Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..
Showing posts with label Breakfast. Show all posts
Showing posts with label Breakfast. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

Hot Dog Ala Amerika...apa2 jerlah..

Hai..bersiaran sekali lagi saya pada petang rabu ini..saje2 jer sementara line pun ok keje2 pun banyak yang di bereskan pagi tadi so pepetang nie dapatlah mengupdate tu pun resepi yang sempoi lagi senang bukan resepi ek namanya apa yer benda yang kita buat nie semuanya memang instant cuma di susun atur serba sikit maka terhasil roti ala2 yg digemari oleh orang putih tapikan semua ler orang hitam ke coklat ke kuning langsat ke semua la suka makan benda2 yang simple2 nie sebab x banyak kerenah nak membuatnya dan yang penting kenyang..oklah untuk sape2 yang mencari idea untuk breakfast ke atau makan bila2 masa pun boleh.. jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.


Hot Dog ala Amerika

Bahan-Bahan:

4 sausage - di celur/rebus sekejap aje
4 roll bun - boleh gunakan roti hot dog apa2 jenama
daun salad secukupnya
hirisan timun secukupnya
hirisan tomato secukup - saya guna tomato ceri sebab tomato besar xder
sedikit butter untuk sapu dalam roti
sedikit mayonis untuk drizzle  atas hot dog
sedikit chili sos untuk drizzle atas hot dog

Cara:  Roti roll bun di belah di tengahnya jangan sampai putus, sapu di tengahnya dengan sedikit butter, kukuskan sekejap aje. Susunkan daun salad, tomato dan timun di tengah belahan roti dan letakkan sebatang sausage yang di celur tadi. Drizzle kan dengan mayonis dan chili sos. Sedia untuk di makan.  senangkan budak kecik pun boleh buat..jom mkn hot dog kawan2.






Wednesday, March 4, 2015

Lempeng Kelapa @ Coconut Pancake

Salam Rabu untuk semua...dah sarapan lum..hari ini saya nak sharekan resepi sarapan pagi yang amat mudah dan sedap makanan kampung aje ni iaitu lempeng kelapa yang di makan bersama sambal tumis ikan bilis tapikan...ada tapinya saya dah modenkan sikit lempeng kelapa ini saya jadikan bentuk pancake dan bahan2nya masih kekal sama tepung gandum dan kelapa parut putih sebagai bahan asasnya dan saya letakkan pula baking powder so jadi gebusss la lempeng saya nie. kalau nak dikembalikan pada kejadian asalnya cuma cairkan sedikit adunannya dan x payah masukkan baking powder..jom arr kita tengok resepi yang very the simple nie ok...

Lempeng Kelapa @ Coconut Pancake

Bahan-Bahan:

2 cawan kelapa parut putih
2 cawan tepung gandum
1 camca teh penuh - baking powder
1/2 camca teh garam
2 cawan air
minyak masak untuk lenserkan pada nonstick pan
Sambal tumis bilis secukupnya.

Cara:

Gaulkan kelapa parut bersama tepung gandum, baking powder dan garam sehingga rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan di gaul sebati. Panaskan sedikit minyak masak dalam non stick pan dan letak satu senduk adunan lempeng kelapa tadi masak pada api sederhana, bila dah keperangan balikkan. Buat sehingga habis adunan lempeng tadi. Hidangkan panas bersama Sambal tumis ikan bilis.






Monday, February 16, 2015

Salad Kentang - Bento @ Bekalan ke Sekolah


Salam  Isnin untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi..minggu nie rasa macam cepat sangat masa berlalukan kawan2 sebab dah nak Tahun Baru Cina pada Khamis nie..mood nak bercuti pun dah mula datang..muahaha bersabarlah yer wahai cik leha kerana banyak kerja2 yang perlu dibereskan..oklah hari ini saya hanya nak sharekan satu lagi resepi mudah yang sesuai di makan bila2 masa tapi saya buat untuk sarapan anak2 buah saya yang nak ke sekolah. Semenjak berjinak2 buat bento atau bekalan untuk Aina dan Sara mereka pun mulalah sering bertanya esok pagi mak jay nak buat sarapan apa.. Sebenarnya mencari idea untuk membuat sarapan yang agak lengkap yang mengandungi protin, karbohidrat, vitamin dan nutrisi makanan yang dipelbagaikan agak sukar juga..

