Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Sunday, February 12, 2012

Kuetiaw Hailam Goreng...

Assalamualaikum..

Selamat malam semua entry terakhir untuk hari ini Ahad 12 Februari...saya kalau hari x bekerja dapatlah menulis kalau hari kerja tu mintak ampun ajer lah sebab nyer ada ajer keje yang perlu dibereskan di pejabat..lagipun nak bukak blog pun kadang tak dapat sebab disekat adoyaiiii saper lah yang menyekat tu kan...saborrrr ajer ler..hehe..

Ok kita terus tengok resepi Kuetiaw Hailam yang saya buat tadi malam tapi versi yang ini agak kering dan tidak berkuah..tapi rasanya emmm marbelesss u..


Kuetiaw Hailam Goreng..

Bahan-Bahan:

200 gm kuetiaw - di basuh dan toskan
sekeping dada ayam dalam 150 gm- hiris
6 biji fish ball dibelah 2
2 batang crabstick - dihiris
1/2 cawan cauliflower dipotong
1/4 batang lobak merah - dihiris
3 batang putik jagung - dihiris
1 batang lada merah - dihiris serong
6-7 cendawan tiram - disiat
2 sudu makan kicap lemak manis
2 sudu sos tiram
1/4 camca teh serbuk lada sulah
3/4 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dicincang
garam secukup rasa
sedikit minyak bijan
sedikit minyak untuk menumis

Cara:

1. Mula2 panaskan dalam 2 sudu minyak dalam kuali masukkan kuetiaw yang telah dibasuh dan ditos tadi balikkan dan masukkan 2 sudu makan kicap lemak manis. Balik2kan sebentar dan alihkan dalam pinggan menghidang.
2. Tambahkan sedikit minyak dalam kuali tadi anggar untuk menumis sahaja.  Masukkan bawang merah dan bawang putih tumiskan sehingga bawang agak layu dan berbau harum.  Masukkan ayam dan balik2kan.
3.  Masukkan air diikuti dengan lada sulah dan oyster sos. apabila ayam agak empuk masukkan fish ball dan crabstick.  Boleh juga gunakan udang tapi saya tak ada stok hr nie..
4. Balik2kan dan masukkan pula carrot, cauliflower, cili hiris, putik jagung dan cendawan tiram. Bila kesemua bahan agak empuk masukkan pula sedikit garam dan renjiskan sedikit minyak bijan.
5. Padamkan api dan curahkan kuah hailam yang agak kering ini sebab saya tak  gunakan air yang banyak ke atas kuetiaw yang telah digoreng dengan kicap tadi. Hiaskan dan hidangkan panas kalau ada cili jeruk atau cili api potong2 digaulkan dengan sedikit kicap cair pun sedap jugak. 



No comments:

Post a Comment