Salam Isnin untuk semua pengunjung ZLC yang saya sayangi..minggu nie rasa macam cepat sangat masa berlalukan kawan2 sebab dah nak Tahun Baru Cina pada Khamis nie..mood nak bercuti pun dah mula datang..muahaha bersabarlah yer wahai cik leha kerana banyak kerja2 yang perlu dibereskan..oklah hari ini saya hanya nak sharekan satu lagi resepi mudah yang sesuai di makan bila2 masa tapi saya buat untuk sarapan anak2 buah saya yang nak ke sekolah. Semenjak berjinak2 buat bento atau bekalan untuk Aina dan Sara mereka pun mulalah sering bertanya esok pagi mak jay nak buat sarapan apa.. Sebenarnya mencari idea untuk membuat sarapan yang agak lengkap yang mengandungi protin, karbohidrat, vitamin dan nutrisi makanan yang dipelbagaikan agak sukar juga..
Tapi oleh kerana minat untuk menyediakan sesuatu yang berkhasiat buat bekalan atau bento anak lebih2 lagi yang berwarna warni jadi keterujaannya lebih..alhamdulliah kalau ada masa saya akan kongsikan bento anak2 ke sekolah yer manalah tau boleh memberi sedikit pada ibu2 yang nak sediakan bento bagi anak2 mereka.. Ok jom kita tengok resepi yang pernah saya muatkan DISINI.dan saya pastekan sekali lagi disini ok.
Salad Kentang
Bahan-Bahan:
5 biji kentang sederhana besar - cuci bersih di potong 2 dan rebus hingga empuk
3 sudu makan besar mayonis - saya guna jenama kimball
1 camca teh serbuk pati ayam
1/2 camca teh serbuk lada putih (boleh guna serbuk lada hitam tp utk anak2 sya ganti serbuk lada putih)
sedikit garam dan gula untuk perisa.
Cara:
1. Kentang yang direbus empuk di siatkan kulit dan di potong kiub sederhana
2. Masukkan kentang dalam mangkuk bersama mayonis, serbuk pati ayam, serbuk lada putih
garam dan gula secukup rasa, semua bahan di gaul rata. Boleh sejukkan dahulu salad kentang dalam peti sejuk atau boleh di makan tanpa disejukkan. Hidangkan bersama udang dan sayur pan grill atau ayam panggang atau makan begitu sahaja. sedapppp..lebih sejuk lebih sedap salad nie kawan2..hihihi.
Bahan Sampingan
Sosej secukupnya - di potong kecil dan dikelar2 sedikit
Sayuran - 1/2 batang karet - dipotong kecil
sedikit Kobis bung - di potong kecil
sedikit minyak zaitun
Semua bahan di atas sosej dan sayuran boleh dipan grill guna non stick pan atau masuk dalam oven.
Hidangkan bersama salad kentang . Sesuai untuk dibuat sarapan atau bekalan anak ke sekolah..
No comments:
Post a Comment