Tapi oleh kerana minat untuk menyediakan sesuatu yang berkhasiat buat bekalan atau bento anak lebih2 lagi yang berwarna warni jadi keterujaannya lebih..alhamdulliah kalau ada masa saya akan kongsikan bento anak2 ke sekolah yer manalah tau boleh memberi sedikit pada ibu2 yang nak sediakan bento bagi anak2 mereka.. Ok jom kita tengok resepi yang pernah saya muatkan DISINI.dan saya pastekan sekali lagi disini ok.

Salad Kentang 

Bahan-Bahan:

5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
3 sudu makan  besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada putih (boleh guna serbuk lada hitam tp utk anak2 sya ganti serbuk lada putih)
sedikit garam dan gula untuk perisa.

Cara:

1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada putih
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan.  Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja.  sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.

Bahan Sampingan

Sosej secukupnya - di potong kecil dan dikelar2 sedikit
Sayuran - 1/2 batang karet - dipotong kecil 
sedikit Kobis bung - di potong kecil 
sedikit minyak zaitun

Semua bahan di atas sosej dan sayuran boleh dipan grill guna non stick pan atau masuk dalam oven.
Hidangkan bersama salad kentang . Sesuai untuk dibuat sarapan atau bekalan anak ke sekolah..






Sunday, February 15, 2015

Baked Mini Cheesy Omelet


Salam Ahad salam hujung minggu buat semua saya hari ini bekerja jadinya permulaan minggu la kot..bukan hujung minggu.. oleh kerana hari ini bekerja dan sekolah saya pagi2 lagi dah mem-baked cheesy omelet atau dalam bahasa melayu nie Telur Bakar Berkeju..cewahh macam mewah sangat kan bunyi breakfast yang saya buat pagi ini..tapi sebenarnya ianya amat mudah dan sesuai untuk dibawa bekal untuk anak2 ke sekolah.  Selain ianya berkhasiat dan dan sedap bila dah dihiaskan menarik ala bekal bento kemain suka lagi anak2 dapat bekalan yang cantik..ada telur omelet bercheese dan juga buah2an.. sesekali memanjakan anak2 apasalahnyakan...hahaha. Jom kita tengok resepi di bawah..tqsm untuk pemberi idea utk resepi ini yang saya lihat di Group Resepi Ringkas FB yang saya sertai..
bento untuk anak2 pi sekolah tadi pagi,,

Baked Mini Cheesy Omelet

Bahan-Bahan:

5 biji telur ayam
10 biji bebola daging - dipotong kiub kecil
1 batang karet - dipotong kiub kecil
4 shitake mushroom segar - di hiris kecil
1 pohon daun sup - dihiris halus
1 labu bawang besar - didadu
3 sudu makan cream cheese
3 keping keju
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk ayam maggie
sedikit garam
sedikit butter untuk di sapu pada muffin tray

Cara:

1. Mula-mula rebuskan sebentar bebola daging yang dipotong kiub bila air dah mendidih masukkan karet sebentar sahaja. angkat dan toskan airnya.
2. Pukul telur bersama cream cheese dan serbuk lada sulah serta serbuk pati ayam maggie dan sedikit garam, masukkan pula bawang besar yang didadu.
3. Lenserkan Muffin Tray dengan sedikit butter, masukkan kiub kebola daging, kiub karet yang di celur sebentar dan taburkan juga dengan hirisan cendawan shitake segar bersama daun sup,
4. Setelah siap mengisi muffin tray dengan bahan2 tadi masukkan pula bancuhan telur sesenduk kecil setiap satu dan letakkan keju yang dipotong 4 setiap satu. Adunan ini cukup untuk 12 keping omelet.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 25 minit. Bila dah masak keluarkan dari acuan muffin dan hidangkan. sedap cubalah..







isikan bahan2 dalam muffin tray






Sunday, February 8, 2015

Corn Soup With Crunchy Crouton for Breakfast..


