalu di jual di kedai roti dan kek tradisional di Jalan  Dhobi, Johor Bahru...

Kalau sesiapa yang ingat ada satu kedai kecil di simpang jalan ada membuat roti dan kek pisang yang dibakar menggunakan oven arang terbuka sangat klasik bila nak masukkan roti ke dalam oven batu yang  menggunakan arang apek di kedai tu gunakan chentong sejenis kayu panjang macam pendayung sampan untuk hulurkan sama ada roti atau kek pisang untuk dibakar...bila lalu dekat kawasan kedai lama tu dah terbau harum roti dan kek pisang.

Memang nostalgia bagi sesiapa yang pernah beli roti atau kek pisang di Jalan Dhobi tu..mesti orang2 lama JB tahu kedai ini..sedap sangat rasa kek pisang dia hingga kini masih ada lagi dibuat secara tradisional bakar guna arang...tu yang menyebabkan anak buah saya nie sangat teruja nak buat kek pisang macam kedai Jalan Dhobi tu...akhirnya pagi2 sebelum subuh pukul 3 lebih anak dara tu bersama ibu dia dah bekelentang kelentong di dapur...kebetulan tak boleh tido la tu...dan saya dapat makan kek pisang yang sedap sebab sangat lembut dan masih hangat pepagi hari..dan rasanya just nice agak manis sedikit bagi yang x gemar manis bolehlah kurangkan sedikit sukatan gulanya...Jom la kita semak resepi orang 2 beanak tu ok..mak j cuma sharekan di blog..ok..tq untuk semua yang sudi menjengah ZLC dan mencuba resepi2 di dapur kami..

Kek Pisang Lembut

Bahan-Bahan

250gm butter
250gm tepung gandum di ayak
250gm gula castor - kalau tak nak manis boleh kurangkan
3 biji telur - gred A
3 biji -pisang kapas - dilecek sehingga halus
1 sudu makan baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu makan susu cair
1 sudu makan juice limau nipis/lemon

Cara:

1.  Panaskan oven dan sediakan tin pembakar 8 x 8 inci, yang ini gunakan tin kek bulat yang agak tinggi  - atau loyang yang sesuai di alas dengan kertas minyak dan digriskan sedikit dengan butter ketepikan.
2. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang dan gebu, pada kelajuan sederhana masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang. masukkan pula esen vanilla, susu cair dan juga pisang lenyek di selang selikan dengan tepung gandum yang di ayak bersama baking powder. gaul rata dan air sekali masukkan pula juice limau nipis.
3. Bila adunan kek dah di gaul sebati semuanya masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dan digriskan hentakkan sedikit supaya kek rata. Masukkan ke dalam oven dengan kepanasan 180'C selama 45 minit.
4.  Uji kek dengan lidi bila lidi keluar bersih menandakan kek dah masak kalau x tambahkan sedikit lagi masa 15 minit (bergantung pada oven masing2) tapi boleh di kurangkan kepanasan kepada 150'C dan boleh tutup permukaan kek dengan loyang aluminium atau tudung periuk untuk elak permukaan kek terlalu gelap.
Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan higangkan...sedappp lembut sahaja kek pisang nie.cubalah.

Thursday, December 13, 2012

Cekodok Choc Chip Gebus...


Assalamualaikum...

Selamat pagi khamis kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi semuanya...alhamdulillah hari ini kita dipanjangkan usia dan dapat bertemu di alam maya sambil membaca celoteh saya...oppss pg2 rasa tak sesuai bercelotehkan nanti rezeki takut nak dekat...ok kita dok diam2 sambil senyum2 ~~opps~~ yg ini lagi tak boleh nanti orang ingat tak berapa sihat kalau asik tersenyum2 sumbing@kambing seorang diri hehehe ada2 ajer pulak saya hari nie kan..

Sebenarnya saya hanya nak berkongsikan satu resepi sarapan yang mudah yang saya buat tadi pagi iaitu cekodok chocolate chip gebu yang saya skodeng resepinya di Myresepi semalam..rasa saya resepi kak besah kot tp kak besah buat cucur kembung milo kot kat situ dan ramai pembaca lain yang telah mencubanya dan ada yang memasukkan choc chip dalam cekodok tu yang menyebabkan saya teruja nak mencubanya..budak2 kan suka kalau ada choc chip tu,  Rasanya sangat lembut dan sedap garing diluar dan gebu di dalam...tq kak besah saya dah lihat resepi nya tapi tak prints pun, jadi ingat2 lupa saya buat juga lah sedikit...tapi bila mengoreng tu kalau choc chip nya di bahagian tepi akan cepat mencair dalam minyak dan menjadikan minyak agak hitam dan kotor so kena la terus buang minyaknya selepas mengoreng..ok jom la kita lihat resepi di bawah


Cekodok Choc Chip Gebu..

Bahan-Bahan

2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat manis
secubit garam
2 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan chocolate chip
1 1/2 cawan air
minyak untuk mengoreng

Cara:

1.  Masukkan tepung naik sendiri dalam mangkuk bersama gula, garam dan 2 sudu makan minyak jagung. Susu pekat manis dibancuhkan dengan air. Masukkan air susu sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.
2.  Adunan cekodok ini jangan di buat cair biar agak2 boleh di cekut dengan tangan untuk mengoreng, masukkan choc chip dan gaul kan ke dalam adunan cekodok.
3.  Panaskan minyak dalam kuali gorengkan cekodok dengan cekut gunakan tangan untuk dapatkan cekodok yang bulat2, gorengkan dengan api yang sederhana hingga cekodok masak rata dan garing.
Angkat dan toskan.  Hidangkan panas2...sedap sebab gebu sangat..

Wednesday, December 12, 2012

Udang Goreng Planta Cili Padi...pd 12.12.12.

Assalamualaikum...

