Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Friday, February 3, 2012

Daging Kambing Masak Kicap Lada Hitam,,,

Assalamualaikum...

Selamat Hari Jumaat untuk semua pengunjung Zalekha Luvs Cooking.  Apa kabar kawan2 semua semoga kita semua dilimpahi dengan rahmat dan kesejateraan di hari Jumaat yang penuh barakah ini juga dihari2 mendatang..Hari ini saya nak kongsikan resepi tertungguk iaitu sejenis lauk menggunakan daging kambing. Resepi ini agak mudah dan tidak banyak bahan yang digunakan tapi sedap rasanya.

Jom kita semak bahan2 yang diperlukan..



Daging Kambing Masak Kicap Lada Hitam...

Bahan-Bahannya:

1/2 kg daging kambing - jika beli di supermarket jenis lamb shoulder pun boleh
2 biji bawang besar - dikisar halus
6 ulas bawang putih - dikisar halus
1 inci halia - dikisar halus
1/2 sudu makan ladahitam - tumbuk kasar
1/4 cawan kicapmanis
4-5 cawan air - secukupnya kalau nak kuah banyak lebih kan air
4 biji kentang di potong 4
1 batang lobak merah di potong 11/2 inci belah 2 atau 4-ikut sesuai
2 biji tomato - belah 4 (saya x letak x ada)
1 sudu makan gula pasir
sedikit garam - rasa dulu sebab dah letak kicap.

Cara:
1.  Rebuskan daging kambing  dengan air dan halia sehingga daging kambing agak empuk.
2.  Masukkan bawang besar dan bawang putih kisar, dan kicap. Bila daging kambing agak empuk masukkan karet dan kentang. masukkan lada hitam ditumbuk kasar tadi. Masakkan sehingga karet dan kentang empuk.
3.  Rasa kalau perlu ditambah garam dan sedikit gula. Bila dah hampir masak masukkan tomato dan tutupkan api. Hidangkan bersama nasi putih atau boleh juga dimakan dengan roti.

No comments:

Post a Comment