Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, February 23, 2012

Belimbing Buluh Masak Santan Lada Api...

Assalamualaikum...

Selamat hari Khamis untuk semua..hari nie saya tak bekerja sebab kurang sehat demam dan pening kepala...nie mungkin petang semalam terkena hujan...wahh nak jadikan penyebab ajer sebenarnya dari tengah hari masa kat pejabat saya dah rasa pening2 lalat...jadinya bila waktu petang masa balik keje tu terkena hujan apalagi makin2 menjadi2 lah...saya kesian kat kawan2 di pejabat hari nie ada rewang untuk persediaan Majlis Maulidur Rasul kat sekolah esok tapi tak dapat la saya menolong...kalau tak pasti saban tahun saya turut menolong rewang dengan rakan2 guru dan staf...huhu tak syok pulak rasanyer.

Saya harap esok saya dah ok sikit jadi boleh lah saya ikut serta di Majlis Maulidur Rasul kat sekolah ada perarakan murid2...walaupun saya tak ikut berarak hingga penuh pusingan dapat ikut sikit ajer pun jadilah dari gate depan tembus pula ke gate belakang...hehehe mengelatnya saya sedangkan anak2 semua berarak dan berselawat sepanjang perarakan yang bermula dari dataran kejat buat pusingan melalui blok 12, 10, blok selepas traffic light blok 8 tak silap saya dan sepanjang jalan besar pusing sehingga blok 14 dan balik semula ke kawasan sekolah adalah dekat 1 km lebih..acara perarakan Maulidur Rasul murid2 sekolah saya ini memang dijadikan rutin tahunan diikuti pertandingan khat, bacaan Al-Quran, Berzanji dan rawi, persembahan Nasyid dan Ceramah Maulid.. dan diakhiri dengan jamuan makan Nasi Briani dalam dulang..memang sangat meriah tengok anak2 sekolah berpakaian baju melayu bersongkok dan bertudung bagi perempuan..

Ok lah panjang pulak cerita pasal Maulid di sekolah saya eks..sebenarnya saya nak masukkan entry sejenis lauk orang kampung yang menggunakan belimbing buluh rasanya sedap masam2 lemak pedas makan dengan nasi panas2 memang membuka selera lebih2 lagi ada ikan kering goreng..hahaha tengok lah selera orang demam macam saya hari nie..walaupun demam takkan saya nak terbaring ajer kan so bawak2 lah excersice di dapur tu..jadi tak lah melepek ajer kalau ikutkan badan emm xmenjadi so jom layan resepi di bawah...


Belimbing Buluh Masak Santan Lada Api...

Bahan-Bahan:
2 1/2 cawan belimbing buluh - bersihkan potong hujung dan pangkal belah dua dan jika masih keras renyah sedikit kalau tak takpayah renyah (renyah tu tumbuk sikit ajer dalam lesung batu - jangan sampai hancur)
1 cawan ikan bilis belah bersihkan - rendam sebentar dan renyah sedikit
30 batang lada/Cili api - di renyah (tumbuk kasar)
2 labu bawang besar - dihiris dan renyah juga
4 ulas bawang putih - dicincang
2 cawan santan segar
1/2 cawan air
garam secukupnya.

Cara:
1.  Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali belimbing dan garam. Kacau sehinggakauh mendidih baru masukkan belimbing.
2. Masakkan hingga belimbing dan bahan2 lain agak layu dan sebati. Masukkan garam dan gaul sebati dan kacau sebentar lagi sehingga lauk masak elok. Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas dan lauk pauk lain..kalau ada ikan kering terubuk goreng lagi sedap.  Selamat mencuba...



No comments:

Post a Comment