Apa kabar kawan2 semua salam hari rabu 12.12.12 wahhhh cantikkan tarikh hari ini...mesti ramai kawan2 atau sesiapa sahaja diluar sana tu suka tarikh macam nie untuk dijadikan peristiwa atau sejarah dalam kehidupan masing2...so bagi sesiapa yang melakarkan sejarahnya pada tarikh hari ini 12 Disember 2012 samada berkhawin atau bertunang atau menimang cahaya mata atau apa2 sahaja lah pasti mudah untuk mengingati hari bahagia mereka...seperti yang saya dan kawan2 bersembang di fb sebentar tadi ada orang bertanya pada saya ada tak apa2 yang nk dijadikan peristiwa hari ini, dan jawapan saya tak ada baru nak cari boypren...hahaha dan ada jugak melawak gan kawan2 klau dapat bopren yang ada ladang durian ke kelapa sawit ke..hehehehe ada2 sajer kan nanti kata orang melampauuu pulak si che leha tu kan....mcm biasa ajer la pagi2 hari buat lawak sambil menceriakan hari yang cantik terang cuaca diluar sana tu..

Ok lah kita tinggalkan dulu kisah lawak di hari rabu..oppss  hari rabu rupanya hari ini hari saya macam mana boleh lupa ekss...hehehe bila saya  menaip nie sambil berbual dengan opis mate saya gelak mereka sebab saya lupa pulak hari rabu yang menjadi pujaan hati saya selama ini...i just love wednessday..sejak dolu2 lagi..even tho they say wordless wednessday bagi saya ok jer..sebab saya dilahirkan pada hari rabu..opps satu lagi sejarah hari yang cantik 121212 nie jatuh pada hari rabu..muahahaha..k sebelum saya terus mumbling ntah apa2kan so better cut it short terus ke resepi yang ingin saya kongsikan hari ini. Pagi2 tadi saya dah keluarkan udang dan mengoreng udang planta bercili padi nak makan dengan kawan2 tengah hari nanti..nasi masak di sekolah ajer..Jom kita semak resepi mudah di bawah..


Udang Goreng Planta Cili Padi

Bahan-Bahan

15 ekor udang sederhana besar - dibuang muncung dan ekornya bersihkan dan tos
2 labu bawang besar - dibelah dua dan hiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
12 biji cili padi merah thai - dihiris
8-10 batang cili padi hijau - dihiris
1/2 batang karet - dihiris batang mancis
1/2 camca teh serbuk lada putih
sedikit garam
2 sudu makan majerin planta
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan 2 sudu makan majerin planta bila majerin dah mencair dan panas masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris dan halia, tumiskan sehingga bawang berbau harum dan layu. masukkan pula cili padi hiris udang dan karet.
2.  Balik2kan udang, masukkan pula serbuk lada sulah dan sedikit garam. Masak hingga udang masak rata dan cantik, tak perlu letak air sebab udang keluarkan air dan berasa manis. lepas balik2kan sebentar lagi boleh padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk pilihan lain..selamat mencuba..

p/s: seperti biasa untuk gambar sila la lihat di facebook saya Siti Zalekha Sheikh Ismail buat sementara waktu ok hingga dpt di upload di blog..terima kasih semua..

.

Tuesday, December 11, 2012

Muffin Strawberry ku yang merekah...

Selamat malam semua, belum tido lagi kan tentu ramai yang masih bersantai2 sambil menonton tv, saya dah lama x menonton tv dimalam hari maupun di siang hari bukanlah kata tidak  minat untuk menonton tapi memang dah lama x menonton ruginyer kan semua orang suka tengok tv saya tak suka naper ntah...mungkin sebab perubahan usia tak bila dah semakin berusia..40++ nie saya rasa macam tak ada kepentingan tengok tv melainkan berita atau sesekali ada rancangan2 khas tu pun jarang2 lah tengok, kalau tak sama jer jalan cerita sama ada drama, cinetron2 atau rancangan2 lawak hampehhh jer.. Ok  lah nanti ada pulak orang stesen telibesen marah kat saya sebab mewar-warkan ketidak sukaan saya menonton semenjak kebelakangan ini..heheehe ada2 ajer kan, kita tinggalkan dulu cerita tak gemar menonton telibesen tu...sebab hari nie saya macam terlebih rajin pulak, petang2 masa balik kerja tadi saya memang dah berangan2 dari siangnya untuk satu projek baking...tu pun sebab bahan2 dah ada dan ternampak pulak sifu masakan Che Mat Gebu DTS tu buat mapin stoberi jadinya saya pun terujalah nak mencuba...tu  pun sebab ada fresh strawberry yang saya beli di Mydin Nusajaya hari Sabtu lepas nasib baik belum al-kecut @ al-rosak so baik ler ku jadikan mapin...tq CM yer akak amik idea awk buat mapin walaupun kemenjadiannya x secantik yang CM buat diSINI      .. Mohon share resepinya di sini pula yer malas nak menaip...dah memalam nie bantal memanggil2 jer..hehehe..seperti biasa gambor masih tidak dpt di upload di blog sila la lihat di facebook saya Siti Zalekha Sheikh Ismail ok...tq utk semua yang sudi jengah2 kat blog yg xbergambor nie..lama tul nk tunggu cikgu2 naik skolah nk mintak tolong tengok2kan blog saya nie, k jom semak resepi di bawah ini..


Fresh Strawberry Muffin
Resepi Asal: Che Mat Gebu -DTS & Citarasa Rinduan

BAHAN-BAHANNYA :-)
240 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
120 gram gula kastor
3 biji telur gred A
65 ml susu segar
125 ml minyak jagung (boleh guna mentega cair) - saya guna minyak jagung
1 camca teh strawberry emuclo - (yang ini saya ganti esen perisa strawberry gan 1 sudu strawberry concentrate)
6 - 7 biji strawberry segar, didadu (asingkan sikit untuk hiasan)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C (mat guna suhu 180C), alas bekas muffin dengan papercup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Pukul gula kastor, telur, susu, garam dan minyak jagung hingga sebati. Masukkan strawberry emulco dan pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata. Masukkan strawberry segar dan gaul. 
  3. Isikan 3/4 penuh dalam bekas yang telah disediakan tadi. Hias atasnya dengan strawberry segar yang diasingkan tadi. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Istikharah Cinta...


Cinta pada mu Ya Allah...adalah cinta yang kekal abadi..

manakala cinta sesama manusia hanyalah....
seperti bait2 kata di bawah ini..

Asam Pedas Ikan Parang...


