Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, November 22, 2012

Al-Fatihah..


Assalamualaikum..

Salam pagi Khamis 22 November 2012, apa kabar kawan2 serta pengunjung2 ZLC yang saya sayangi, semoga semuanya dibawah lindungan dan rahmat Allah hendaknya, saya agak lama tidak bersiaran kerana ada peristiwa yang berlaku pada kami dimana adik ipar saya, iaitu suami Bedah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin lepas..semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan beriman.  Semoga adik saya Bedah dan saya juga terus diberikan kekuatan dan tabah tmenghadapi ujian yang diberikan ini, berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul, insyaAllah saya dan adik beradik yang lain akan sama2 membantu membesarkan anak2 yatim seramai 5 orang ini.  Pastinya segala ujian yang Allah berikan ini ada hikmah disebaliknya..

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada  guru2 di SKPT 2 terutamanya Guru Besar Pn. Hjh Khatijah, Cikgu Rohayati, YDP PIBG sekolah En Sabar, Abg Zainal, En. M.Zin, Kak Wan Malinja, kak Ros, Kak Maria, dan semua yang telah sama2 membantu semasa adik ipar saya rebah di perkarangan sekolah dan di bawa ke Hospital Sultanah Aminah dan sehingga selamat di semadikan di tanah perkuburan Mahmoodiah selepas waktu Isya 19 November lepas. Kepada semua yang menziarahi serta ucapan2 takziah serta doa yang kalian berikan serta sumbangan yang dihulurkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Kepada anak2 buah semua tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk terus menjalani kehidupan ini..kepada anak2 Adam, Hawa, Said, Sara dan Aina, mak Jay tahu kalian anak2 yang sangat kuat semangat dan kepada Said @ yeyed yang baru mendapat keputusan 5A dalam UPSR semoga said dapat meneruskan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, tumpukan pada pelajaran dan menjadi anak yang cemerlang kelak..begitu juga kepada anak2 semua..walaupun kalian telah ketiadaan ayah, teruslah menjadi anak2 yang soleh dan soleha doakan untuk ayah kalian kerana doa seorang anak tidak akan putus dan tiada hijabnya. Sentiasa membela nasib ibu sentiasa mendengar nasihat ibu dan yang penting jaga tingkah laku kalian, beramal ibadah, pastinya Allah sentiasa bersama kita.

No comments:

Post a Comment