Salam Ahad untuk semua..dah nak masuk waktu mkn tengah hari baru saya ada kesempatan masukkan entry breakfast, x menghagak ek tajuknya kemain ler omputih sesangatttt kannn..hahaha sebenarnya resepi yang saya nak kongsi ini seakan sup cendawan yang selalu saya buat yang digemari oleh anak2 buah ku dan hakak jugak..cumanya bahannya dah tentulah berlainan sedikit kerana menggunakan jagung dan dalam sup ini kita tak perlu letak susu segar atau susu cair, Perlu masukkan telur yang memberi efek seakan sharkfin sup pehhh macam2 lah pulak ek..

Sup ini sedap dimakan dengan roti bakar atau roti bakar mentega berbawang putih juga tapi kali ini ada sedikit kelainan saya gandingkan dengan crouton yang di buat menggunakan roti yang berusia 2-3 hari yang dibakar dalam oven selama 15-20 minit sehingga garing..dan lagi satu nk crita kalau omputih yang but croton potongan nya kiub agak kecil tapi saya gunakan roti putih biasa bantai ajerlah potong kasar sikit..puhhh panjang lak intronya jom tengok aje lah resepi di bawah ok kawan2...

Corn Soup @ Sup Jagung

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan jagung ala krim dalam tin
6 cawan air
1 labu bawang besar - di dadu halus
4 ulas bawang putih - dicincang
2 sdt serbuk ayam maggie
1 sdt serbuk lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit
1/4 cawan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam
dan sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk tumiskan bawang putih cincang bersama bawang besar dadu di tumis sehingga layu dan berbau harum, Masukkan air dan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam maggie, dan jagung ala krim dalam tin.
2. Masak sehingga sup mendidih masukkan pula telur yang dipukul manja sambil di kacau agar nampak macam sharkfin sup dan masukkan juga bancuhan tepung jagung sebagai pemekat.
3. Akhir sekali perisakan dengan garam secukup rasa dan bolehlah dihidangkan dengan crouton atau pun garlic bread mana2 pun boleh..selamat mencuba ok..sedap sup ini pasti anak2 suka.

Cara membuat Crouton

Potongkan roti sama ada bentuk kiub atau besar yang kita suka..boleh gunakan roti putih atau juga roti perancis. Susun dalam dulang dan bakar selama 15 minit sehingga roti garing bukan hanggus yer..saya gunakan roti putih dan roti wholemeal. Bila dah garing roti ini boleh di simpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga digunakan untuk sajian salad yang di taburkan dengan crouton.


Monday, January 26, 2015

Sup Cendawan Segar..home made

Assalamualaikum dan salam Isnin buat semua.. pagi ini nak kongsi sarapan ala2 omputih kat sini...yer ke omputih makan sup cendawan pepagi hari..xkisahlah dimakan bila2 pun kan..yang pentingnya bagi pengemar2 sup cendawan a.k.a mushroom soup ala2 pizza hut tu boleh ler cuba buat sendiri selain ianya lebih sedap dari yang dibeli opss cewah puji diri sendiri nampak ahkak.. jimat bila masak sendiri dapat banyak dan puas makan jika anak2 ramai ler..bagi orang yang x berapa nak suka makan sup cendawan macam nie next time saya masukkan entry sup jagung pulak ek..tunggu ler bila saya memasak nnti ek..berhajat nak buatnya dah lama tp asik la penyakit M nyer menebal..kikiki..okeh xmo celoteh lebih panjang coz banyak lg kerja yang perlu di bereskan..jom kita semak resepi mudah ini yang telah di baik pulih dari resepi2 yang lalu untuk dapatkan hasil yang lebih baik..