Assalamualaikum,

Salam ceria salam satu malaysia dan salam alam maya untuk semua rakan2 dan pengunjung ZLC yang disayangi...nampaknya cuaca hari ini cerah dan redup... alhamdulillah mudah2an sampai ke petang la redupkan jadi x lah berapa panas..nyaman ajer..nak buat kerja pun terasa segarkan..ok lah kita tinggalkan kesegaran di pagi hari nie..sebab saya sambil menyambil ajer nie nak masukkan satu entry yang saya masak pada hari ahad lepas iaitu masakan Asam Pedas yang sangat2 sinonim dengan masyarakat johor...yang memang boleh dikatakan tiap2 minggu atau ada yang  makan lauk asam pedas nie hari2 pun x kisahkan...sebenarnya dah banyak juga resepi asam pedas yang pernah saya masukkan di blog antaranya DISINI dan SINI dan yg lain2, ok lah ini kira resepi ulang tayang tapi gunakan ikan yang banyak tulang iaitu ikan parang...sedap gak sebab manis ajer isi ikan parang nie dan sangat halus tapi nak makan kena la berhati2 sebab tulangnya yang banyak tapi ada petua juga sebelum ikan parang ini disiang rentapkan pada ekor dan lehernya kata orang mudah lerai tulang dari isi bila masa makan ikan parang...cuba lah yer...jom kita tengok resepi di bawah...

 Asam Pedas Ikan Parang

Bahan-Bahan

1 ekor ikan parang - dikerat beberapa bahagian (cuci bersih dan toskan)
3 1/2 senduk nasi penuh lada yang diblender halus (lada kering - direbus kemudian diblender)
12 ulas bawang merah - diblender halus
4 ulas bawang putih diblender halus
1 inci halia - diblender halus
1/2 inci kunyi hidup - diblender halus (kalau x ada guna kunyit serbuk 1/2 camca teh)
11/2 inci belacan - diblender halus
2 cawan jus asam jawa
air secukupnya lebih kurang 3 cawan
Secekak daun kesum - petik kan daun dan cuci bersih
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumiskan bahan2  yang telah dikisar halus hingga naik minyak dan agak garing.  Kacau selalu agar tidak berkerak.
2. Bila bahan2 yang ditumis naik minyak masukkan air asam jawa dan air, biarkan hingga kuah agak mendidih masukkan ikan diikuti dengan daun kesum
3. Masak dengan api yang sederhana hingga ikan  masak, perisakan dengan sedikit garam dan gula. rasakan keseimbangan masam masin asam pedas ini.  Renihkan asam pedas ini dengan api yang kecil sebelum di padamkan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain seperti sayur bening dan ikan goreng garing..makan nasi bertambah pun x sedar..hehehe

p/s: untuk gambar sila ke fb saya seperti biasa belum dpt di upload dlm blog..tq..

Monday, December 10, 2012

Udang Goreng - sesuai kanak2

Hai, sekali lagi saya bersiaran pada hari isnin ini, kali ini dengan resepi yang sesuai untuk hidangan anak2 kecil yang tak makan pedas tapi suka udang...untuk orang dewasa macam saya yang juga gemar makan udang tapi xboleh nak bedal banyak2 juga tergiur bila tengok udang yang digoreng harum begini...sebenarnya makan tengah hari semalam selain dari masak Asam Pedas Ikan Tenggiri bersama Sayur Kundur Masak Bening dan ikan Tamban Timah atau ikan Pupuk yang saya goreng garing saya buatlah satu hidangan atau masakan yang x pedas untuk anak2 buah saya yang comel2 tu Qis, Aina n Sara tapi nampaknya yang tua2 yang suka sebab rasa udang yang manis bila digoreng dengan sedikit butter dah membangkitkan aroma yang sangat sedap harum ajer baunya...jom kita tengok resepi mudah di bawah ini...

Udang Goreng simple...

Bahan-Bahan:

15 ekor udang sederhana besar - dibuang muncung dan ekor cuci bersih
1 labu bawang besar - dibelah 4 hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 inci halia - dihiris batang mancis
1/2 batang karet - dipotong batang mancis
1/4 serbuk lada sulah
sedikit garam
1 sudu makan butter
2 sudu makan minyak masak

Cara:

1.  Panaskan minyak masak bersama butter dalam kuali, tumiskan bawang besar hirism, bawang putih dan halia hingga layu dan berbau harum masukkan udang balik2kan dan masukkan juga karet.
2. Balik2kan lagi tak perlu letak air, masukkan lada sulah dan sedikit garam, masak sekejap lagi dan balik2kan hingga udang masak elok. Padamkan api dan hidangkan panas bersama nasi putih sesuai untuk kanak2 yang tak makan pedas.

p/s: untuk gambar sila lihat di facebook saya: Siti Zalekha binti Sheikh Ismail - mohon maaf kerana masih tidak dapat mengupload gambar di blog..

Apam Bakar@ Serabai Dengan Kuah Serawa Durian..

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan apa khabar kawan2 semua, diharapkan semuanya berada dalam Rahmat dan Lindungan  Allah hendaknya..hari ini saya nak berkongsi resepi mudah yang sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang.  Saya buat apam bakar ini pada hari sabtu lepas mengunakan adunan 500 gm tepung tapi dapatnya banyak jadi bagi mereka yang tak berapa ramai dirumah tu boleh kurangkan sukatannya.  Apam Bakar ini selain dari makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam juga boleh dimakan dengan syrup gula melaka yang pekat macam yang selalu dibuat oleh orang2 Melaka tapi kali ini saya gandingkan apam ini dengan serawa durian sedap jugak sebab tengah musim2 durian nie kan...jom kita semak resepi di bawah..

Apam Bakar @ Serabai..

Bahan-Bahan:

500 gram tepung gandum
2 camca teh yis kering - mauripan/kajang
4 sudu makan gula pasir
secubit garam
800 ml air - (lebih kurang - adunan apam ini perlu tidak terlalu pekat atau terlalu cair)
sedikit minyak masak/jagung - saya guna minyak jagung untuk lenserkan pada kuali non stick

Cara:

1. Masukkan tepung, yis kering, gula dan  sedikit garam ke dalam mangkuk adunan gaul rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan pukul dengan whisk hingga rata dan tidak bergentel.
2. Lihat pada kepekatan adunan apam ini jangan terlalu pekat atau cair, bila dah gaul rata dan sebati, biarkan dalam 1 jam atau hingga adunan naik. dua kali ganda.
3. Panaskan non stick pan dan lenserkan dengan sedikit minyak jagung atau minyak masak. gunakan senduk kecil untuk membuat apam bakar bersize kecil, kalau non stick pan size besar 10 inci boleh bakar 4 keping sekaligus.
4. Masak gunakan api yang sederhana kecil, bila permukaan apam berlubang2 dan agak kering balikkan apam, tunggu sebentar supaya bahagian yang diterbalikkan tadi masak macam kita buat pancake, angkat dan buatlah sehingga habis.. (kalau gunakan adunan di atas dapat banyak - sila kurangkan atau bahagi 2..ok) hidangkan bersama serawa durian atau bersama kelapa parut putih yang di gaul dengan sedikit garam.

