Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, February 12, 2012

Kerabu Mangga + Kacang Panjang + Carrot...

Assalamualaikum...

Selamat petang semua tengah buat apa tu...ada yang sedang menonton tv  dan ada yang tengah minum petang yer..saya dah buat puding cocktail untuk minum petang nie tp masih dalam proses sejukkan di peti ais..sebab saya suka makan puding tu sejuk2 baru terasa nyaman ajer bila lalu di anak tekak tu...hehehe nanti bila saya dah ambil gambar saya masukkan entry di blog yer...nampaknya anak buah saya di KL..Briza pun sedang menikmati minum petang yer tu...makan donut lagi hari nie kerana tadi semasa di FB katanya nak buat Donut...saya pun dah agak lama jugak tak mendonut tu...nanti lah kalau rajin teringin juga buat donut yang menjadi kegemaran anak2 buah saya yang kenit2 kat rumah ini...

Ok lah petang nie saya nak berkongsi resepi kerabu mangga yang dibuat semalam di rumah akak saya di Taman Suria..sedap kerabu nie cukup rasa masam manis dan pedasnya...pehhh meletopss bila tergigit cili api hehehe...jom kita semak resepi di bawah:


Kerabu Mangga + Kacang Panjang + Carrot

Bahan-Bahan:

1 biji mangga muda yang agak sedang - di sagat memanjang halus
5-6 tangkai kacang panjang yg muda@ kurus - potong 1 inci
1/2 batang carrot - disagat memanjang halus
1 labu bawang besar -  dihiris nipis
2 sudu makan  udang kering - rendam sebentar dan tumbuk halus
3 batang cili api mereah - dihiris  serong
3 batang cili api hijau  - hiris serong
1/2 cawan kacang gajus - bakar dalam ketuhar atau goreng sebentar (separuh di tumbuk kasar separuh biarkan untuk hiasan)
4 sudu makan gula pasir
1/2 camca teh garam
1 biji limau nipis yang sedang - perah ambil jusnya
(jika guna limau kasturi- dalam 4-5 biji )

Cara:

1.  Gaulkan semua bahan di atas di dalam mangkuk kecuali gajus. Rasakan jika perlu menambah gula dan jus limau atau garamnya mengikut kesesuaian rasa.
2. Masukkan separuh dari gajus yang bertumbuk kasar tadi gaul rata dan hidangkan dalam pinggan kerabu yang telah siap ini. Taburkan baki gajus yg whole tadi ke atas kerabu sedap dimakan bersama nasi panas atau diratah begitu sahaja. 

No comments:

Post a Comment