Sup Cendawan Segar

Bahan-Bahan:

500 ml susu segar
1 1/2 liter air
6 kuntum cendawan shitake segara - dihiris
1 labu bawang besar - di potong dadu
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 camca teh serbuk lada hitam kasar
1 1/2 kiub ayam (maggie/knorr ) mana-mana boleh
1/4 cawan tepung gandum - dibancuh dengan air utk pemekat sup
garam sedikit sahaja (dah ada kiub ayam takut masin nanti)
sedikit minyak masak/ minyak jagung untuk menumis

Cara:

1. Mula2 panaskan minyak dalam kuali/periuk tumiskan bawang putih, bawang besar dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula cendawan shitake segar dan serbuk lada hitam kasar. tumis sebentar sahaja tak perlu lama. padamkan api dan sejukkan sebentar. Masukkan bahan2 yang ditumis ini ke dalam blender dan kisar halus.
2. Langkah seterusnya didihkan air dalam periuk masukkan bahan2 yang ditumis tadi bersama kiub ayam. Bila dan mendidih masukkan pula susu segar dan kacau kan selalu masukkan pula tepung gandum yang dibancuh bersama sedikit air tadi sebagai pemekat. Masukkan pula sedikit garam dan rasakan kesesuaian rasa masinnya. Bila dah masak padamkan api dan hidangkan bersama Garlic Bread atau roti yang di panggang di sapu butter.  Sedap cuba tau kawan2..




Sunday, October 12, 2014

Garlic Butter Spread ~~buat sendiri..

Assalamualaikum..salam ahad untuk semua pengunjung2 ZLC yang saya kasihi..selamat berhari minggu kawan2 seronoknya bagi yang dapat bersantai di rumah atau berjalan2 hari ini kan..oklah x boleh nak jeles2 sangat sebab bekerja.. ada time terluang dapat gak jengah2 ke lelaman sesawang yang tidak diharamkan oleh bigbosskpm dah cukup baik..so hari nie akak nak kongsikan dengan sape2 yang suka makan garlic bread ala2 pizza hut atau domino pizza tu resepi nak buat garlic butter yang sangat mudah..kalau nak beli sapuan mentega berbawang putih (opps bahasa melayunya dh kuar) di pasaran agak mahalkan so jom kita buat sendiri dapat banyak jugak dan sedappp uolls x caya cer buat.. sapu atas roti perancis bakar dalam oven atau non stick pan..baunya semerbak serumah..wallahhhh.  Selalunya garlic bread digandingkan dengan mushroom soup kan tapi kalau kita makan dengan sup ke stew atau cicah kari pun sodappp tau kawan2 jom kita tengok bahan2 berikut:

Garlic Butter Spread

Bahan-Bahan:

150 gram - butter
4 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak zaiton @olive oil
Fresh Parsley - cincang
(saya x der daun parsley so gantikan dengan 1/2 camca teh dry oregano)
Sedikit garam (jika guna unsalted butter)

Cara:

Panaskan olive oil dalam non stick pan, masukkan bawang putih cincang dan balik2kan sehigga bawang putih berbau harum dan layu tak perlu sampai garing.
Masukkan butter dalam mangkuk dan kacaukan dengan sudu hingga lembut masukkan bawang putih yang di layukan tadi bersama olive oil, masukkan juga dry oregano dan garam sedikit, kacau rata. tujuan masukkan olive oil ke dalam garlic butter kerana ianya tidak mudah mengeras bila masukkan dalam fridge, simpan dalam fridge boleh tahan sehigga 2 minggu, bila nak buat garlic bread sapukan sahaja di atas roti dan bakar. Atau bila nak makan steak letakkan garlic butter atas steak, kalau nak letak pada sayuran yang di kukus atau rebus pun boleh..pehhh banyak pulak idea. Try tau kawan2.


nie ler rupa daun parsley yg saya x ada tu..

Friday, May 3, 2013

Potato Wedges...buat sendiri..


Assalamualaikum...salam Jumaat yang penuh barakah buat semua penggunjung alam maya ZLC dan teman2 yang saya kasihi..semoga di hari jumaat penghulu segala hari ini kita semua diberikan kesihatan yang baik di beri kesabaran dan dipermudahkan segala urusan yang kita lakukan. 

