Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Wednesday, March 16, 2016

Pajeri Nanas Berempah Tanpa Santan..


Assalamualaikum semua.. hari ini saya nak kongsikan resepi pajeri nanas berempah.. pajeri nanas ini sebenarnya ada macam2 versi ada yang ditumis polos dan dinaikkan serinya dengan warna kuning keemasan  yang mengunakan serbuk kunyit seperti yang biasa di hidangkan bersama nasi minyak semasa majlis perkahwinan..wahhh citer pasal majlis kahwin pulak yerr.. sebenarnya pajeri atau saya selalu sebut paceri merupakan masakan yang di tumis mengunakan sayuran yang bersesuaian serta perlu ada keseimbangan rasa masam dan manisnya.  Selain nanas pajeri yang berempah ini juga boleh di masak menggunakan terung...masakan yang seakan acar buah2an ini membangkitkan rasa yang tidak memualkan sebab keseimbangan rasanya yang ada masam2 manis..ok hanya sedikit penerangan yang kontot @ pendek mengenai pajeri.. terus ke resepi yang mudah seperti di bawah ok..yang penting sedap di makan dengan nasi putih  atau nasi briyani..

Pajeri Nanas Berempah tanpa santan

Bahan-Bahan:

1 biji sedang nanas - kupas kulit dan buangkan matanya dan hiris kecil buang empulurnya
2 labu bawang besar - dikisar halus
4 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
segemgam udang kering - rendam sebentar dan ditumbuk
3 sudu makan - rempah kari (campurkan dengan sedikit air jadikan pes)
10-15 batang cili padi hijau
3 keping asam keping/gelugor - direndam sebentar
3-4 sudu makan gula pasir
garam secukup rasa
air secukupnya lebih kurang 1 cawan
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Panaskansedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih serta halia yang dikisar hingga naik bau masukkan pula rempah kari yang di jadikan pes tadi tumiskan sehingga naik minyak masukkan pula udang kering dan air tak perlu banyak sangat sebab nanas juga keluarkan air.

2. Bila bahan-bahan yang ditumis mendidih boleh masukkan nanas yang telah di potong kecil tadi, masukkan pula asam keping yang direndam serta perasakan dengan gula dan garam. Masakkan sehingga nanas mesra dengan rempah agak berkuah sedikit pajeri ini. dan akhir sekali campakkan cili padi hijau. sebagai penyedap untuk sesiapa yang suka pedas...Rasakan kesesuaian rasa masam manis pajeri ini  dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi briyani.

yang ni dalam kuali sedang berenang2 nanas tu..



No comments:

Post a Comment