Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Saturday, February 4, 2012

Tempura Chicken Nugget Fritter @ Cekodok Nugget Ayam Tempura..

Assalamualaikum..

Selamat pagi Sabtu untuk semua...apa kabar hari ini semoga semuanya sihat2 dan ceria selalu. 
Dah sarapan ke belum saya hari agak pagi lagi dah menyediakan sarapan yang ringkas iaitu Cekodok Nugget Ayam Tempura sebabnya pagi ni adik saya bedah dan anak2 Said, Sara dan Aina ikut akak saya Aiti ke pahang untuk ziarah saudara mara di sana, minggu Tahun Baru Cina yang lepaskan saya ke sana dan cuti panjang kali nie iaitu cuti bersambung Maulidur Rasul dan cuti Thaipusam mereka pula punya turn untuk ke sana.  Jadi saya tinggallah di rumah bersama anak saudara saya Aishah yang kebetulan tak nak ikut mak dia n Iqin untuk balik pontian..
Okay xnak berceloteh panjang so jom kita tengok bahan yang diperlukan:


Tempura Chicken Nugget Fritter@ Cekodok Nugget Ayam

Bahan-Bahan:

2 Cawan tepung gandum
6 keping nugget ayam tempura - didadu kecil
2 labu bawang besar - di dadu
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
1 camca teh baking powder
Air lebih kurang 2 cawan - untuk adunan yang sedang elok x brapa pekat atau cair
minyak untuk menggoreng.

Cara:

1. Gaulkan tepung, baking powder bersama bawang dadu, nugget ayam dadu, garam lada sulah dan air sehingga sebati..Kalau nak pedas boleh tambah cili api yang dicincang dalam 5-6 batang..saya tak letak sebab anak2 buah yang comel tu nnti kepedasan.
2 . Bila adunan dah digaul sebati gorengkan di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api yang sederhana macam buat cekodok biasa saya gunakan sudu besar lurutkan dalam minyak gunakan kuali nonstick pan tu jadi letakkan dalam 6-7 keping sekali mengoreng.
3. Balikkan cekodok supaya masak rata dan garing bewarna keemasan.  Bila dah masak angkat dan toskan serta letak di atas paper towel untuk serapkan minyak. Hidangkan panas bersama sos kegemaran anda atau sambal tumis pun boleh.

*Saya ada buat dua versi satu saya buat ala pancake so tak berminyak caranya masak guna nonstick pan macam kita buat pancake biasa dan buat dalam size yang kecil. Terpulang pada citarasa masing nak yang ranggup atau ala2 pancake@lempeng mini...Selamat mencuba.  




ini versi mini savory pancake utk kesihatan xgoreng dlm minyak..

jemput minum semua..

No comments:

Post a Comment