Zalekha Luvs Cooking

Zalekha Luvs Cooking
masakan yang mudah lagi sempoi..

Thursday, January 26, 2012

Apam Kukus Gula Hangus..

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua, hari ini saya update agak pagi sebelum ke pejabat jadinya tak dapatlah nak bercerita
panjang sebab kesuntukkan masa jom lah kita semak resepi dibawah yang saya buat semasa di rumah akak saya..


Apam Gula Hangus

Bahan-Bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh bicabonate of soda
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan air
2 biji telur
2 sudu makan butter/majerin
2 sudu makan susu pekat manis
1/4 cawan minyak.

Cara:
1. Buat kan gula hangus dulu dengan cara gula di masukkan dalam periuk masak diatas api sambil dikacau dengan senduk kayu bila dah mula mencair bertukar warna keperangan masukkan air jangan tunggu sampai terlalu gelap warnanya sebab nanti gula akan menjadi pahit. Biarkan air gula sejuk.
2. Blenderkan telur bersama majerin, susu pekat, minyak dan air gula yang telah dimasak tadi hingga sebati.
3. Bancuhkan adunan yang telah diblender ke dalam tepung dan bicarbonate of soda, pukul menggunakan whisk hingga adunan rata dan tidak bergentil.
4. Panaskan Kukusan, acuan apam yang kecil disapu dengan sedikit butter/majerin masukkan adunan setengah mangkuk sahaja kalau masuk lebih nanti dia akan terkeluar sebab kueh nie naek tinggi.
5. Kukuskan selama 20 minit, keluarkan dan boleh dihidang begitu sahaja atau bagi yang suka makan apam nie dengan kelapa boleh juga letakkan kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam..Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment