Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, June 1, 2012

Betik Muda Masak Bening....hirup gitu saje pun sedap..

Salam semua...bertemua sekali lagi kita pada hari ini...bila dah ada semangat nak menulis ini baiklah saya masukkan entry tertunggak di blog...dan setelah ditinjau gambar2 masakan yang telah disnap saya nak berkongsi dengan anda semua resepi yang mudah,  resepi orang2 melayu dari berzaman dulu telah masak lauk sebegini.  Memandangkan betik mudah didapati dikebanyak rumah tak kiralah sama ada di kampung atau di bandar...begitu juga di halaman rumah saya ada sepohon betik yang boleh tahan berbuah dan setakat ini dapat dimakan betik sama ada yang masak ranum atau dibuat sayur.  Kalau nampak betik yang muda dan mengkal sebelum masak tu memang x boleh ditahan2 rasa tekak nie teringinkan lauk bening betik.

Sebenarnya kalau betik yang mengkal dibuat sup sayuran begini memang sedap sebab rasa dia yang manis2 manja dan pedas2 sedikit sebab dicampurkan dengan sedikit lada hitam. Kalau lauk bening macam nie saya suka hirup sahaja panas2 tak payah makan dengan nasi...memang sedap..lebih2 lagi kalau tekak tak berapa selera nak makan atau nak demam cuba lah masak bening betik muda pasti menghangatkan suhu badan kita..Jom kita semak resepi mudah dibawah ini.

Betik Muda Masak Bening...

Bahan-Bahan:

1 biji betik muda@mengkal yang sedang dikupas kulitnya dan dihiris
8 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu makan udang kering - direndam sebentar dan ditumbuk
1 - 1/2 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
2 helai daun kunyit, siat dan simpulkan
air secukupnya lebih kurang 6-7 cawan (bergantung pada banyak kuah yang kita hendak)
gula 1 sudu makan
garam secukup rasa

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk yang dimasukkan bawang tumbuk, udang kering dan lada hitam yang ditumbuk.
Bila air dah mendidih bersama bahan rencah tadi masukkan betik yang telah dihiris2 dan juga daun kunyit yang disimpul. Kalau ada daun selasih juga boleh dimasukkan.
2. Masak sehingga betik agak empuk masukkan garam secukup rasa.  kalau  suka masukkan serbuk perasa..saya tak guna serbuk perasa cuma gantikan dengan 1 sudu makan gula sahaja.
3. Apabila lauk bening betik dah mendidih seketika dan masak boleh padamkan api dan hidang kan panas2 sama ada dengan nasi putih dengan lauk pauk yang bersesuaian atau dimakan begitu sahaja hirup panas2 sedappp..

5 comments:

  1. bwtui ka sedap? ghasa dia mcm mana, kami nk try buat ah, tq

    ReplyDelete
  2. Mmg sedap ni.sama mcm resipi mak saya masak. Terliur dahhhh. Kebetulan mlm ni adik saya nk dtg bg betik tu. Mlm ni jugak nk msk. Mkn ramai2.

    ReplyDelete
  3. Saya juga nak cuba masak hari ni .

    ReplyDelete
  4. Konfirm buat hari nii,berhajat sangat ni..InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. Mak saya suka masak ni. Sedap

    ReplyDelete