Assalamualaikum..
Selamat malam Selasa untuk semua, tengah buat apa tu..ada yang membuat persiapan terakhir untuk anak2 kembali ke sekolah pada hari Rabu nie ya.. Pada mereka yang ada anak2 yang akan memulakan sesi persekolahan 2012 ini pastinya sedang sibuk menguruskan berkenaan persiapan sekolah anak2 tentu ada yang telah membeli buku sekolah dan nak menyanpul buku, pastikan peralatan menulis dah cukup lengkap, begitu juga dengan pakaian dan kasut sekolah semuanya dah disediakan. Betapa beruntungnya anak-anak yang bersekolah di zaman sekarang ini sebab semua barang2 keperluan sekolah ibubapa mereka akan menyediakan selengkapnya.
Teringat pulak semasa saya bersekolah dahulu persiapannya ala kadar sahaja tapi ibu bapa tetap memberikan keutamaan untuk menyekolahkan setiap anak2..walaupun persiapan persekolahan di zaman dahulu serba sederhana tapi kami semua sangat seronok untuk bersekolah dapat berjumpa kawan-kawan menerokai alam yang sangat indah semasa sekolah..tapi semua itu kini tinggal kenangan yang amat indah kerana sampai sekarang saya masih dapat menghubungi rakan2 sekolah lama saya dengan adanya kemudahan jalur lebar internet seperti facebook, twitter dan juga blog pada masa sekarang ini..Ok lah kita tinggalkan dulu cerita anak2 yang akan bersekolah sehari sahaja lagi dan kenangan manis bersekolah pada masa lalu. Hari ini saya nak masukkan satu entry sejenis kuih yang sering dijual oleh penjaja yang mengunakan motor beroda tiga atau juga di pasar2 malam iaitu Apam Balik. Jom la kita semak resepi mudah di bawah ini yang telah dicuba di dapur Zalekha Luvs Cooking yang pastinya memang sedap..
Apam Balik..cik leha
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak jagung
1 camca teh penuh baking powder
1/2 camca teh rata soda bicarbonate
1 biji telur
Bahan Untuk Taburan:
1 1/2 cawan kacang tanah kisar *
1/2 cawan gula pasir * (kalau nak manis boleh tambah jadikan 3/4 cawan)
1 cawan jagung ala cream (saya xletak sebab xder)
* Kacang tanah kisar dan gula pasir digaul bersama
Cara:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan pukul adunan menggunakan whisk hingga rata dan sebati.
2. Biarkan adunan dalam 15 minit, panaskan non stick pan dan lenserkan dengan sedikit minyak jagung untuk yang pertama sahaja, untuk buat yang seterusnya tak perlu diletak minyak lagi.
3. Masukkan anggar 1/2 cawan yang kecil adunan apam balik dalam pan tak perlu di gelek biarkan dia bulat dan agak tebal sedikit gunakan api yang kecil sahaja, apabila adunan dah mula berlubang2 diatasnya taburkan kacang tanah kisar yang telah digaul dengan gula tadi hingga rata, letakkan jagung ala krim di atas lapisan kacang tanah tadi dengan dot2kan mengunakan sudu.
4. Lipat dua apam balik yang dah masak dan alihkan kedalam pinggan dan terus disapukan dengan mentega atau mejerin di atas apam balik.
5 Potongkan apam balik beberapa bahagian atau dua sahaja jika kecil dan hidangkan. Sedap dimakan panas2.
No comments:
Post a Comment