Tinggal sehari sahaja kita semua rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihanraya Umum ke 13 hari ahad ini 5 Mei 2013..Alhamdullillah saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi pos kerana pada hari Pilihanraya nanti saya akan menjadi petugas SPR di pusat mengundi di SKPT2..kalau nak tau apa yang telah saya pangkah pastilah saya memilih keamanan, kestabilan dan kesinambungan kemakmuran yang telah kita kecapi selama ini..dan yang pastinya saya tidak akan mengadaikan apa jua bentuk kelainan atau pembaharuan yang dilaungkan oleh banyak pihak..bagi saya apa yang kita lalui sekarang ini telah terbukti berada pada landasan yang betul..cumanya perlu diperbaiki dari semasa hingga ke semasa...terpulanglah kepada hak kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan demokrasi untuk memilih yang terbaik di bumi bertuah Malaysia yang kita sayangi ini..Kalau nak cerita pasal politik n pilihanraya yang cuma di adakan 5 tahun sekali ini memang seronok rasanya..jadi demam pilihanraya ini memang menjadi isu hangat yang di perkatakan di sana sini..di kedai2 kopi, warung2, pejabat malahan di rumah juga..jadinya bagi mereka yang akan mengundi pada 5 Mei ini selamat mengundi saya ucapkan dan jalanlah tanggungjawab  anda dengan sebaiknya.

Ok kita hentikan cerita pilihanraya ini setakat ini sahaja sebab saya nak kongsikan dengan rakan-rakan semua resepi mudah potato wedges yang saya buat sendiri untuk sarapan pagi semalam..saya nie memang pengemar kentang goreng x kira la kentang goreng shoestring ke crinkle cut ke wedges ke semua saya suka..so jom la kita tengok resepi mudah di bawah ini ok..makan panas2 dengan cili sos n mayonis memang mabelessss la kalau atau cheezy sos lagi la terangkat kan...hehehe..

Potato Wedges

Bahan-Bahan:

4-5 biji kentang bersize besar - kupaskan kulit dan dipotong baji - wedges
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh serbuk perasa knorr pasti sedap
garam sedikit atau secukup rasa sahaja - sebab dah letak serbuk perasa knorr pasti sedap
air secukupnya >< 1 cawan (supaya bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat)
Minyak masak secukupnya
Sos cili dan mayonis untuk pencicah

Cara:

1. Kentang yang telah dikupas dan dipotong baji, di rebus hingga empuk padamkan api dan toskan. Sejukkan sebentar.
2. Bancuhkan adunan tepung, masukkan kedua2 jenis tepung di dalam mangkuk bersama serbuk lada sulah, serbuk perasa knorr pasti sedap dan sedikit sahaja garam, masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga adunan tidak bergentel. Adunan better perlulah tidak terlalu pekat atau cair.
3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kentang yang direbus tadi ke dalam bancuhan tepung gaulkan dan gorenglah 7-8  potongan kentang jangan terlalu banyak sekali mengoreng, api semasa mengoreng boleh gunakan api sederhana kecil, balik2kan hingga kentang kuning keemasan.
4. Bila kentang dah garing angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan panas bersama pencicah cili sos, mayonis atau apa sahaja pencicah pilihan anda sedappp cubalah.

Wednesday, April 3, 2013

Sup Cendawan--sendiri buat..

Assalamualaikum..

Salam Rabu 3 April 2013...apa kabar kawan2 semua dan pengunjung2 ZLC semoga anda semua sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan hidayah Allah hendak..saya kurang sihat..masih demam batuk2, selsema dan sakit tekak dari hari petang Ahad hinggalah ke hari ini tapi hanya sehari sahaja saya bercuti iaitu pada Isnin lepas..maklumlah banyak kerja2 di pejabat kalau asik bercuti maka bertambah menimbun2 lah kerja saya.. Jadinya saya terus gagahkan diri walau masih kurang sihat tapi tetap bekerja.

Sebenarnya setelah lama tidak bersiaran di alam maya add 2 entry yang ingin saya masukkan iaitu cerita mengenai Jamuan Hi-Tea Tarian Gelek @ Belly Dance..emmm biar suspen dulu ok yang saya hadiri pada sabtu lepas..hari ini saya cuma nak kongsikan resepi mudah sup cendawan yang biasa kita makan di Pizza Hut tu tapi yang ini dimasak sendiri.. sebab anak2 buah saya memang suka makan sup cendawan ini so masa dorang ada saya masaklah seperiuk makanlah beramai2 bersama roti peranchis yang dicicah@celup dengan mushroom soup nie ada gak lasagna yang dibuat oleh anak buah saya Briza jauh datangnya dari KL u..biru mata hitamku sekejap sebab bekpes ala omputih..hehehe..