P/s: Adunan Apam Bakar ini juga boleh dikukus - jadilah apam gandum atau apam kampung.


Serawa Durian

Bahan-Bahan:

Semangkuk (1liter) Isi Durian - lebih banyak lebih sedap..hehe
1 cawan gula pasir - (kalau taknak berapa manis kurangkan kepada 3/4 cawan)
Santan - 1/2 kg (beli yang telah siap di pasar)
Air lebih kurang 1 liter
secubit garam
2-3 helai daun pandan

Cara:

1. Masukkan isi durian kedalam periuk bersama air dan daun pandan, rebus hingga mendidih baru masukkan gula, kacau dan masak hingga gula cair dan isi durian agak lembut dan sebahagian lerai dari bijinya.masukkan sedikit garam.
2.  Masukkan pula santan dan gaul sentiasa supaya santan tidak pecah minyak dan serawa durian masak cantik dan agak memekat. Padamkan api dan hidangkan bersama apam bakar. Serawa durian juga sesuai dimakan bersama pulut yang ditanak atau roti putih.

Nota:  Untuk melihat gambar sila ke facebook saya Siti Zalekha binti Sheikh Ismail..gambar yang masih tak dapat diupload di blog akan diusahakan harap maaf yer kawan2 atas kesulitan ini...  


Friday, December 7, 2012

Ketam Cili style Mak J...


Assalamualaikum...

Salam jumaat yang barakah untuk semua kawan2 dan pengunjung Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi alhamdullilah sekali lagi kita dipertemukan di alam maya ini..dan nampaknya cuma tinggal 3 minggu sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun 2013...diam x diam kan sekejap ajer masa berlalu dan begitu banyak peristiwa pahit manis suka duka yang berlaku dalam diary kehidupan kita semua...dan bagi yang mempunyai azam agak2nya dah terlaksana tak apa yang diazamkan atau diimpikan...kalau belum terlaksana masih sempat lagi sebab ada masa dalam 3 minggu lagi kan...ok lah saya tak bermaksud bercerita panjang hari ini, mungkin di lain kesempatan kalau ada cerita2 yang menarik kita sambung story2 lagi ok...

Hari ini saya nak kongsikan resepi yang agak ringkas dan mudah dan yang utamanya bagi mereka yang gemar atau suka makan ketam tentu pernah mencuba masakan chilli crab kan, saya buat ketam bercili nie minggu lepas gak malam isnin kalau x silap saya,  memalam hari makan ketam cili jadinyer perasan macam makan kat restoran makanan laut jer..rasa ketam yang manis dan segar yang dibeli hidup dan bergerak2 lagi lagi sepit ketam tu...nasib baik la ada adik saya tolong siang dan bersihkan kalau x memang la saya x tau nak siang ketam hidup2 mau disepitnya saya...naya jer kan...ok lah panjang pulak cerita saya dlm xnak bercerita tu...hehehe sorry ek kawan2 jom kita semak resepi di bawah

Ketam Cili ~ Style Saya..

Bahan-bahan:

6 ekor ketam bangkang - dibersihkan dan di belah 2 (ketuk dahulu sepit ketam yang besar-senang bila nak makan
3 batang cili hidup - di blender halus
7-8 batang cili padi - di blender halus
8 ulas bawang merah - di blender halus
3 ulas bawang putih - di blender halus
1/2 inci halia - diblender halus
1/2 cawan sos cili
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan gula
3/4 cawan air
1 biji telur ayam - dipukul sedikit
sedikit minyak masak untuk menumis
sedikit garam - jika perlu.

Cara:

1.  Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali, tumiskan cili, bawang, halia yang dikisar halus sehingga berbau harum dan naik minyak masukkan juga gula pasir dan tumiskan hingga agak garing, kemudian masukkan sos cili, sos tomato, kicap  dan sos tiram.
2. Balik2kan sehingga semua bahan2 ditumis naik bau dan melikat masukkan pula air, setelah bahan yang ditumis mendidih masukkan ketam balik2kan dan masukkan pula telur yang dipukul tadi.
3. Rasakan kesesuaian rasa kalau perlu baru ditambah dengan sedikit garam, sebab semua bahan2 sos dah agak masin tak letak garam pun x apa terpulang pada citarasa masing2. Gorengkan ketam hingga masak dan padamkan api.  Hidangkan panas bersama nasi putih atau sedap di ratah begitu sahaja..cubalah.

p/s : seperti biasa gambar masih belum boleh diupload sila ke facebook saya utk tengok gambar ketam bercili ok ~Siti Zalekha Sheikh Ismail~

Thursday, December 6, 2012

Udang Sambal Bermangga



Assalam...

Satu entry ringkas yang nak saya kongsi dengan rakan2 hari ini udang sambal bermangga..sebenarnya udang nie saya masak minggu lepas hari Ahad...masa beli udang dan ketam di Tanjung Langsat tempoh hari dah terfikir kalau udang laut yang sedang2 macam nie memang sedap kalau dimasak bersos atau bersambal gini..sebab rasanya sangat manis dan segar cuma tak boleh makan selalu sebab kolestrolnya yang tinggi, sebenarnya masa beli tu ada size udang yang sangat besar tapi tak berani pulak saya beli maklumlah kalau dah besar sangat amik 4-5 ekor dah dekat sekilo harganya pulak boleh tahan mahal 35 hengget u...kesian nanti anak2 terkulat2 ajer tengok...so bila size nya kecik sikit dapatlah lebih sikit...ok membebel pulak saya nie...jom kita tengok resepi mudah di bawah kalau nak pedas sila tambahkan cili padi pada cili hidup blender tu saya cuma campak jer 5-6 tangkai supaya tak pedas untuk anak2..

