Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Tuesday, February 21, 2012

Apam Balik....lagi dan lagi..

Assalamualaikum...

Selamat petang semua..ops dh nak malam yer..saya nak masukkan entry yang saya buat lagi hari tu iaitu Apam Balik dan rasanya dalam tahun nie dah 2 ke 3 kali saya buat apam balikkan...ok lah  selagi ada permintaan @ request yang kali nie akak saya milah suruh buat so..buat lah sekali lagi jom arr kitak tengok resepi yang sama pernah saya masukkan..ok


Apam Balik..cik leha

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak jagung
1 camca teh penuh baking powder
1/2 camca teh rata soda bicarbonate
1 biji telur

Bahan Untuk Taburan:
1 1/2 cawan kacang tanah kisar *
1/2 cawan gula pasir  * (kalau nak manis boleh tambah jadikan 3/4 cawan)
1  cawan jagung ala cream (saya xletak sebab xder)
* Kacang tanah kisar dan gula pasir digaul bersama

Cara:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan pukul adunan menggunakan whisk hingga rata dan sebati.
2. Biarkan adunan dalam 15 minit, panaskan non stick pan dan lenserkan dengan sedikit minyak jagung untuk yang pertama sahaja, untuk buat yang seterusnya tak perlu diletak minyak lagi.
3. Masukkan anggar 1/2 cawan yang kecil adunan apam balik dalam pan tak perlu di gelek biarkan dia bulat dan agak tebal sedikit gunakan api yang kecil sahaja, apabila adunan dah mula berlubang2 diatasnya taburkan kacang tanah kisar yang telah digaul dengan gula tadi hingga rata, letakkan jagung ala krim di atas lapisan kacang tanah tadi dengan dot2kan mengunakan sudu.
4. Lipat dua apam balik yang dah masak dan alihkan kedalam pinggan dan terus disapukan dengan mentega atau mejerin di atas apam balik.
5 Potongkan apam balik beberapa bahagian atau dua sahaja jika kecil dan hidangkan.  Sedap dimakan panas2.



No comments:

Post a Comment