Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, February 4, 2012

Spagetti Berkuah Tomato Bebola Daging Pedas...

Assalamualaikum...

Selamat petang untuk semua.. Sedang buat apa tu menikmati minuman petang yer...saya hari ini rasanya minum air masak ajer lah sebab hidung tengah selsema ini jadi rasa kurang selesa..kalau rajin nak jugak buat sesuatu yang simple untuk minum petang tapi oleh kerana tinggal berdua ajer dengan anak saudara saya Aishah jadi mood malas tu macam lebih sikit...hehehe..tapi dalam malas sempat lah saya  gan Aishah mengemas dapur mencuci serba macam benda dan dah tengah hari sikit baru saya masak Spagetti Bebola Daging tu...rasa sedap weiii sungguh pun agak pedas gitu Aishah makan 3 mangkuk...makanlah nak oiii selagi boleh  jgn jadi montel macam mak j sudah nanti takder pulak orang nak..hehehe melalut-lalut pulak saya ok...tak nak bercerita atau emo di sini lebih baek kita layan resepi yang rengkas tetapi sedap ini..


Spagetti Berkuah Tomato Bebola Daging Pedas...

Bahan-Bahan:
250 gm spagetti - rebus dalam 15 minit atau hingga masak
300 gm bebola daging - gorengkan sebentar angkat dan toskan
2 senduk lada blender
2 biji bawang besar - diblender halus
4 ulas bawang putih - diblender halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 tin kecil @220gm tomato puree
500 ml air
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan gula merah
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara:
1. Spagetti di rebus dalam air mendidih lebih kurang 15 minit atau hingga masak tos dan ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk anggaran 2 senduk sedang tumiskan bawang besar yang didadu hingga berbau harum dan layu, masukkan cili blender dan bawang blender. Tumislah sehingga cili agak garing dan naik minyak.
3. Masukkan tomato puree dan gula kacau sebentar dan masukkkan air. Biarkan agak mendidih masukkan bebola daging yang telah digoreng tadi dan masukkan sedikit garam rasakan kesesuaian masam manis dan masin kuah ini. Masakkan sehingga sebati dan agak sedikit memekat. Padamkan api dan hidangkan bersama Spagetti yang direbus tadi. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup/bawang yang dihiris halus - saya tak letak sebab tak der daun sup. Selamat menjamu selera..

No comments:

Post a Comment