Udang Sambal Bermangga

Bahan-bahan:

500gm udang sederhana besar - dibersihkan
4 batang cili hidup merah - diblender halus (kalau nak pedas sila tambah cili padi)
8 ulas bawang merah - diblender halus
3 ulas bawang putih - diblender halus
1/2 inci halia - diblender halus
2 labu bawang besar di belah 2 dan hiris kasar
6-7 tangkai cili padi (untuk campak dalam lauk udang bersambal nie)
1 biji buah mangga separuh masak - dadukan isinya
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram
1 sudu makan gula
sedikit garam
1/2 cawan air
sedikit mingyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak - goreng sebentar udang sehingga bertukar warna @ separuh masak angkat dan toskan.
2. Untuk menumis boleh gunakan minyak mengoreng udang tadi atau gunakan minyak yang baru, tumiskan cili blender bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang diblender halus tadi. Tumiskan sehingga naik minyak dan agak garing masukkan sekali gula 1 sudu makan sahaja.
3. Masukkan juga sos tomato dan sos tiram balik2kan dan masukkan sedikit air anggaran 1/2 cawan masukkan udang dan bawang besar yang dihiris tadi bersama mangga yang dipotong dadu serta campakkan cili padi, jadi bagi sesiapa nak rasa pedas pecahkan sendiri atau gigit la cili padi tu nanti..hehe..
4. Perasakan dengan garam sedikit tak perlu banyak sebab sos2 tu semua dah masinkan...masak sehingga agak memekat dan udang masak cantik padamkan api.  Hidangkan panas bersama Nasi Putih dan sayuran pilihan anda...sedap tak berapa pedas sesuai untuk anak2.

p/s untuk gmbar buat sementara sila la tengok di fb saya: Siti Zalekha Sheikh Ismail ok..

Apam Balik Lembut 3...

Assalamualaikum...

Apakabar kawan2 dan pengunjung ZLC semua semoga anda sentiasa sihat dan ceria2 selalu...saya nak mohon maaf sebab dah lama sungguh x bersiaran almaklum selain dari kesibukan tugas lappy kat rumah tu buat hal lagi...jadi terpaksa la bersabar sebenarnya dah ada 2-3 entry masakan yang nak saya kongsikan di sini walaupun masih lagi tak dapat masukkan gambar2 sebab masalah yang saya ceritakan tempoh hari tak apalah kan saya tuliskan sahaja resepinya mungkin kalau ada caranya nanti saya akan masukkan gambar kemudian ok..

Saya hari ini buat sarapan pagi apam balik sebab dh lama x membuatnyakan...rasa lebih puas bila buat sendiri anak2 semua pun suka sebab lembut sahaja rasa apam balik nie dan kalau nak lebihkan kacang tabur gan jagung pun boleh bila dimakan panas2 memang sedap..jadi saya dapat juga tunjuk pada aishah cara nak buat apam balik mana la tau bila anak2 nak buat sendiri pun boleh bila teringin nak makan mudah sahaja cara nak membuatnya..cuma apam balik saya kali ini gunakan susu tepung yang saya bancuh dengan air masih jadi juga walaupun x gunakan susu segar..orang kata apa2 ajer lah bahan yang ada dirumah boleh kita gunapakai...ok jom tengok resepi mudah di bawah ini yer saya juga pernah masuk resepi apam balik sebelum ini DISINI dan juga SINI


APAM BALIK LEMBUT 3

Bahan-Bahan

2 3/4 cawan tepung gandum
4 sudu makan penuh susu tepung
3 cawan air  - (bancuhkan dengan susu tepung)
1 sudu makan baking powder - rata
1/2 sudu makan bicabornate of soda - rata
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan gula pasir
sedikit garam
sedikit majerin/buttercup untuk lenser kuali dan sapu di atas apam balik

Bahan-Bahan untuk inti apam balik

11/2 cawan kacang tanah kisar - beli yang siap dikisar
1/2 cawan gula halus - (campurkan kacang tanah kisar bersama gula halus)
1/2 tin jagung cream style dalam tin

Cara:

1.  Ayakkan tepung dan bahan penaik masukkan dalam mangkuk adunan, masukkan juga gula dan garam,
2.  Dengan mengunakan whisk bancuhkan tepung dengan susu tepung dan air yang telah dibancuh tadi adunkan rata sehingga licin dan tidak bergentil.
3. Masukkan 2 sudu makan minyak jagung ke dalam adunan dan gaul sebali biarkan adunan dalam 15-20 minit.
4. Panaskan non stick pan, lenserkan dengan sedikit butter, masukkan dalam anggaran 1/2 cawan adunan apam balik dan biarkan dengan api yang perlahan sehingga permukaannya berlubang2 dan bila agak mengering terus taburkan dengan kacang tanah kisar yang telah digaul bersama gula rata2, dan taburkan juga dengan jagung dalam tin gunakan hujung sudu setompok2 ikut banyak mana yang kita suka.
5. Lihat bahagian bawah apam balik bila dah berwarna coklat cantik lipat kan dua, alihkan ke atas pinggan dan terus di sapu permukaan apam balik dengan butter. Buatlah sehingga habis ukuran apam balik yang saya buat ini dalam 5 inci, bila hendak menghidang boleh dipotong 2 atau 3. makan panas sedap tapi bila dah sejuk pun masih lembut lagi...cuba lah..

Note: Kalau nak lihat gambar apam balik sila ke facebook saya Siti Zalekha Sheikh Ismail ok kerana buat sementara ini gambar x dapat diupload di blog..

Saturday, December 1, 2012

Disember datang lagi...


Assalamualaikum...

Apa kabar kawan2  semua semuga kalian sentiasa sihat dan gembira disamping keluarga tersayang...saya alhamdulillah sihat cuma agak sibuk dan sentiasa menyibuk kan diri seperti biasa...hhehehe alahhh biasa la tu kan bila banyak kerja kita perlu gak untuk menghilangkan stress dengan mengumbirakan diri kita kan...emmm ada2 pulak saya nie kan..ok lah hari ini saya xder nak kongsikan apa2 resepi sebab seperti biasa memasak bila ada masa terluang ajerkan..dan kebanyakannya masakan2 biasa yang kerap kali dimasak dan diulang tayang so..belum ada yang saya potretkan...nantilah yer..lagi pula saya sedang mencari jalan untuk belajar macam mana nak upload gambar di blog seperti yang pernah saya tanyakan pada kawan2 di facebook tapi nampaknya belum ada respon la...huhu xperlah kita tunggu ajer lah sedikit masa lagi ekkk..

