Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, February 11, 2012

Apam Pandan Wangi...

Assalamualaikum...

Selamat pagi Sabtu untuk semua...apa kabar anda semua diharapkan semoga semuanya sehat2 dan ceria selalu alhamdulillah saya pun nampaknya dah bertambah sehat dan selsema pun dah berkurangan.  Hari ini tak bekerja dan sebentar nanti saya akan ke rumah kakak saya di Taman Suria kerana beliau akan mengadakan Majlis Aqiqah untuk cucu kedua yang baru lahir iaitu anak Noraisah..emm tak sabar rasanya nak tengok cucu saya yang kedua ini saya tak pernah tengok lagi sebab masa kak yong baru melahirkan minggu lepas saya kurang sehat demam dan selsema.  So hari nie lah nak tengok si comel Mohd Arif Aqiff.

Ok lah tak boleh bercerita panjang sangat sebab  saya nak bersiap2 keluar nanti..pagi ini saya nak masukkan entry satu resepi apam yang saya cuba semalam tengah2 malam dekat jam 12 baru siap mengukus kesemua apam2 yang comel dan gebu..sedap juga rasa apam pandan nie tau kawan2 tak rugi kalau nak mencuba boleh lah cuba kalau tak nak banyak separuhkan adunan yang saya buat tu sebab saya nak bawak sikit ke rumah kakak saya boleh lah di buat makan sambil2 rewang nak memasak nanti..ewah kata tak nak becerita panjang tapi dah terlebih nie..nanti kalau saya ambil gambar di majlis saya hadiri ini akan saya masukkan ke blog insyaAllah..Jom lah kita semak resepi berikut:


Apam Pandan Wangi...
By: Zalekha Luvs Cooking

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
2 camca teh bicabonate of soda
2 cawan gula
3 helai daun pandan
2 cawan air
3 biji telur
4 sudu makan majerin/butter
4 sudu makan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 camca teh pewarna hijau

Cara:
1. Daun pandan dihiris dan blender dengan 2 cawan air tadi tapiskan jus pandan.
2. Masukkan ke dalam blender, jus pandan telur, gula, majerin, susu, minyak masak dan bicarbonate soda diblender kesemua bahan ini sehingga sebati.
3. Tuangkan bahan yang diblender ini ke dalam bekas yang kita letak tepung 3 cawan tadi dan dipukul menggunakan whisk hingga tepung bergaul rata dan tidak bergentil, masukkan pewarna hijau dan dikacau rata.
4. Panaskan kukusan terlebih dahulu, sementara itu oleskan acuan apam dengan sedikit majerin supaya senang dikeluarkan apabila apam dah masak.
5. Masukkan adunan apam ke dalam acuan sebanyak 1/2 sahaja jangan penuh nanti akan melimpah.
dan kukuskan selama 20 minit.  Setelah apam masak keluarkan dari acuan boleh dihidangkan begitu sahaja atau dihidangkan bersama kelapa parut muda putih yang digaul dengan sedikit garam.
*sedikit tips untuk memudahkan kerja menuang adunan apam ke dalam acuan saya gunakan jug tak payah gunakan sudu atau senduk leceh.  Adunan apam ini boleh menghasilkan lebih kurang 60-65 biji apam.  Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment