Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, January 26, 2012

Siakap Masam Manis...

Assalamualaikum..

Apa kabar semua, tentu kawan2 yang baru pulang dari tempat keje tu mesti sedang sibuk di dapur pula untuk menyediakan makan malam. Bagi yang tak bekerja tentu telah memasak terlebih awal atau hangat sahaja lauk yang telah dimasak untuk makan malam.  Hari ini saya nak kongsikan satu resepi ikan yang sesuai untuk makan malam bersama keluarga iaitu Siakap Masam Manis..

Jom kita semak resepi di bawah:


Siakap Masam Manis

Bahan-Bahan:
Seekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan pupuk dengan sedikit garam dan kunyit
3 sudu makan cili blender
4 sudu mkn sos tomato
3 sudu mkn sos cili
1 sudu makan gula
secubit garam
2 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - ditumbuk
1/2 cawan air
1 batang karot kecil - didadu
1 batang timun - di buang perut didadu
1/4 nenas - di dadu (saya guna nenas dalam tin - didadu dalam setengah cawan)
1/2 biji capsicum merah - didadu
1/2 biji capsicum kuning - didadu
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Ikan siakap digoreng tenggelam sehingga garing dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali tumiskan bawang putih, bawang besar hingga layu dan berbau harum, masukkan cili blender dan halia, kacau sehingga terbit minyak dan agak garing, masukkan sos tomato dan sos cili, gula, garam dan air.
3. Masukkan karot dan balik-balikan dan masukkan pula timun, capsicum dan nenas, rasakan kesesuaian masam dan manisnya. Kalau suka agak berkuah sedikit boleh ditambah dengan sedikit lagi air, balik-balikkan sehingga sayuran agak empuk sedikit dan terus matikan api.
4. Di dalam pinggan bujur susunkan beberapa helai daun salad dan letakkan ikan siakap yang digoreng tadi, curahkan dengan kuah masam manis bersama-bersama sayuran di atas ikan, hiaskan dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment