Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Monday, December 10, 2012

Apam Bakar@ Serabai Dengan Kuah Serawa Durian..

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan apa khabar kawan2 semua, diharapkan semuanya berada dalam Rahmat dan Lindungan  Allah hendaknya..hari ini saya nak berkongsi resepi mudah yang sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang.  Saya buat apam bakar ini pada hari sabtu lepas mengunakan adunan 500 gm tepung tapi dapatnya banyak jadi bagi mereka yang tak berapa ramai dirumah tu boleh kurangkan sukatannya.  Apam Bakar ini selain dari makan dengan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam juga boleh dimakan dengan syrup gula melaka yang pekat macam yang selalu dibuat oleh orang2 Melaka tapi kali ini saya gandingkan apam ini dengan serawa durian sedap jugak sebab tengah musim2 durian nie kan...jom kita semak resepi di bawah..

Apam Bakar @ Serabai..

Bahan-Bahan:

500 gram tepung gandum
2 camca teh yis kering - mauripan/kajang
4 sudu makan gula pasir
secubit garam
800 ml air - (lebih kurang - adunan apam ini perlu tidak terlalu pekat atau terlalu cair)
sedikit minyak masak/jagung - saya guna minyak jagung untuk lenserkan pada kuali non stick

Cara:

1. Masukkan tepung, yis kering, gula dan  sedikit garam ke dalam mangkuk adunan gaul rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan pukul dengan whisk hingga rata dan tidak bergentel.
2. Lihat pada kepekatan adunan apam ini jangan terlalu pekat atau cair, bila dah gaul rata dan sebati, biarkan dalam 1 jam atau hingga adunan naik. dua kali ganda.
3. Panaskan non stick pan dan lenserkan dengan sedikit minyak jagung atau minyak masak. gunakan senduk kecil untuk membuat apam bakar bersize kecil, kalau non stick pan size besar 10 inci boleh bakar 4 keping sekaligus.
4. Masak gunakan api yang sederhana kecil, bila permukaan apam berlubang2 dan agak kering balikkan apam, tunggu sebentar supaya bahagian yang diterbalikkan tadi masak macam kita buat pancake, angkat dan buatlah sehingga habis.. (kalau gunakan adunan di atas dapat banyak - sila kurangkan atau bahagi 2..ok) hidangkan bersama serawa durian atau bersama kelapa parut putih yang di gaul dengan sedikit garam.

P/s: Adunan Apam Bakar ini juga boleh dikukus - jadilah apam gandum atau apam kampung.


Serawa Durian

Bahan-Bahan:

Semangkuk (1liter) Isi Durian - lebih banyak lebih sedap..hehe
1 cawan gula pasir - (kalau taknak berapa manis kurangkan kepada 3/4 cawan)
Santan - 1/2 kg (beli yang telah siap di pasar)
Air lebih kurang 1 liter
secubit garam
2-3 helai daun pandan

Cara:

1. Masukkan isi durian kedalam periuk bersama air dan daun pandan, rebus hingga mendidih baru masukkan gula, kacau dan masak hingga gula cair dan isi durian agak lembut dan sebahagian lerai dari bijinya.masukkan sedikit garam.
2.  Masukkan pula santan dan gaul sentiasa supaya santan tidak pecah minyak dan serawa durian masak cantik dan agak memekat. Padamkan api dan hidangkan bersama apam bakar. Serawa durian juga sesuai dimakan bersama pulut yang ditanak atau roti putih.

Nota:  Untuk melihat gambar sila ke facebook saya Siti Zalekha binti Sheikh Ismail..gambar yang masih tak dapat diupload di blog akan diusahakan harap maaf yer kawan2 atas kesulitan ini...  


No comments:

Post a Comment