Ok hari nie aktiviti di 1 Disember hanya berjalan2 makan durian di Pontian bersama kawan saya...memang sedappp dan terbaik la durian 3 biji makan 2 orang pastu asoh yang jual durian di dusun tu siap bagi lagi 2 biji free..pehhh kenduri durian saya tadi...rasanya yang pahit2 manis xsampai 20 hengget tapi sangat berpuas hati..lain kali saya nk pi sana makan lagi...ada sesiapa nak ikut saya nanti jomlah kita makan2 durian di dusun asoh n apek di pontian..roger2 saya ok..

Sebelum mengakhiri n3 yang ntah bila akan ada resepi saya nak ucapkan selamat berehat2 n bercuti2 pada mereka2 yang bercuti dan bagi yang bekerja tu..selamat menjalankan tugas demi negara, agama dan bangsa dan yang utamanya untuk periuk nasi kita sendiri ok..salam sayang dari saya..muahhh..xoxo.

Friday, November 30, 2012

Bubur Asyura Berempah...


Assalam...apa kabar teman2 semua dan pengunjung2 ZLC yang saya sayangi, semoga kita semua dalam rahmat dan lindungan Allah hendaknya.  Alhamdullilah bertemu sekali lagi kita pada 10 Muharam pada tahun ini yang begitu banyak peristwa2 yang berlaku dalam kalender sejarah Islam yang telah saya muatkan di N3 sebentar tadi.. hari ini saya ada buat sedikit Bubur Asyura yang selalunya ada berbagai2 cara dimasak sama ada yang manis kalau orang2 sebelah utara Kedah, Perak, Perlis dimana Asyura mereka lebih kental dan dipotong seperti kueh talam dan begitu juga di sebelah pantai timur pula negeri2 di Kelantan dan Terengganu ianya dimasak pekat dan diletakkan dalam talam atau loyang dan boleh dipotong tapi rasa dia agak berlainan kerana menggunakan rempah dan berdaging yang di siat2 kalau x silap saya..sebab saya selalu juga dapat makan Asyura yang dibuat oleh rakan2 guru dari pantai timur...dan yang biasa dibuat oleh orang2 sebelah johor adalah bubur Asyura yang berempah dan lemak2 masin dengan bahan2 campuran yang pelbagai.. Tapi pada kali ini saya buat bubur Asyura yang agak mudah dan tidak terlalu banyak bahan campuran saya cuma gunakan kentang, karet dan daging bersama rempah2 dan bawang...ok marilah kita tengok resepi seperti di bawah ini ok..kalau nak buat yang banyak bahan2 boleh sahaja campur, keledek, keladi, labu, kekacang, jagung dan macam2 lagi yang bersesuaian..

Bubur Asyura Berempah..
Bahan-Bahan

3 pot kecil beras dicuci bersih
Air secukupnya - untuk masak bubur
1 1/2 cawan santan pekat
4 biji kentang dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
2 batang lobak merah dipotong dadu - masuk dalam rebusan bubur
400 gm daging dipotong kecil - rebus dengan sedikit air dlm periuk berasingan  hingga empuk
12 ulas bawang merah - diblender halus
5 ulas bawang putih - diblender halus
1 1/2 halia -diblender halus
4-5 sudu makan rempah briyani ( dicampur  dengan sedikit air dan kacau jadikan pes)
sedikit garam
Untuk Hiasan: Bawang goreng dan daun sup/daun bawang dihiris halus

Cara:
1. Bubur dimasak sehingga hancur dan berkanji,  masukkan juga kentang dan karet, bila kentang dan karet dan agak empuk masukkan daging yang telah direbus bersama kuahnya
2. Masukkan bawang dan halia yang diblender, rempah briyani yang dijadikan pes tadi, kacau dan biarkan bubur mendidih dan masak  elok, masukkan pula pati santan, kacau sebati dan masak dengan api yang kecil
3. Perasakan dengan garam masak sehingga bubur sebati dan pekat sedikit baru di matikan api.  Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang jika rajin boleh juga di buat telur dadar nipis yang digoreng dan dihiris halus. 

Bubur ini kalau makan dengan rojak tahu pun sedap tapi kali ini saya gandingkan dengan chutney Limau Jeruk bersantan..lain kali saya beri resepi chutney yang sedap ini yang selalu di buat oleh arwah ibu saya dulu2..

p/s: MOHON MAAF SAYA SEPATUTNYA MASUKKAN ENTRY YANG INI PADA HARI SABTU LEPAS IAITU SEMPENA 10 MUHARAM TAPI OLEH KERANA ADA SEDIKIT MASALAH SAYA TAK DAPAT UPLOAD GAMBAR DI SINI LAGI KERANA MENURUT BAHASA INTERNET NYA SAYA DAH MENGGUNAKAN SEPENUHNYA PICASA WEB ALBUM SEPENUHNYA SBNYK 1 GB MAKA KENA  BUAT PEMBELIAN KALAU NK UPLOAD PICTURE SAPER2 YANG TAHU CARA NAK UPLOAD TANPA PERLU PEMBELIAN DI INTERNET AJARKAN PADA SAYA OK...ANYWAY THANKS IN ADVANCE ALMAKLUM SAYA MEMANG X PANDAI PUN..SALAM SAYANG DARI SAYA DI ZLC..

Saturday, November 24, 2012

Hari Asyura - 10 Muharam..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di hari Asyura pada tahun ini dan berikut adalah sedikit dari peristiwa hari Asyura yang saya petik dari Laman Wikipedia untuk kita hayati bersama.. 
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
Begitulah sedikit sebanyak peristiwa2 yang berlaku pada hari Asyura yang saya petik dari Laman Wikipedia..dan amalan2 yang digalakkan pada Hari Asyura seperti puasa sunat, hubungkan silatulrahim, sedekah, mandi sunat, pakai celak  bagi lelaki, potong kuku, ziarah orang alim, ziarah orang sakit, sapu kepala anak yatim, luaskan makanan pada ahli keluarga, baca surah Al-Ikhlas seribu kali, baca Zikir berikut 70 kali: Hasbunallah wani'malwakil, ni'mal maula wani'mannasir.