Ok tak boleh nk bersembang panjang2 sebab ada lagi kerja2 yang perlu saya bereskan..jom kita tengok resepi sup cendewan yang mudah ini..tapi sedap di tekak saya dan anak2 buah saya. Resepi yang ini dapat agak banyak so untuk sesiapa yang nak buat sikit boleh dibahagi 2 ok...


Sup Cendawan

Bahan-bahan:

8 keping cendawan shitake kering - rendam 1/2 jam perahkan airnya dan hiriskan
2 labu bawang bawang besar - didadu
4 ulas bawang putih - dicincang
sedikit minyak sayuran/jagung untuk menumis
1.5 liter air
1 1/2 cawan susu sejat / cair
3/4 cawan tepung gandum - di bancuh dengan sedikit air
1 camca teh serbuk lada sulah
2 kiub ayam maggie
sedikit garam

Cara:

1. Panaskan sedikit minyak saya gunakan minyak canola untuk menumis, untuk yang suka aroma butter boleh juga gunakan butter, tumiskan bawang besar dadu, bawang putih cincang dan  cendawan yang dihiris.
Tumis sehingga bawang dan cendawan berbau harum dan layu sahaja. Padamkan apinya.
2. Masukkan bahan2 yang ditumis tadi ke dalam blender, dan masukkan sedikit air blender halus. Setelah di blender masukkan ke dalam periuk bersama 1.5 liter air. Masukkan juga lada sulah dan kiub ayam maggie.
3. Bila sup dah mendidih boleh masukkan bancuhan tepung gandum, masukkan juga susu cair. kacau selalu supaya tidak membuak. Perisakan dengan sedikit garam. Bila dah masak elok dan memekat padamkan api. Hidangkan panas bersama roti peranchis yang di bakar dan disapu butter...  selamat mencuba.

ini lasagna briza yg buat bukan akak..

Saturday, June 9, 2012

Cekodok Bilis Crispy..

Berjumpa sekali lg di petang sabtu ini dan cuaca pada hari ini tak berapa nak elok...sama la juga dengan tuan punya blog nie almaklum bila bulan mengembangkan..jadi semangat n kerajinan tu agak berkurangan..so to cut the strory short kita teruslah ke n3 masakan yang pertama pada hari ini iaitu Cekodok Bilis Crispy yang saya buat tadi pagi..sesuai untuk dibuat sarapan atau juga untuk minum petang..jom kita semak resepi mudah di bawah:

Cekodok Bilis Crispy

Bahan-Bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar - didadu halus
segemgam ikan bilis - basuh dan rendam sebentar tumbuk kasar
air secukupnya - (>< 1 3/4 cwan ) adunan jgn terlalu pekat atau cair
sedikit garam
minyak untuk mengoreng
sos pencicah pilihan anda secukupnya

Cara:
1. Tepung dimasukkan dalam mangkuk campurkan dengan bawang yang didadu berserta ikan bilis dan garam, masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuhkan supaya menjadi adunan cekodok yang tidak terlalu pekat atau cair untuk dapatkan cekodok yang nipis dan garing.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali, apabila minyak dah panas sudukan bancuhan cekodok dan gorengkan dengan angaran 7 ke 8 keping sekali menggoreng, api boleh di kecilkan sedikit. Balik-balikkan cekodok hingga warna kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan.
3. Hidangkan panas bersama sos pilihan anda atau sambal tumis.

Tuesday, May 8, 2012

Breakfast Roti Poket & Kenangan di Kelas ERT..

