Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, November 16, 2012

Bebola Sardin


Assalamualakum...

Apa kabar kawan2 dan pengunjung2 ZLC..semoga kalian semua sehat sejahtera di samping keluarga dan tugas2 harian.  Berjumpa sekali lagi di hari Jumaat yang penuh bakarah ini...rasa macam pantas betul masa berlalu dah separuh dari bulan November kita lalui...ohhhh cepat betulkan...mudah2an semua kerja2 yang perlu dibereskan dalam tahun semasa dapat disiapkan, insyaAllah boleh la tu ekk. tapi kerja2 yang mudah ajer..ok kita biarkan cerita kerja yang perlu saya bereskan tu...hari ini saya nak kongsikan dengan kawan2 semua resepi tertunggak yang selalu juga saya buat tapi tak pernah di masukkan ke dalam blog iaitu sardin ball yang sesuai dibuat kudapan atau juga di buat untuk makan2 bila2 masa sahaja rasanya yang ala2 begedil tapi mudah untuk disediakan ini memang sedap dan agak unik..sebab gunakan ikan sardin dalam sos tomato..(tin) bagi sesiapa yang x makan sardin tu minta maaf la yer mungkin anda boleh gantikan dengan apa2  yang difikirkan bersesuaian sebab yang ini memang resepi berasas sardin...jom kita tengok resepi muda di bawah..

Bebola Sardin
 Bahan-Bahan:

1 tin sardin -(400 gm) saya guna sardin botan
350 gm biskut krim cracker - dihancurkan
2 labu bawang besar - didadu halus
12-15 batang cili padi di hiris/cincang halus (kalau nak lebih pedas boleh tambah) / atau boleh ganti cili hidup bagi yang x suka pedas cili padi
1 pohon daun bawang dan daun sup - dihiris halus
2 biji limau kasturi ambil jusnya
sedikit garam
3 biji telur - untuk celop sardin ball
minyak untuk mengoreng

Cara:

1. Sardin dilecek, gunakan sekali kuah tomato sardin masukkan dalam sebuah mangkuk bersama sardin yang dilecek, biskut krim cracker yang di hancurkan, bawang besar di dadu halus, cili padi cincang, daun sup daun bawang hiris, garam, jus limau kasturi, gaul rata kesemua bahan.
2. Ambil sedikit adunan yang telah di gaul rata tadi dan jadikan bebola sebesar fish ball yang comel2 sahaja, buatkan sehingga abis adunan.
3. Panaskan minyak masak di dalam kuali, celupkan sardin ball ke dalam telur yang dikocok manja dan gorengkan sehingga kuning keemasan, macam kita goreng begedil. Angkat dan toskan sardin ball. 
4. Hidangkan panas atau dah sejuk pun masih sedap lagi..bersama sos atau pencicah pilihan anda, cili sos ke mayonis ke...sedappp cubalah..


No comments:

Post a Comment