Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, February 23, 2012

Kueh Bakar Lemak Manis...

Assalamualaikum...

Selamat malam semua...satu lagi entry kueh bakar yang saya buat petang tadi...bila rasa boring2 memasak merupakan terapi jadi hilanglah rasa boring...tp makan hanya sekeping atau dua ajer...rasa kueh nie just nice lemak2 tak berapa manis elok sangat lah bagi sapa2 yang tak berapa suka maniskan.  Kata adik saya leman macam rasa kueh bakar keledek pun ada..nnti lah kalau ada kesempatan saya akan cuba buat bakar keledek pulak...Resepi Kueh Bakar Lemak Manis ini saya ambil semasa blogwalking kat blog Masam Manis yang sangat popular dengan hidangan2 dan gambar2 yang sangat superb...memang sangat cantik dan menarik pasti hari2 nak tengok blog Puan Azlita Aziz tu...so tqvm yer Azlita kerana sering berkongsi ilmu dan masakan yang enak2 di Masam Manis yang selalu menjadi rujukan saya..tp mmg salute dengan hasil kerja beliau yang sungguh mengagumkan..

Kueh Bakar Lemak Manis
Resepi Asal : Kak Ros & dikongsi oleh: Pn Azlita Aziz @Masam Manis

Bahan-Bahan:

11/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji telur
3 cawan santan - (santan kotak Kara 200ml + air) =saya guna 11/2 cawan santan pekat + 11/2c.air
3 sb susu manis
garam secukup rasa
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan untuk tabur atas (optional)

Cara:
1. Blenderkan semua bahan kecuali bijan hingga sebati. Masakkan adunan hingga pekat
2. Sediakan loyang atau acuan kecil sapu dengan sedikit majerin.  Tuangkan adunan dan ratakan
taburkan dengan sedikit bijan bakar hingga 40 minit atau kelihatan garing.  saya bakar 30 minit jer tu yg kurang garing atasnya..tapi masih sedap u...cubalah..





No comments:

Post a Comment