Assalamualaikum n selamat tengah hari semua...hari ini cuma nak berkongsi gambar jer sarapan saya dengan kawan2 di pejabat..hari ahad lepas saya dah buat roti poket ini di rumah untuk sarapan anak2 buah saya..so hari ini buat sikit di pejabat n sempat pulak demonstrasi cara2 menggelek roti dan mengoreng sampai dia mengelembung dalam kuali mcm nak meletop ajer gayanyer..tp dont worry xpecah or meletop punya...ada yg nk belajar.. jadi tadi saya sempat la menjadi guru Sains Rumahtangga yang tak bertauliah muahahaha..
.

Sebenarnya kalau saya jadi guru masa muda2 dulu tentu saya jadi Guru ERT sbb saya memang belajar bidang ERT di sekolah menengah dulu...mesti ada yang tertanya apa tu ERT..ialah singkatan dari Ekonomi Rumah Tangga..dan subjek yang menjadi kesukaan saya jugak..almaklum main masak2 masa sekolah..dan dapat distinction juga masa peperiksaan dolu2..hehehe macamlah saya ini pandai memasakkan.

Masa dulu2kan saya memang suka bab2 nak memperhiaskan masakan yang saya sediakan masa peperiksaan secantik mungkin kalau perlu beralas saya pastikan daun pisang untuk mengalas kueh saya akan gunting cantik dan pernah juga saya meganyam daun pandan dan daun ketupat untuk jadi pengalas kueh macam buat tikar kecil sebab nak cantik punya pasal.  Kalau perlu di buat mangkuk untuk letak cili sos saya ukirkan capsicum dan jadi kan mangkuk dan berbiku..dan saya juga bawaklah segala macam pinggan mangkuk alas meja dan bunga dari rumah...tu zaman2 saya sekolah lah tapi sekarang ini macam malas ajer dan dah masak2 letak dalam pingan atau mangkuk terus dipotretkan...sebab tak dapat markah kot kalau masa exam dulu nak markah lebih..hehehe itulah sebahagian kenangan indah saya di kelas ERT kalau ada teman2 yang ingat seperti Rossana Idross ,Fatimah Rahman, Romziah Zulkifli, Alice Dass dan yang sekelas ERT dengan saya dulu pasti dapat mengimbau zaman2 persekolahan yang amat menyeronokkan..miss all those sweet day..kan.

Ok lah lain kali kalau ada kesempatan saya bercerita lagi dan buat masa ini kita cuci mata sahaja dengan Roti Poket yang dah abis  pun dan akak2 yang kat opis nie pun suka dan mereka nak try buat di rumah juga. Kalau nak resepi Roti Poket tu   DISINI yer ...

kak Ros sedang menikmati roti poket..

Saturday, April 7, 2012

Sarapan Pagi Paling Mudah..

Assalamualaikum....

Salam pagi Sabtu buat teman2 tersayang semua..apakabar hari ini semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sehat sejahtera disamping keluarga.  Rasa cepat benar masa berlalu kita dah bertemu semula dengan hari sabtu..dan seperti biasa la bila cuti hujung minggu terasa nak berjalan pulak..kalau window shopping best jugakan...tengoklah kalau jadi nanti saya nak ikut adik saya Nora dan akak saya Milah xtau lagi nak ke mana JPO ke atau Jusco ajer...saya memang tak pernah lagi ke Johor Premium Outlet atau JPO tu. 

Menurut kawan2 yang pernah ke sana barang2 kat sana tu memang mahal2 belaka maklum pusat beli belah ternama yang menjual barang2 branded sahaja..rasa kalau 8 dari 10 orang yang penah pergi ke situ kata tak payah pergi pun xper..mungkin ada benarnya.  Baik pergi ke shopping complex yang kita biasa pergi sahaja senang nak cari barang2 keperluan kita. Mungkin juga tempat seperti JPO tu disediakan untuk orang2 yang banyak duit sahaja atau memang dibuka khas untuk pengunjung2 luar terutama dari Singapura..tapi kat negeri mereka lagi banyak pusat beli belah yang berjenama..just name it and u got it kata orang..