Thursday, November 22, 2012

Al-Fatihah..


Assalamualaikum..

Salam pagi Khamis 22 November 2012, apa kabar kawan2 serta pengunjung2 ZLC yang saya sayangi, semoga semuanya dibawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya, saya agak lama tidak bersiaran kerana ada peristiwa yang berlaku pada kami dimana adik ipar saya, iaitu suami Bedah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin lepas..semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman.  Semoga adik saya Bedah dan saya juga terus diberikan kekuatan dan tabah tmenghadapi ujian yang diberikan ini, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul, insyaAllah saya dan adik beradik yang lain akan sama2 membantu membesarkan anak2 yatim seramai 5 orang ini.  Pastinya segala ujian yang Allah berikan ini ada hikmah disebaliknya..

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada  guru2 di SKPT 2 terutamanya Guru Besar Pn. Hjh Khatijah, Cikgu Rohayati, YDP PIBG sekolah En Sabar, Abg Zainal, En. M.Zin, Kak Wan Malinja, kak Ros, Kak Maria, dan semua yang telah sama2 membantu semasa adik ipar saya rebah di perkarangan sekolah dan di bawa ke Hospital Sultanah Aminah dan sehingga selamat di semadikan di tanah perkuburan Mahmoodiah selepas waktu Isya 19 November lepas. Kepada semua yang menziarahi serta ucapan2 takziah serta doa yang kalian berikan serta sumbangan yang dihulurkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Kepada anak2 buah semua tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk terus menjalani kehidupan ini..kepada anak2 Adam, Hawa, Said, Sara dan Aina, mak Jay tahu kalian anak2 yang sangat kuat semangat dan kepada Said @ yeyed yang baru mendapat keputusan 5A dalam UPSR semoga said dapat meneruskan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, tumpukan pada pelajaran dan menjadi anak yang cemerlang kelak..begitu juga kepada anak2 semua..walaupun kalian telah ketiadaan ayah, teruslah menjadi anak2 yang soleh dan soleha doakan untuk ayah kalian kerana doa seorang anak tidak akan putus dan tiada hijabnya. Sentiasa membela nasib ibu sentiasa mendengar nasihat ibu dan yang penting jaga tingkah laku kalian, beramal ibadah, pastinya Allah sentiasa bersama kita.

Friday, November 16, 2012

Bebola Sardin


Assalamualakum...

Apa kabar kawan2 dan pengunjung2 ZLC..semoga kalian semua sehat sejahtera di samping keluarga dan tugas2 harian.  Berjumpa sekali lagi di hari Jumaat yang penuh bakarah ini...rasa macam pantas betul masa berlalu dah separuh dari bulan November kita lalui...ohhhh cepat betulkan...mudah2an semua kerja2 yang perlu dibereskan dalam tahun semasa dapat disiapkan, insyaAllah boleh la tu ekk. tapi kerja2 yang mudah ajer..ok kita biarkan cerita kerja yang perlu saya bereskan tu...hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi tertunggak yang selalu juga saya buat tapi tak pernah di masukkan ke dalam blog iaitu sardin ball yang sesuai dibuat kudapan atau juga di buat untuk makan2 bila2 masa sahaja rasanya yang ala2 begedil tapi mudah untuk disediakan ini memang sedap dan agak unik..sebab gunakan ikan sardin dalam sos tomato..(tin) bagi sesiapa yang x makan sardin tu minta maaf la yer mungkin anda boleh gantikan dengan apa2  yang difikirkan bersesuaian sebab yang ini memang resepi berasas sardin...jom kita tengok resepi muda di bawah..

Bebola Sardin
 Bahan-Bahan:

1 tin sardin -(400 gm) saya guna sardin botan
350 gm biskut krim cracker - dihancurkan
2 labu bawang besar - didadu halus
12-15 batang cili padi di hiris/cincang halus (kalau nak lebih pedas boleh tambah) / atau boleh ganti cili hidup bagi yang x suka pedas cili padi
1 pohon daun bawang dan daun sup - dihiris halus
2 biji limau kasturi ambil jusnya
sedikit garam
3 biji telur - untuk celop sardin ball
minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Sardin dilecek, gunakan sekali kuah tomato sardin masukkan dalam sebuah mangkuk bersama sardin yang dilecek, biskut krim cracker yang di hancurkan, bawang besar di dadu halus, cili padi cincang, daun sup daun bawang hiris, garam, jus limau kasturi, gaul rata kesemua bahan.
2. Ambil sedikit adunan yang telah di gaul rata tadi dan jadikan bebola sebesar fish ball yang comel2 sahaja, buatkan sehingga abis adunan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali, celupkan sardin ball ke dalam telur yang dikocok manja dan gorengkan sehingga kuning keemasan, macam kita goreng begedil. Angkat dan toskan sardin ball. 
4. Hidangkan panas atau dah sejuk pun masih sedap lagi..bersama sos atau pencicah pilihan anda, cili sos ke mayonis ke...sedappp cubalah..


Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah...1434

Assalamualaikum..Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam di seluruh dunia..

CP - Pengantin Cikgu Farees n Nilai 3


Assalamualaikum..dan salam alam maya untuk semua yang sudi menjengah ke blog Zalekha Luvs Cooking..setelah tidak bersiaran hampir seminggu  kini saya muncul kembali dengan sedikit CP@catatan perjalanan semasa saya mengikuti rombongan ke Raub, Pahang pada 13 November 2012..semalam la tu dan perjalanan diteruskan ke tempat membeli belah yang terkenal di Negeri Sembilan..iaitu Nilai 3...first time tu pi sana, tu yang macam jakun sikit tempat ini rasanya dah lama beroperasi..ok lah jom kita sembang2 mak leha sambil lihat beberapa keping gambar yang saya dan anak2 buah  tolong snap..