Ok lah panjang pulak cerita pasal window shopping, kita berbalik pada cerita sarapan pagi saya yang sangat ringkas hari ini sebab adik saya bedah pun tak ada dengan anak2 ke Majlis Maulidur Rasul sekolah Tabika Kemas jadi saya pun buat sarapan yang mudah ajer..panaskan kari kepala ikan semalam..yang dah tinggal kuahnya ajer dan saya gorengkan roti putih saya potong segitiga celup dengan telur yang dikocok sedikit kemudian golekkan atas breadcrumb dan goreng dalam minyak yang sederhana sahaja apinya nanti cepat hangus lagi apinya besar, lepas tu toskan makan panas2 cicah kari ke sambal tumis ke sedap... Nugget tempura cheese pun ada juga serta air milo tu la sahaja sarapan bersama yeyed anak buah saya yang tak ikut pi maulud.  Jom kita layan gambar jer..xyah resepi la yer budak2 pun boleh buatkan...hehe



Saturday, March 24, 2012

Corned Beef Cili Padi with Roll Bun..

Assalamualaikum...

Salam tengah hari Sabtu untuk semua...sedang buat apa tu ada yang sedang menikmati juadah tengah hari yer.. saya mungkin makan lambat sikit kot..sebab baru balik dari grocery shopping gan adik saya bedah..tadi dah breakfast roti dengan corned beef agak kenyang jugak lagi..kalau saya rajin sedikit petang nanti nak buat shepherd's pie..mudah2an rajin la kan hehehe.

Ok lah hari ini saya nak kongsikan resepi  sarapan saya tadi pagi yang sangat mudah..jom la kita semak bahan2 di bawah.


Corned Beef Dengan Cili Padi...

Bahan-Bahan:
1 tin corned beef dalam tin - banyak dijual di supermarket
3 labu bawang besar - di belah 4 kemudian hiris nipis
2 batang cili merah - dihiris/cincang
5-6 batang cili padi - dihiris /cincang
sedikit minyak untuk menumis

Bahan sampingkan:
Roti - diner roll atau roti putih pun boleh
Sayur-sayuran seperti salad, timun, tomato - saya ada tomato sahaja

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris bersama cili merah dan cili padi, balik2kan sehingga bawang layu dan berbau harum.
2. Masukkan corned beef dan balik2kan sebentar dan boleh terus ditutupkan api.  Corned beef dah siap diproses tak payah masak makan terus pun boleh dan tak perlu letak garam sebab dah bergaram.
3.  Hidangkan corned beef dengan roti makan bersama roti atau dengan meletakkan kedalam belahan roti roll bersama salad dan timun.  saya hanya ada tomato hari ini so makan dengan tomato sahaja.  Sedappp..cubalah..




Tuesday, March 20, 2012

Cekodok Nugget Ayam..

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa untuk semua, pagi ni saya nak masukkan N3 ringkas untuk sarapan pagi iaitu Cekodok Nugget Ayam...nie kira orang rajin nak ambil mudah lah dua2 nak makan nugget pun cekodok pun nak so kita kawen2 kan aje jadi la cekodok yang sedap ini... sorry yer jika ada yang rasa saya nie asik masak cekodok ajer memang tu yg mudah dan budak2 pun sukakan...so apa ada hal kalau buat berkali2 pun kan...yok kita tengok resepi dibawah:
mana satu nk cekodok ke nugget..dua2 sekali la..hehe

Cekodok Nugget Ayam 

Bahan-Bahan:

21/2 cawan tepung gandum
6 ketul nugget ayam tempura - didadu kecil
2 labu bawang besar - dihiris/dadu kecil
5-6 batang cili padi - di hiris
air secukup - untuk adunan yang tidak terlalu pekat atau cair
1/4 camca teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk bersama nugget yang didadu, bawang besar, cili padi, serbuk kunyit, garam dan bancuhkan dengan air,  pastikan bancuhan ini tidak terlalu pekat   atau cair untuk dapatkan cekodok yang garing.
2. Panaskan minyak dalam kuali, sudukan adunan cekodok tadi 7-8 keping sekali mengoreng,balik2an cekodok sehingga warna kuning keemasan dan garing. Angkat dari kuali dan toskan minyak. Letak diatas paper towel.
3. Hidangkan panas bersama sos pilihan anda atau dengan sambal tumis pun sedap, sambal kicap cili padi pun ok jugak...selamat mencuba..