Saya bersama 2 orang anak buah saya Iqin dan Yeyid serta adik bff saya cikgu Su n adik Bad  turut ikut sama dalam rombongan cik Kiah ke Raub, Pahang telah berkumpul seawal 4.30 pagi..time orang semua sedang sedap beradu diulit mimpi indah ke ngeri x tau la tu...hehehe saya awal lagi dah bngun dalam jam 3pg sebabnya nak gorengkan bebola sardin yang nak di bawa untuk kudap2an semasa dalam bas..dah siap semua baru saya kejutkan anak2 mandi...sejuk betullll pepagi hari nak berjalan kena mandi tapi semangat tu tetap berkobar2...naseb baiklah saya dah ok sikit sebab 2 hari sebelumnya saya sepatutnya join family day @ Pelangi Balau Resort anjuran kelab guru sekolah saya tapi oleh kerana x berapa nak sihat saya x pergi...  Anak2 bila di ajak berjalan memang suka sanggup bangun pagi kalau tidak time2 tak sekolah pukul 8 pun x bangun lagi..

Perjalanan kami bertolak pada jam 5 pagi dan sampai ke RnR Machap pada jam 6 lebih kot untuk solat dan sarapan pagi.. makan untuk sarapan cikgu su bawa roti 2 bantal dan scramble egg with mayonis+onion+chili yang tak sempat di sandwich--kan..so saya apa lagi dekat tempat makan RnR tu jugak la bukak table utk buat sandwich saper nak join makan tiada charge dikenakan FOC jer u... ada akak kesah muahahaha..sukati saya ajer..tapi air panas tetap la di beli...k abis citer bekpes teruslah perjalanan melalui KL dan lalu highway karak nak ke bentong dan Raub seterusnya rumah pengantin di Felda Tersang 3..mak aiiiii jalannya memang smooth ajer...tapi naik kematu gak punggung dok 8 jam dalam bas...ada gak yang serik xmo lagi pi ikut rombongan cik kiah cenggini..akak ok jer tp xleh selalu2..klau naik flight xkisah la 4-5 kali setahun pun akak sanggup...hahhaha.. jadi perjalan yang naik bukit turun bukit naseb baik bas tak semput cuma yeyed ajer yang termuntah dalam plastik sebelum nak sampai umah pengantin.

 Sampai ke destinasi dekat jam 1 jugak..penat sehhh tapi alhamdulillah berbaloiii gak kami dilayan baik oleh pengantin sendiri cikgu Farees yang sentiasa sporting dengan wife dia Ayu thank you to both of u gan family sebab layan kami dengan baik dan makanannya pun sedapppp cuma saya lupa nak ambil gambar sebab lapor nyer fasal...mcm2 ada nasi putih nasi minyak, lauk2 ikan patin masak gulai tempoyak best..ada, nenas  gan ikan talang masak lemak, ada gulai kawah daging ada ikan talapia goreng berempah kot sebab saya x makan yang ini syok makan ikan patin jer..hehe..macam2 lagi lah...dan selepas makan sesi bergambar
dengan pengantin yang memang encem dan macho macam hero industan...opss mcm syamsul yusof director jutawan tu..opss yer ker?? tapi yang pastinya cikgu Farees memang kacak orang nya mendapat pasangan pun ayu jelita yang kebetulan nama pun Ayu..

Dah selesai sesi fotografi kami pun beredar untuk teruskan satu lagi destinasi yang kesemua cik2 kiah gan pak2 kiah tunggu iaitu bershopping ke Nilai 3..sampai di nilai dekat jam 6 petang diberi masa dalam 1 jam untuk pirau2 atau bagi sesiapa yang nak memborong segala maknikam barang memang murah2 tapi saya cuma servey2 aje saya cuma belikan anak buah b2 tu t-shirt gan aina comel baju tido..sara pun xdapat sebab salah size..huhu..kesian lak kat sara...takpe next time boleh beli lagi..selepas acara intai2 n shopping ala2 ciput ajer tu perjalanan kami teruskan utk blik ke JB singgah di RnR pagoh utk solat dan makan malam yg ditaja gak???tq ek abg R...hahaha sdap nasi ayam..dan pastu terus balik smpai di hadapan sekolah jam 12 tgh malam penat sangat2 n sempat mandi dulu trus tido sbb hari ini bekerja walaupun megantokz.....ok dah panjang sangat saya bercerita jom ler kita tengok2 gambor yg ada tp mutu gambar kureng memuaskan biasa la kan diambil oleh photographer pro guna camera cap ayam..hehehe...hingga bertemu lagi salam sayang dari ZLC...muahhhhh..



Friday, November 9, 2012

Cuti Sekolah. Family Day di Pantai..Cuti2 M'sia??


Assalamualaikum...

Salam Jumaat untuk semua kawan2 dan pengunjung2 Zalekha Luvs Cooking yang saya sayangi...hari jumaat 9 November 2012 merupakan hari terakhir sekolah...bagi tahun 2012 kerana esok bermula cuti sekolah yang panjang untuk anak2 dan adik2 yang bersekolah..seronok pulak rasa bila dah mula cuti sekolah...tentu banyak acara2 atau percutian bersama keluarga yang dirancang oleh ibubapa diluar sana yang mengambil peluang untuk membawa anak2 berjalan pada musim cuti sekolah ini...

Saya pula suka akan suasana cuti sekolah sebab bila bekerja di sekolah keadaan sekolah akan lebih aman dan tenteram bila ketiadaan murid2..tapi mesti sunyi juga kan sebab tak dapat berjumpa dengan adik2 serta rakan2 guru melainkan mereka dipanggil untuk bertugas pada cuti sekolah ini...Kepada guru2 atau sesiapa sahaja ibu bapa yang bercadang untuk balik ke kampung halaman masing2 di ucapkan selamat bercuti di kampung...pasti seronokkan kalau ada kampung.. dan bagi yang tak ada kampung boleh juga lah berjalan2 ke destinasi pilihan anda kerana begitu banyak tempat2 menarik yang boleh dikunjungi semasa cuti sekolah ini..saya awal cuti ini akan pergi mengikuti hari keluarga di Pelangi Balau Resort..bersama2 keluarga SKPT2..2 hari jer ahad dan isnin, pastu pada hari Deepavali pulak nak berjalan2 rombongan Cik Kiah ke Raub Pahang menghadiri perkahwinan cikgu Ahmad Farees n acara shopping2 di Nilai 3...wahhhhh bestnya...tapi wang besar xder..huhu saper nk belanjer saya..

Jadinya buat sekian kalinya tak ada entry masak2 di sini ok mohon maaf banyak2 yer kawan2...insyaAllah bila ada kesempatan saya akan bersiaran lagi kalau ada cerita2 menarik..hingga bertemu lagi salam sayang dari saya..xoxo..muahhh.